Mata Hantu is Real

Manusia bermata hantu ni memang wujud ye.... Actually perangai dia pun serupa hantu... Tau kenapa? Hantu kan suka kacau org, sebijik la perangai dia... Sebab kalau manusia, dia tak akan ganggu kehidupan orang.... Yelaaaa.... Hantu kan... Mana nak senang tengok orang senang.... Dah tertulis dalam Al-Quran yang IBLIS tak akan berhenti mengganggu manusia, haaaa gitteeewwwww.... HAHAHHAHAH.... Semak akuuu!!!!!

Aku tak faham dengan spesis macam ni.... Hidup dia terlampau TUNGGANG LANGGANG ke sampai kemaruk sangat nak sibuk hal orang.... Serius aku TAK MARAH.... Cuma aku KESIAN dengan golongan macam ni.... DAHAGA KASIH SAYANG!!!!.... Macam tu la lebih kurang... Merempat nak kan perhatian dan nak orang sama-sama hidup melarat sengsara macam dia jugak.... 

Aku tahu dan sentiasa tahu... SAMPAI SEKARANG ye HANTU sekor ni wujud... Sebab ada je penyampai yang sampaikan kat aku pasal apa yang dia sampaikan... Ko nak jaja cerita aku dan aib hidup aku??? SILAKAN... Aku tak pernah kisah??? Aku sendiri ada 1001 KISAH HITAM dan MEMALUKAN yang aku boleh kongsi, tapi aku tak pernah buat.... Sebab aku DIAJAR UNTUK JANGAN JADI BODOH SEPERTI ORANG BODOH... So, jadilah penonton untuk makhluk-makhluk kesian ni... Kikikiiii~~~ 

Yang hebatnya, orang-orang yang dia cari bukan calang-calang... Suami aku, bekas suami aku, kawan-kawan aku dan orang yang rapat dengan aku... TUJUAN??? Nak hidup aku porak poranda... Sorang je yang dia belum mampu nak cari... SI POLIS yang dia sibuk cerita sana-sini kata aku berskandal... KAU TAK KENAL siapa dia dan tak tahu pasal kami, sila senyap... Jangan nak buat fitnah sebab orang tu tak salah pun... 

1 je aku nak pesan, JANGAN SPIN cerita hebat sangat... Serius terlalu hebat cerita yang kau spin, sampai jatuh FITNAH sebab banyak sangat tak betul... Aku gelak je dengar satu-satu... Dalam otak aku cuma fikir, Ya Allahhhhh.... Haru nya hidup kau ni, sampai macam ni ke kau nak rosakkan hidup orang lain??? Bukan aku sorang ye yang kau buat, orang lain pun ada kena sama... Kau kaitkan kesilapan orang lain yang menyebabkan hidup kau merana... Patut ke??? Tak nak terima kenyataan apa jadi dalam hidup kau, bermuhasabah dan sedar diri...

Aku seronok dengar orang cerita macam-macam yang kau sampaikan tentang orang-orang sekeliling kau... SEMUA ORANG ADALAH JAHAT di dalam cerita kau... Kau seronok bercerita??? Kau tau tak, KAU NAMPAK SANGAT BODOH sebab diorang gelak-gelak cerita balik kat belakang..... YEZZZZZ depan muka kau, memang masing-masing kesian... Yela nak bagi kau bukak lagi banyak, kan Sharing is Caring ... Ehhhh... dahhh... malas aku nak menyambung... Lantak la kau dengan hidup kau... Malassss aku nak kesah... 

Aku tau kau tak akan pernah berhenti... Sebab hidup kau memang tak pernah tenang... Takpe, teruskan kalau BUKAK AIB DAN FITNAH tu adalah kebahagiaan kau... Mungkin tu cara kau cari kebahagiaan....dengan tengok derita hidup orang lain, buka aib orang dan bercerita keburukan orang merata... Aku belum bukak AIB kau, aku masih SIMPAN RAPI....tapi jangan lupa Allah sentiasa ada... Satu persatu perbuatan kau nampak...

___________________

DONE CERITA SI MATA HANTU

__________________

Kita hidup ni nak hadap perjalanan yang sangat panjang.... Sepanjang perjalanan tu, TAK AKAN sentiasa lurus... Mesti ada yang corner sana-sini.... Macam tu jugak aku.... DARK SIDE aku, kisah hidup aku, ada BANYAKKK!!! Kita hidup nak terus ke depan, bukan semakin ke belakang... 

Kalau boleh, kita memang nak lupakan segala cerita dan kesilapan yang kita pernah buat... SILAP kita sebab hanyut dan pernah lupa diri... Tapi bersyukur kalau Allah masih jentik hati kita untuk sedar dan berhenti dari buat silap... TAPI, menjadi masalah bila ada manusia yang tak pernah move on dan sentiasa UP TO DATE orang sekeliling dengan segala kisah-kisah hitam kau... Dengan harapan hidup kau akan sengsara dihantui kisah lampau... 

Alhamdulillah... Hidup aku dihadirkan dengan manusia yang celik akal dan tak menilai kisah-kisah aku... MUNGKIN ADA yang tenggelam dengan cerita AIB dan Fitnah tu, tapi aku cuma beranggapan mereka adalah golongan SATU kapal... hanya perlu dibiarkan dan tak perlu di jelaskan... Kita hidup untuk diri sendiri, Allah dan orang-orang yang menyayangi kita... Jadi??? Keep moving foward dan teruskan mencari kebahagiaan sendiri... Ingat yang Allah tu ada... Baik atau buruk, kelak Allah yang tunjukkan semuanya... 

Hidup aku memang dah lama habis... Mungkin itu adalah silap aku sendiri dan berpunca dari aku sendiri... Aku nak salahkan orang lain jadi punca, sampai bila??? Nanti yang sentiasa hidup dalam kebencian tu aku, orang yang aku benci pulak terus bahagia ke depan.... Hasilnya??? Aku rugi... Sebab tu aku dah malas nak kisah... Sekarang tinggal nak fokus bina kebahagiaan sendiri dan cari jalan bahagia sendiri.... Sebab tak selamanya kita nak bahagia mengharapkan orang lain... Banyak jalan yang Allah bagi kita bahagia dan aku nampak satu persatu... 2 amanah yang aku pegang sekarang ni dan aku mesti jaga hingga akhir hayat.... InysaAllah.... 

Aku ada BENCI sesiapa? YESSS ADA.... Sampai mati aku memang tak boleh nampak... Jadi, JANGAN CARI dan JANGAN ambik peduli pun tentang siapa yang kita benci... Jangan cari punca merosak hati.... Itu je...

.

.

Comments

Popular posts from this blog

After 3 years of silence

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Aku Diberikan Kali Kedua