BlueBerry Cheese Danish🫐
Assalamualaikum.... Malam tadi Sue tiba-tiba rajin nak baking something sweet untuk release kebingungan... Bila bukak peti sejuk, nampak ada lebihan 🫐Blueberry Compote, 🧀Cream Cheese dan 🥧Instant Pastri Pie... So, kena modified sikit daripada Cheese Tart menjadi Cheese Danish...
4 komponen : Cream Cheese, Blueberry Compote, Crumble, Pie Pastry |
Untuk Buat Blueberry Cheese Danish Crumble versi Sue ada 4 komponen. Sue suka kombinasi lemak manis cheese berlawan dengan masam manis blueberry compote dan digabungkan dengan kerangupan topping crumble... Sue tunjukkan resipi satu persatu ye...
Bahan Cream Cheese (Pukul semua bahan hingga sebati) :
500g Cream Cheese
50g Gula (Sue dah kurangkan gula untuk seimbangkan manis Blueberry Compote)
30g Butter
1 biji Telur
Bahan Crumble (Gaul semua hingga menjadi serbuk) :
80g Tepung Gandum
40g Butter (unsalted)
40g Gula Perang
Bahan Blueberry Compote (Masak dengan api perlahan hingga 'memekat') :
200g Fresh Blueberry
1 sb Jus Lemon
2 sb Madu
3 sb Air
**Optional :
Setelah sejuk, masukkan 200g blueberry filling untuk mendapatkan tekstur yang menarik dan rasa lebih sedap
Sebelum dan Selepas dimasak |
Puff pastry atau Kulit tart atau Kulit pie :
1 pack instant pastry
**Sue beli pastri segera untuk portugese egg tart, jadi memang dah siap dalam bentuk mangkuk, tak perlu sue nak bentukkan lagi... Bakar kulit pastry 20 minit, sehingga masak sebelum di isi sebab cream cheese masak sekejab je nanti..
Isi macam ni ye... |
Setelah siap sediakan keempat-empat bahan tadi... Bolehlah mula untuk hasilkan Blueberry Cheese Danish Crumble....
Cara-cara :
1. Paipkan cream cheese separuh penuh
2. Letakkan sesudu blueberry compote di atas cream cheese
3. Taburkan crumble sehingga penuh dan menutupi permukaan
4. Bakar api atas bawah, suhu 180c selama 15-20minit.
SEDAP tauuuu!!!!! 😃 |
Comments
Post a Comment