Posts

Mata Hantu is Real

Manusia bermata hantu ni memang wujud ye.... Actually perangai dia pun serupa hantu... Tau kenapa? Hantu kan suka kacau org, sebijik la perangai dia... Sebab kalau manusia, dia tak akan ganggu kehidupan orang.... Yelaaaa.... Hantu kan... Mana nak senang tengok orang senang.... Dah tertulis dalam Al-Quran yang IBLIS tak akan berhenti mengganggu manusia, haaaa gitteeewwwww.... HAHAHHAHAH.... Semak akuuu!!!!! Aku tak faham dengan spesis macam ni.... Hidup dia terlampau TUNGGANG LANGGANG ke sampai kemaruk sangat nak sibuk hal orang.... Serius aku TAK MARAH.... Cuma aku KESIAN dengan golongan macam ni.... DAHAGA KASIH SAYANG!!!!.... Macam tu la lebih kurang... Merempat nak kan perhatian dan nak orang sama-sama hidup melarat sengsara macam dia jugak....  Aku tahu dan sentiasa tahu... SAMPAI SEKARANG ye HANTU sekor ni wujud... Sebab ada je penyampai yang sampaikan kat aku pasal apa yang dia sampaikan... Ko nak jaja cerita aku dan aib hidup aku??? SILAKAN... Aku tak pernah kisah??? Aku sen...

Kering... Numb... Ignorance...

Image
Perangai dan sikap tu dah ada pada aku entah sejak bila... Aku memang sedar aku jenis ignorance dan tak pedulikan apa-apa disekeliling aku... TAPI... Aku akan menyayangi sesuatu yang aku amat sayang, sebab aku susah untuk rasa Sayang... dan akan hilang bila ada sesuatu yang memadam sikit demi sikit... Sikap buruk tu jadi lagi buruk bila ada benda yang buatkan aku membenci... Aku BUKAN TERSAKITI, tapi aku mengelak untuk disakiti dan itu yang buat aku jadi lagi kejam... SELF-DEFENCE MODE yang auto untuk aku protect mental health aku...  Kalau org kata aku kejam dan boleh buat itu ini kat orang.... YES memang aku kejam dan perangai aku buruk... Bila aku tak tahan nak hadap perangai suami aku dan dia pun tak boleh terima keadaan aku, aku lari dan failkan cerai... Aku sekarang memang dalam MODE yang tak boleh nak hadap perkara-perkara negatif... Silap aku, sebulan kenal terus terima untuk Nikah... Dia tak kenal aku macam mana, dan aku pun tak kenal dia macam mana... Aku tak kata dia bur...

After 3 years of silence

Image
Assalamualaikum.... Sekian lama aku tak tulis apa-apa sebab rasa nak sharing tu kurang.... Last aku buat entry tahun 2022, dah 3 tahun.... Banyak sangat perkara berlaku dalam hidup aku... Pahit manis tu sangat dan terlampau banyak... Banyak tu sampai tak tau nak bagi contoh macam mana.... Penutup kehidupan sebelum mula menulis balik ni agak pahit tapi dalam masa yang sama ada terselit manisnya dan bahagia... Buat "kau" yang sentiasa ada dikala aku memerlukan, terima kasih...  3 tahun.....kalau aku nak share dan menulis, rasanya banyak cerita seronok yang aku boleh kongsi... Tapi kenapa tak ada apa-apa dan tak pernah rasa nak letak sini? Allah lebih tahu kot, semua tu cuma sementara dan Allah matikan tangan aku agar aku tak tulis apa-apa pasal kehidupan aku... Biarkan semua perkara tu terjadi dan terus berlalu pergi tanpa jejak...tak ada perkara yang aku akan pandang balik dan ingat...  Aku tak dapat nak huraikan apa-apa secara detail sebab ---- kotak kosong ----.... Semoga ak...

