Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾
Asalamualaikum.... Perjalanan Sue minggu ni, Sue pilih ke Empangan Bengoh (Bengoh Dam) yang terletak di Padawan, kira-kira 40km dari bandar Kuching dengan perjalanan lebih kurang 1jam 30minit...
Sarawak paling terkenal dengan pemandangan semula jadi dan hutan yang menakjubkan, entah bila lagi Sue berpeluang untuk explore kesemua tempat yang ada... Bengoh Dam terletak dihutan hujan antara sempadan Kalimantan dan pinggir Sarawak, nama lain yang diberikan pada lokasi ini adalah HIDDEN JURASSIC PARK OF SARAWAK...
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan korang dah siap menempah awal perjalanan dari Ejen Tempatan (penduduk kampung), Agensi Pelancongan atau Pemandu Pelancong... Kalau tak, berkemungkinan perjalanan tak boleh diteruskan, sia-sia je nanti datang dari jauh tapi hasrat tak tercapai kan???
Harga terkini Sue pergi adalah RM55 sekepala, pakej tanpa makan tengah hari... Kalau pakej yang ada sediakan makanan tengah hari mungkin mahal sedikit, Sue tak pasti... WAJIB ye bawa makanan, disebabkan perjalanan untuk habiskan ekspedisi ni mengambil masa yang panjang, bermula dari awal pagi dan balik lewat petang... Harga RM55 ni termasuk perkhidmatan menaiki bot, jurupandu hutan, lawatan ke air terjun dan kampung tempatan... Sue menggunakan perkhidmatan Jurupandu Angela, boleh semak info dia kat sini >>Angela Merici<< ...
.
.
JURASSIC PARK TERSEMBUNYI...
.
.
Sepanjang ekspedisi di Bengoh memang sangat menarik... Setibanya di jeti Empangan Bengoh, perjalanan bermula dengan menaiki bot selama 30 minit untuk ke lokasi memulakan pendakian menuju ke lokasi Air Terjun yang sangat cantik....
Sepanjang pendakian, kita akan melalui tangga sempit, tanjakan curam dan banyak jambatan buluh untuk merentasi sungai-sungai kecil di dalam hutan. Sue kira ada lebih dari 5 jambatan buluh di sepanjang perjalanan...
Kalau nak berjalan dan mendaki dengan selesa, Sue syorkan untuk menggunakan kasut adidas kampung supaya lebih selamat untuk laluan basah, becak dan licin... Sue tak dimaklumkan awal, jadi Sue cuma gunakan kasut sukan biasa dan beberapa kali jatuh tergelincir. Sebab tu dalam kebanyakan gambar, seluar Sue berlumpur...😂 Laluan diklasifikasikan sebagai Senang hingga Sederhana, kerana laluan curam yang pendek dan kebanyakannya mendatar dan sedikit mendaki...
Susah Sue nak gambarkan perasaan kat sini... Dengan suasana bunyi burung-burung dan cengkerik di hutan, bunyi air sungai yang mengalir di sepanjang perjalanan... Dikelilingi oleh rama-rama yang mesra bermain disekeliling, jiwa rasa tenang sangat-sangat....
Disini terdapat 4 buah air terjun... Curtain, Koring, Pe'an dan Susung... Untuk sampai ke Susung Waterfalls yang akan membawa kita ke dunia lain di panggil Jurassic Park Sarawak, memerlukan pendakian selama lebih kurang 1 jam... Susung Watarfalls, tarikan utama pendaki datang ke sini... Sebelum sampai ke Susung, haruslah melalui Curtain, Koring dan Pe'an terlebih dahulu... Air terjun kat sini kesemuanya cantik-cantik dengan tarikan dan kelainan tersendiri....
THE CLOUD VILLAGE
.
.
Di Bengoh terdapat satu tempat yang dipanggil "Cloud Village", sebuah kampung terpencil yang terputus daripada tamadun moden kerana mereka adalah saki baki penduduk yang masih tinggal di sini. Kampung ini dikenali sebagai Kampung Sting.
Selepas puas seronok mandi di air terjun, jangan lupa untuk patah balik ke bawah dan menaiki bot untuk meneruskan perjalanan mendaki naik ke Kampung Sting... Perjalanan untuk naik ke atas sangat mencabar kerana perjalanan mendaki curam yang panjang, lebih kurang 30minit dan sangat memenatkan selepas penat berenang.... Hahahha....
TAPI!!!!! Tak akan menyesal selepas penat sampai ke atas bila dijamukan dengan pemandangan indah sungai Empangan Bengoh... Rasa sangat seronok dan teruja dengan keindahan pemandangan kat sini sebab kita tak akan dapat menyaksikannya jika kita berada kat bawah... Lain puncak yang kita daki, lain keindahan yang disajikan... MasyaAllah... Rasa bersyukur sangat bila sampai dengan cuaca cerah dan baik...
InsyaAllah Sue nak datang ke sini lagi bersama keluarga dan kawan-kawan yang lain.... Sue nak berkongsi keindahan ni bersama diorang.... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk ke lokasi-lokasi lain pulak di sekitar sarawak.... Aminnn...
.
Comments
Post a Comment