Mix Bread Puding 🍮 dengan Kuah Custard
Assalamualaikum... Hari ni actually aku sedih... Sebab keputusan Perpindahan Guru Antara Negeri dah keluar... DAN SEMUA kawan-kawan rapat dan yang baik dengan aku selama ni dapat berpindah balik ke tempat asal... Tiba-tiba air mata aku mencurah je keluar pagi-pagi ni... Tak tahu lah nak kata sedih atau gembira dengan berita ni... Yela...takde sapa pun yang suka dengan perpisahan, lagi-lagi dengan orang yang baik dengan kita.... Terasa sangat kehilangan tu... 😢
Jadi... untuk tak nak memikirkan perkara-perkara sedih tu, apa kata distract fikiran dan alihkan fokus pada benda yang boleh buat kita happy.... Aku tak nak melayan perasaan sedih, sebab dos ubat aku dah dinaikkan oleh doktor minggu lepas... Aku kena kawal diri sendiri kalau nak stop terus dari makan ubat...
Atas tu GAMBAR GOOGLE ye... Sebab aku dah tak sempat nak ambil gambar masa dalam pinggan... Pelahap sangat kottt...hidang je terus nak telan... hahahhaa....
MIX BREAD PUDING dengan kuah Custard... Aku bagi nama MIX BREAD sebab resipi ni aku buat guna pelbagai jenis roti Gardenia... Sedappppp sangat kalau guna roti pelbagai rasa, cuma kos je jadi mahal... TAPI untuk makan sendiri, tak salah kan... Buat yang tersedap untuk makan-makan sekeluarga... 😍 Tengok jenis roti yang aku pakai kat bawah ni pun dah dapat agak kan Bread Puding ni sedap sangat, sebab roti tu memang dah sedap... Hihihi... 😋
BAHAN-BAHAN BREAD PUDING : (12x12 inci)
**Kalau nak buat saiz 8x8inci, boleh guna separuh dari resipi...
3 buku Roti Gardenia - Rasberi Susu, Butter Raisin, Coklat Raisin (Boleh tukar lain ye)
**Taburan - Coklat Coin/Chip & Kismis
1 Liter Susu Kotak
500ml whipping cream (Dairy)
8 biji Telur
400g gula
1 sb esen Vanilla
CARA-CARA :
1. Sapu butter kat dalam seluruh bahagian dalam loyang saiz 12x12inci.
2. Susun roti rapat-rapat... Kalau ada ruang kat hujung, boleh potong baki roti untuk isi ruang tu.
3. Setiap lapisan, taburkan coklat dan kismis.
---------
4. Satukan semua bahan cecair sehingga sebati - Susu, Whipping Cream, Telur, Esen Vanilla dan Gula.
5. Tuang bahan cecair kat roti perlahan-lahan ke atas SEMUA roti, jangan tuang satu tempat je ye... Tuang rata bagi semua roti kena cecair... 😉
6. TUTUP loyang dengan aluminium foil, Bakar 45minit, Api atas bawah, Suhu 180c.
7. Selepas 45minit, buka penutup dan bakar lagi 15minit sehingga atas kekuningan.
BAHAN-BAHAN KUAH CUSTARD :
**Kalau buat puding saiz 8x8inci, boleh guna separuh dari resipi...
3 sudu makan Tepung Custard (Lebih kurang 50g)
500ml air kosong
1 Liter Susu Kotak
500ml Whipping Cream
300g gula
1 sb esen Vanilla
CARA-CARA :
1. Satukan semua bahan sehingga sebati dan tapis supaya tiada ketulan tepung.
2. Masak bahan yang telah ditapis dengan api sederhana sehingga memekat.
-----------
3. Kepekatan kuah tu bergantung dengan selera masing-masing, kalau nak LEBIH PEKAT boleh ditambahkan tepung custard yang dibancuh dengan sedikit air...
Tambah sedikit-sedikit sehingga mencapai kepekatan yang disukai... Kalau aku memang suka kuah cair, sebab kalau pekat nanti cepat muak masa makan...
-----------
3. SIAP.... 😍
Resipi ni aku dapat dari kawan yang sama-sama menjual kek jugak.... Aku suka sangat makan Bread Puding, sebab tu aku mintak dia ajar aku buat untuk makan-makan... InsyaAllah memang sedap...
.
Comments
Post a Comment