Aku Diberikan Kali Kedua

Aku sekarang adalah aku yang diberikan Allah peluang kedua untuk hidup kat dunia ni... Aku sepatutnya dah mati dan tak wujud lagi, tapi sampai saat ini aku masih lagi kekal bernyawa sebab belum sampai ajal aku... Aku diberikan jalan oleh Allah untuk kekal hidup...serta peluang untuk aku bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang telah aku lalukan...


Tapi, walaupun aku terselamat, keadaan aku dah tak macam dulu lagi... Kejadian tu dah buat tulang belakang aku patah dan aku hampir lumpuh... 

Bila aku sedar, aku cuma dapat rasakan kesakitan yang amat sangat, kesakitan yang aku tak boleh nak gambarkan. Aku tak berdaya nak gerakkan bahagian tubuh... Sorang demi seorang doktor tiba, diorang cuma risaukan bahagian kaki aku. Perkara pertama dan berulang-ulang kali diorang suruh aku buat adalah gerakkan kaki... Alhamdulillah kaki aku masih boleh bergerak, walaupun tubuh aku kaku tak dapat digerakkan...


Malam tu jugak aku X-ray dan buat CT scan, doktor nampak keretakan kat bahagian tulang belakang T12, L1 dan L2... Sebab tu lah badan aku tak dapat bergerak dan tak boleh bergerak, sebab kalau aku gerakkan berkemungkinan aku akan lumpuh kekal sebab keretakan tu boleh cederakan Saraf tunjang... Allahhu... 

8 may 2021
Tiba kat ruang Kecemasan

Bila aku dapat tahu aku tak lumpuh, aku bersyukur sangat sebab terlalu banyak Allah bagi peluang kat aku... Pertama, aku terselamat... Kedua, aku tak lumpuh.... Alhamdulillah... 

1 Syawal 2021, aku menjalani pembedahan implan besi (Spinal Fusion) kat tulang belakang aku... Itulah pagi raya aku kat hospital untuk pertama kali nya seumur hidup aku...tanpa keluarga dan anak-anak kat sisi aku... Tapi aku bersyukur sebab aku masih bernyawa, pembedahan tu berjalan lancar dan Allah permudahkan segala urusan aku... Syukur sangat2... 

1 Syawal 2021... Selepas pembedahan
.
.

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