Depression... Tiada Agama...
Petang ni aku terdetik nak tulis pasal ni sebab aku terbaca sesuatu dan teringatkan kata-kata seseorang yang pernah kutuk aku dan tolong remind aku katanya... Lebih kurang macam ni lah ayat dari dia kepada aku...
"Dalam agama, kalau mencari pasangan hidup, salah satu syaratnya adalah mempunyai agama (islam). Tapi perbuatan yang kau lakukan tu menunjukkan kau macam tak ada agama, tak ada iman, tak ada Allah. Jadi layakkah kau untuk menjadi isteri kepada sesiapa?"
Pertama sekali aku nak sebut, siapa kita sebagai manusia untuk menilai? Berhak kah kita untuk menilai iman seseorang? Layakkah kita untuk menghukum dan memberi hukum bahawa seseorang tu tak ada agama, tak ada iman dan tak ada pegangan agama hanya kerana tindakan nya? JANGAN terlalu cepat menilai kalau kau sendiri tak berada di tempat orang tu...
Depression, Anxiety dan Panic attack (D.A.P) ni tak ada kaitan dengan agama. Ini bukan soal kau percaya pada tuhan kau atau keimanan kau ataupun kewarakan kau. Ini adalah tentang sakit dalaman yang kau tak nampak dan perlukan rawatan dari pakar atau doktor. Takde sapa manusia yang mintak dia sakit, tapi kalau sakit tu adalah ujian yang Allah nak bagi kat dia, maka redha dan hadapi ujian tu dengan sebaik-baiknya... (Tapi aku sendiri gagal hadapi ujian ni)... YA!!! AKU GAGAL... Aku tak kuat, aku hilang pertimbangan dan aku hilang kekuatan... Tapi aku bersyukur Allah masih bagi peluang kedua dan Allah nak aku belajar dari kesilapan aku sebelum ni...
Aku tak dapat nak bercakap tentang Anxiety dan Panic Attack, sebab aku tak alami benda ni. Cuma aku selalu dengar adik aku cakap dia akan alami sesak nafas bila diserang Anxiety dan Panic Attack. Aku tahu rasa sesak nafas tu sakit, sebab aku pernah alami asma masa kecik-kecik dulu. Masa carik nafas tu memang rasa macam nak mati, sebab tulah ada yang sampai menangis...
Mungkin sebab tu aku dilabelkan sebagai perempuan yang tak ada agama. Sebab semua orang fikir segala tindakan yang aku buat hari tu adalah disebabkan aku lupa pada Allah dan jauh dari Allah. Tapi tak siapa sedar apa yang aku alami dan aku sendiri tak boleh kawal apa yang aku rasa bila perasaan untuk teruskan hidup ni dah tak ada tujuan lagi untuk aku... Mungkin ada benarnya aku tak cukup agama, sebab banyak perkara yang aku tak jaga tentang diri aku. Sebab tu iman aku nipis dan senang menerima hasutan syaitan... Allahhuakbar... Kenapa jadi macam ni....
Comments
Post a Comment