Posts

Showing posts from June, 2021

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Image
Assalamualaikum... Hari ni terdetik rasa aku nak story pasal benda ni... Bukan apa, sebab dalam 2 minggu lepas aku ternampak orang yang tak sepatutnya view story IG aku... Actually aku tak kisah orang nak tengok ig aku ke apa. Sebab semua SocMed aku dalam setting public ... Kalau privacy sangat, takde nya aku nak buat blog ni... CUMA... Kau akan rasa pelik kalau orang yang menyibuk tu adalah ahli keluarga orang yang dah block kau dan benci kat kau dan selalu kutuk kau dari belakang dan takde dalam follower list kau ... APA MOTIF orang macam ni ekk? Mungkin sebab nak tau update musuh dia kot... Kalau musuh dia sengsara, dia seronoklah dan jadikan bahan ketawa... Tapi kalau bahagia, tentu diorang ni jadi sakit hati dan cari bahan untuk kondem... Macam tu lah kot, sebab tu masih lagi nak skodeng sana sini.                     Aku ni jenis yang suka buat bodo je... Aku takde perasaan pun dengan manusia hati busuk atau senang cakap...

Depression... Tiada Agama...

Image
Petang ni aku terdetik nak tulis pasal ni sebab aku terbaca sesuatu dan teringatkan kata-kata seseorang yang pernah kutuk aku dan tolong  remind aku katanya... Lebih kurang macam ni lah ayat dari dia kepada aku... "Dalam agama, kalau mencari pasangan hidup, salah satu syaratnya adalah mempunyai agama (islam). Tapi perbuatan yang kau lakukan tu menunjukkan kau macam tak ada agama, tak ada iman, tak ada Allah. Jadi layakkah kau untuk menjadi isteri kepada sesiapa?" Pertama sekali aku nak sebut, siapa kita sebagai manusia untuk menilai? Berhak kah kita untuk menilai iman seseorang? Layakkah kita untuk menghukum dan memberi hukum bahawa seseorang tu tak ada agama, tak ada iman dan tak ada pegangan agama hanya kerana tindakan nya? JANGAN terlalu cepat menilai kalau kau sendiri tak berada di tempat orang tu... D epression, A nxiety dan P anic attack ( D.A.P ) ni tak ada kaitan dengan agama. Ini bukan soal kau percaya pada tuhan kau atau keimanan kau ataupun kewarakan kau. Ini adala...

Tart Nanas Gulung🍍

Image
Assalamualaikum... Kalau tanya aku, apa biskut kegemaran aku. Rasanya kalau manusia tu rapat dengan aku, dia akan tahu aku suka sangat dengan tart nanas... Aku memang SELALU buat tart nanas untuk makan-makan.  Tart Nanas Gulung SEDAP...                     Dah banyak resipi aku try, tapi aku PALING suka resipi ni... SEBAB biskut dia rapuh dan hancur dalam mulut, bukan hancur kat jari ye... Aku suka tart nanas sepur, tapi aku tak suka yang hancur di jari, sebab kebarangkalian untuk hancur dalam balang tu tinggi... Jadi sebagai peminat tegar tart nanas, aku agak pro untuk menilai tart tu sedap atau tak.... Chehhhhhhh.... Hhahahhah... Disclaimer OK... =P Ni bahan-bahan untuk tart nanas sedap: 750g Tepung Gandum 50g Tepung Jagung 25g Minyak Sapi/ghee 500g Butter (aku guna anchor) 50g Gula 2 biji Kuning Telur  1 sk Esen Vanilla 1 sk pewarna kuning Lemon Yellow Cara-cara : 1. Gaul je semua sampai sebati dan uli pakai tang...

Kek Sarang Semut🐜

Image
Assalamualaikum.... Hari ni mak aku request kek sarang semut untuk minum petang dan sedekah kat rumah adik-beradik aku... Jadi gigih la aku google resipi sebab tak pernah lagi buat dan banyak jugak dengar komen orang kata part lubang-lubang sarang tu payah nak menjadi. Tapi Alhamdulillah percubaan pertama aku berjaya dan cantik dan jugak sedap... hehe.... Jum try resipi ni... Macam ni lah aku sediakan bahan-bahan Bahan-bahan : 2 cup gula pasir 2 cup air panas 250g butter (aku guna buttercup) 1/2 cup susu manis 8 biji telur B 1 sk esen vanilla 2 cup tepung gandum 2 sk baking soda Cara nak buat :   Sediakan dulu bahan-bahan yang di perlu dimasak, sebab nak kena sejukkan semua baru boleh mula buat kek. 1. Gunakan NonStick pan, panaskan gula dengan api perlahan dan jangan di gaul. Biarkan gula cair dengan sendiri. Kalau digaul nanti gula jadi berketul dan susah nak hancur. Bila gula dah mula perang dan mencair, barulah digaul perlahan-lahan supaya perang sekata. 2. Masukkan air panas s...