JURNAL @ MENULIS... 📚Tangani Depression

Image
Assalamualaikum sahabat.... Hampir berakhir bulan Mac... Tak lama lagi tibanya bulan suci Ramadhan... Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab Allah panjangkan umur Sue untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya... Ramadhan yang baru dan lebih bermakna buat Sue dan sekeluarga.... InsyaAllah... Masuknya bulan Mac bermaksud bulan temujanji Sue dengan Pakar Psikiatri... Tapi, baru hari ni Sue teringat nak semak kad temujanji Sue.... Lahaiiiiiiii....rupanya dah terlepas tarikh 23 Mac 2022 yang lepas... Nak set tarikh temujanji baru ke? Rasanya tak perlu buat masa sekarang ni... Sue hampir terlupa dengan temu janji tu pun sebab Sue rasa semakin ok dan boleh kawal... InsyaAllah... Sue ada banyak temujanji Hospital, sebab tu selalu lupa nak semak tarikh... Sue dah berhenti ambil ubat 💊 yang hospital bekalkan... Sebenarnya Sue masih dalam rawatan, tapi Sue sendiri yang tak makan ubat sejak Disember 2021 lepas... Sue rasa macam dah semakin okay, nak cuba berhenti ubat dan cuba kawal sen...

Telur Padi HomeMade🥚

Image
TELUR PADI atau nama lainnya CENTURY EGG!!! Makanan tradisi istimewa bagi masyarakat Cina yang dah wujud sejak berabad sebelum Dinasti Ming lagi... Walaupun namanya Century Egg atau Telur Berabad, tapi proses untuk hasilkan hanya mengambil masa 4-5 minggu je sekiranya dihasilkan dengan proses yang betul...  Secara tradisinya, telur padi dihasilkan dengan mengawet telur puyuh, ayam atau itik ke dalam campuran garam, kapur dan abu, kemudiannya dibungkus dalam sekam padi bercampur tanah dan diperam selama beberapa minggu... Proses ini akan mengubah pH telur dan memecahkan protein dan lemak kepada pecahan lebih kecil dan kompleks... Selesai proses peraman, kuning telur akan bertukar menjadi hijau gelap berkrim manakala putih telur akan berubah menjadi jeli jernih berwarna coklat gelap... Nak cuba hasilkan telur padi sendiri??? Jum ikut proses ni betul-betul ye....  **Tak kisah telur puyuh, ayam atau itik... Masa dan prosesnya tetap sama...  Jangan skip satu pun langkah atau j...

BlueBerry Cheese Danish🫐

Image
Assalamualaikum.... Malam tadi Sue tiba-tiba rajin nak baking something sweet untuk release kebingungan... Bila bukak peti sejuk, nampak ada lebihan 🫐Blueberry Compote, 🧀Cream Cheese dan 🥧Instant Pastri Pie... So, kena modified sikit daripada Cheese Tart menjadi Cheese Danish... 4 komponen : Cream Cheese, Blueberry Compote, Crumble, Pie Pastry Untuk Buat Blueberry Cheese Danish Crumble versi Sue ada 4 komponen. Sue suka kombinasi lemak manis cheese berlawan dengan masam manis blueberry compote dan digabungkan dengan kerangupan topping crumble... Sue tunjukkan resipi satu persatu ye... Bahan Cream Cheese (Pukul semua bahan hingga sebati) : 500g Cream Cheese 50g Gula (Sue dah kurangkan gula untuk seimbangkan manis Blueberry Compote) 30g Butter 1 biji Telur Bahan Crumble (Gaul semua hingga menjadi serbuk) : 80g Tepung Gandum 40g Butter (unsalted) 40g Gula Perang Bahan Blueberry Compote (Masak dengan api perlahan hingga 'memekat') : 200g Fresh Blueberry 1 sb Jus Lemon 2 sb Mad...

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Image
Asalamualaikum.... Perjalanan Sue minggu ni, Sue pilih ke Empangan Bengoh (Bengoh Dam) yang terletak di Padawan, kira-kira 40km dari bandar Kuching dengan perjalanan lebih kurang 1jam 30minit...                 Sarawak paling terkenal dengan pemandangan semula jadi dan hutan yang menakjubkan, entah bila lagi Sue berpeluang untuk explore kesemua tempat yang ada... Bengoh Dam terletak dihutan hujan antara sempadan Kalimantan dan pinggir Sarawak, nama lain yang diberikan pada lokasi ini adalah HIDDEN JURASSIC PARK OF SARAWAK ... Sebelum memulakan perjalanan, pastikan korang dah siap menempah awal perjalanan dari Ejen Tempatan (penduduk kampung), Agensi Pelancongan atau Pemandu Pelancong... Kalau tak, berkemungkinan perjalanan tak boleh diteruskan, sia-sia je nanti datang dari jauh tapi hasrat tak tercapai kan???  Harga terkini Sue pergi adalah RM55 sekepala, pakej tanpa makan tengah hari... Kalau pakej yang ada sediakan makanan t...