Lamb🐑 Lasagna
Assalamualaikum.... Last week aku buat Lamb Lasagna.... 1st time jugak aku buat guna lamb, sebab biasanya orang akan guna daging lembu... Tapi memandangkan ADA SEBAB aku kena buat lamb, jadi aku try jugak...
Aku rasa, salah satu sebab kenapa JARANG orang nak buat guna lamb adalah, tak ada jual Mince Lamb OKAYYYY.... Jenuh aku cari kat semua Cold Storage, takda yang jual Lamb cincang.... Sudahnya aku google macam mana nak buat Mince Lamb sendiri....
First kena kena cari Lamb Shoulder, sebab itu je part yang sesuai untuk dapatkan banyak isi berbanding part lain yang lebih ke tulang... 1kg Lamb Shoulder RM46, kahkahkah... Okay aku faham kenapa orang tak jual makanan ni guna Lamb... Kalau dijumlahkan semua, kos untuk 1 resipi ni hampir RM100... Pasrah je aku... Janji kami serumah seronok makan... Hahaha...
Lepas dah beli lamb, bawalah balik rumah untuk dicincang sendiri ye... Aku bernasib baik, sebab ada Tupperware Fusion Master untuk kisarkan daging kat rumah. Selama ni aku cuma guna untuk hancurkan kismis masa nak buat kek Hati Pari... Tapi rupanya banyak jugak kegunaan lain selain hancurkan kismis...
Sebelum masukkan daging dalam mesin tu, asingkan dulu segala tulang-tulang dan potong daging tu jadi kiub kecik-kecik.... Walaupun SANGAT LECEH kerja ni, tapi aku berjaya jugak hasilkan 1kg daging kambing cincang sendiri.... Hahahahhaha... Ni lah baru nama air tangah kannnn....
Ni gambar google, tak nak aku ambil gambar sendiri, meja penuh darah daging.... hahahhha... |
Okay.... Aku dah ajar macam mana nak dapatkan Mince Lamb, barulah aku kongsi resipi... Nanti tak pasal-pasal orang tanya mana nak beli Lamb cincang tu... Huhuhu...
Tulang jangan dibuang dan masakkan bersama |
Bahan-bahan SOS BOLOGNESE :
1 Kotak Instant Lasagna (Rendam semua dalam air kosong bagi kembang)
1kg Mince Lamb (Lamb shoulder cincang sendiri)
1 ulas halia (saiz ibu jari, untuk buang hanyir kambing)
2 biji Bawang Besar
6 biji Bawang Putih
1 tin 300g Sos Prego Original
1 tin 300g Tomato Puree
1 tin Cendawan Butang
4 biji Tomato saiz besar
Lada hitam, Garam, Ajinomoto, Serbuk Basil dan Thyme (ikut suka dan sesedap rasa)
Cara memasak SOS BOLOGNESE :
1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga garing. Kemudian masukkan daging bersama tulang-tulang dan masak sehingga air daging kering.
2. Kalau guna lamb, akan lebih berminyak dari biasa, buang sedikit minyak yang ada sebelum masukkan bahan-bahan lain.
3. Masukkan tomato puree, sos prego, tomato cincang, cendawan, garam, perasa, herba dan lada hitam. Gaul hingga sebati.
4. Gunakan tin prego kosong, sukat 1 tin air kosong dan masukkan dalam masakan.
5. Reneh dan masak dengan api perlahan selama 45minit hingga 1 jam.
6. Kalau nak kuah Lamb Bolognese yang sedap dan meresap semua bahan, masaklah dengan sabar dan renehkan dengan api kecik walaupun daging cincang tu cepat masak sebab halus.
7. Lepas siap masak barulah keluarkan semua tulang-tulang yang ada dari dalam kuah.
Sos Putih atau Bechamel |
Bahan-bahan SOS PUTIH :
2 sudu mentega
2 sudu tepung gandum
500ml susu segar
1 pack cheddar cheese (6 slice)
1 sk garam
1 sk lada hitam
Cara memasak SOS PUTIH :
1. Panaskan mentega sehingga cair.
2. Masukkan tepung gandum dan masak sampai sebati dengan mentega.
3. Masukkan susu segar dan gaul rata sampai tak ada ketulan.
4. Masukkan cheddar cheese, lada hitam dan garam.
5. Masak sampai sedikit pekat.
Bekas kecik senang nak frozen kalau tak habis |
Cara Buat Lamb LASAGNA :
1. Sediakan kepingan lasagna yang dah kembang direndam, Sos bolognese, Sos Putih dan Bekas yang boleh dimasukkan dalam Oven.
**Bahan Topping : 1 pack Cheddar (12 keping) dan 1 pack Mozzarella Shredded
2. Kalau guna bekas macam aku kat atas, boleh dapatkan 5 lasagna.
3. Susun ikut susunan ni...Lasagna - Sos Bolognese - Sos Putih (Ulang 3 kali)
4. Atas sekali, susun cheddar cheese, taburkan mozzarella dan serbuk basil.
5. Bakar selama 40 minit, suhu 160-180c, api atas bawah.
**Optional : Cara bakar bergantung pada selera masing-masing. Macam aku tak suka lasagna kering, aku suka jenis yang basah-basah sebab lebih sedap... Jadi aku tutup loyang dengan aluminium foil ketika bakar. Bila dah masak baru aku tambah 10minit untuk bagi atas kekuningan sikit...
Berminyak sebab aku lupa nak buang minyak kambing tu masa tumis bahan... |
Sedap tauuuuu Lasagna kalau guna Lamb... Mungkin sebab dah terbiasa makan Beef, jadi bila sesekali makan Lamb seronok jugak... Ada kelainan kat situ... (^_^)v Cuba tauuuu!!!!
Comments
Post a Comment