Karipap Inti Sardin🐟

Image
Assalamualaikum.... PKP ni duduk rumah macam-macam benda aku try masak... Hari ni aku nak share resipi kulit karipap TANPA guna minyak panas . Bukannya apa, jenuh jugak aku google resipi, mostly memang share resipi minyak panas. Bukan resipi tu tak sedap atau tak jadi, tapi mungkin tak serasi dengan aku kot... Sebab dah 2 kali aku cuba lain-lain resipi minyak panas, memang tak boleh dan mantul. Sebab tu aku try resipi ni, Alhamdulillah menjadi cantik dan senang dibentuk...  Bahan-bahan mudah je : 1kg tepung gandum 250g butter (Aku guna buttercup) 500ml air Cara-cara pun sama mudah, aku bagi sekali dengan gambar ok : 1. Mula-mula cairkan butter dan sejukkan butter cair tu... 2.  Pastu mix semua bahan dan uli sampai licin dan tak menggerutu... Kalau ada mesin, uli je guna mesin...     ** Doh bawah ni licin kan... Yang ni kakak aku tolong, kalau aku sendiri memang tak larat part uli-uli tepung ni...  3. Lepas dah licin, tutup dan bagi doh tu rehat dalam 30minit... ...

PDPR... PKP 3

Image
Assalamualaikum.... PKP 3 dah ni... Baru sekarang aku dapat fokus dgn PDPR anak aku... Selama ni, aku tak pernah update apa-apa pun tentang latihan atau kelas abang dalam group whatsapp sekolah. Aku baca je, tapi tak pernah sekali pun aku respon... Kesian jugak aku tengok cikgu yang mengajar abang bila aku tak pernah respon atau submit apa-apa kerja yang abang buat... KENAPA jadi macam ni? Ni lah yang aku nak share... Kesilapan dan kekhilafan aku... Sebab tu lah apa yang jadi sekarang ni aku rasa banyak sangat hikmah yang perlahan-lahan mengubah cara aku...  Sekarang semua Ontime kerja dan Kelas Sebab pertama mak bapak tak dapat fokus kerja sekolah dan kelas online anak-anak adalah disebabkan waktu berkerja... Yang aku cakap ni pasal budak sekolah rendah ye, sebab abang baru darjah 2... Kalau anak sekolah menengah mungkin lebih mudah sebab diorang lebih matang dan ada handphone sendiri... Abang, kalau tak dipantau kerja dia, banyak ke berangan dan termenung je pandang buku sampai ...

Aku Diberikan Kali Kedua

Image
Aku sekarang adalah aku yang diberikan Allah peluang kedua untuk hidup kat dunia ni... Aku sepatutnya dah mati dan tak wujud lagi , tapi sampai saat ini aku masih lagi kekal bernyawa sebab belum sampai ajal aku... Aku diberikan jalan oleh Allah untuk kekal hidup...serta peluang untuk aku bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang telah aku lalukan... Tapi, walaupun aku terselamat, keadaan aku dah tak macam dulu lagi... Kejadian tu dah buat tulang belakang aku patah dan aku hampir lumpuh ...  Bila aku sedar, aku cuma dapat rasakan kesakitan yang amat sangat, kesakitan yang aku tak boleh nak gambarkan. Aku tak berdaya nak gerakkan bahagian tubuh... Sorang demi seorang doktor tiba, diorang cuma risaukan bahagian kaki aku. Perkara pertama dan berulang-ulang kali diorang suruh aku buat adalah gerakkan kaki... Alhamdulillah kaki aku masih boleh bergerak, walaupun tubuh aku kaku tak dapat digerakkan... Malam tu jugak aku X-ray dan buat CT scan, doktor nampak keretakan kat bahagian tulang b...

46 hari... Kosong...

Image
Hari ni dah 46 hari sejak kejadian tu berlaku... Kejadian apa? Tu biarlah rahsia antara aku dengan Allah... Kejadian yang menyedarkan aku betapa Allah masih sayangkan aku dan tak nak aku masuk ke neraka selamanya... Siapa tahu, mungkin ada kebaikan dan amalan selama aku hidup di dunia ni di terima oleh Allah, sebab tu Allah bagi aku peluang sekali lagi... InsyaAllah...kalau aku dah ready satu hari nanti, aku akan ceritakan kat entry lain... Tak janji ye...  Macam mana keadaan aku sekarang? Alhamdulillah, masih dalam proses untuk sembuh... Belum lagi sembuh sepenuhnya, sebab sakit jahitan kat bahagian dalam tu kadang-kadang masih terasa... Untuk sembuh luaran dan luka tu mungkin senang. Tapi dalaman dan hati tidak sama sekali, susah untuk aku dan payah sangat...  Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku... Ye aku solat dan aku mengaji... Aku isi masa-masa lapang aku dengan beribadah, supaya aku dapat buang semua perasaan negatif yang datang... Tapi jauh di sudut kecil ha...