Posts

Showing posts from March, 2022

JURNAL @ MENULIS... 📚Tangani Depression

Image
Assalamualaikum sahabat.... Hampir berakhir bulan Mac... Tak lama lagi tibanya bulan suci Ramadhan... Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab Allah panjangkan umur Sue untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya... Ramadhan yang baru dan lebih bermakna buat Sue dan sekeluarga.... InsyaAllah... Masuknya bulan Mac bermaksud bulan temujanji Sue dengan Pakar Psikiatri... Tapi, baru hari ni Sue teringat nak semak kad temujanji Sue.... Lahaiiiiiiii....rupanya dah terlepas tarikh 23 Mac 2022 yang lepas... Nak set tarikh temujanji baru ke? Rasanya tak perlu buat masa sekarang ni... Sue hampir terlupa dengan temu janji tu pun sebab Sue rasa semakin ok dan boleh kawal... InsyaAllah... Sue ada banyak temujanji Hospital, sebab tu selalu lupa nak semak tarikh... Sue dah berhenti ambil ubat 💊 yang hospital bekalkan... Sebenarnya Sue masih dalam rawatan, tapi Sue sendiri yang tak makan ubat sejak Disember 2021 lepas... Sue rasa macam dah semakin okay, nak cuba berhenti ubat dan cuba kawal sen...

Telur Padi HomeMade🥚

Image
TELUR PADI atau nama lainnya CENTURY EGG!!! Makanan tradisi istimewa bagi masyarakat Cina yang dah wujud sejak berabad sebelum Dinasti Ming lagi... Walaupun namanya Century Egg atau Telur Berabad, tapi proses untuk hasilkan hanya mengambil masa 4-5 minggu je sekiranya dihasilkan dengan proses yang betul...  Secara tradisinya, telur padi dihasilkan dengan mengawet telur puyuh, ayam atau itik ke dalam campuran garam, kapur dan abu, kemudiannya dibungkus dalam sekam padi bercampur tanah dan diperam selama beberapa minggu... Proses ini akan mengubah pH telur dan memecahkan protein dan lemak kepada pecahan lebih kecil dan kompleks... Selesai proses peraman, kuning telur akan bertukar menjadi hijau gelap berkrim manakala putih telur akan berubah menjadi jeli jernih berwarna coklat gelap... Nak cuba hasilkan telur padi sendiri??? Jum ikut proses ni betul-betul ye....  **Tak kisah telur puyuh, ayam atau itik... Masa dan prosesnya tetap sama...  Jangan skip satu pun langkah atau j...

BlueBerry Cheese Danish🫐

Image
Assalamualaikum.... Malam tadi Sue tiba-tiba rajin nak baking something sweet untuk release kebingungan... Bila bukak peti sejuk, nampak ada lebihan 🫐Blueberry Compote, 🧀Cream Cheese dan 🥧Instant Pastri Pie... So, kena modified sikit daripada Cheese Tart menjadi Cheese Danish... 4 komponen : Cream Cheese, Blueberry Compote, Crumble, Pie Pastry Untuk Buat Blueberry Cheese Danish Crumble versi Sue ada 4 komponen. Sue suka kombinasi lemak manis cheese berlawan dengan masam manis blueberry compote dan digabungkan dengan kerangupan topping crumble... Sue tunjukkan resipi satu persatu ye... Bahan Cream Cheese (Pukul semua bahan hingga sebati) : 500g Cream Cheese 50g Gula (Sue dah kurangkan gula untuk seimbangkan manis Blueberry Compote) 30g Butter 1 biji Telur Bahan Crumble (Gaul semua hingga menjadi serbuk) : 80g Tepung Gandum 40g Butter (unsalted) 40g Gula Perang Bahan Blueberry Compote (Masak dengan api perlahan hingga 'memekat') : 200g Fresh Blueberry 1 sb Jus Lemon 2 sb Mad...