Kek Sarang Semut🐜


Assalamualaikum.... Hari ni mak aku request kek sarang semut untuk minum petang dan sedekah kat rumah adik-beradik aku... Jadi gigih la aku google resipi sebab tak pernah lagi buat dan banyak jugak dengar komen orang kata part lubang-lubang sarang tu payah nak menjadi. Tapi Alhamdulillah percubaan pertama aku berjaya dan cantik dan jugak sedap... hehe.... Jum try resipi ni...

Macam ni lah aku sediakan bahan-bahan

Bahan-bahan :
2 cup gula pasir
2 cup air panas
250g butter (aku guna buttercup)
1/2 cup susu manis
8 biji telur B
1 sk esen vanilla
2 cup tepung gandum
2 sk baking soda

Cara nak buat : Sediakan dulu bahan-bahan yang di perlu dimasak, sebab nak kena sejukkan semua baru boleh mula buat kek.

1. Gunakan NonStick pan, panaskan gula dengan api perlahan dan jangan di gaul. Biarkan gula cair dengan sendiri. Kalau digaul nanti gula jadi berketul dan susah nak hancur. Bila gula dah mula perang dan mencair, barulah digaul perlahan-lahan supaya perang sekata.
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan gaul sebati air bersama gula perang. Kemudian tutup api dan biarkan sejuk.
3. Dalam kuali lain, panaskan butter hingga cair dan biarkan sejuk.
4. Dalam bekas besar atau besin, masukkan telur, susu manis, esen vanilla, gula dan butter yang dah disejukkan tadi. Gaul guna senduk je sampai sebati.
5. Kemudian masukkan tepung dan baking soda yang sudah di ayak. Gaul dan picit-picit sampai hilang biji-biji tepung atau tapis je biji yang degil tak nak hancur tu.
6. Tuang dalam loyang 9x9 inci yang dah dioles dengan butter. Peram 4 jam sebelum di bakar. Letak atas meja je. Tutup ye, nanti cicak masuk pulak.
7. Bakar suhu 170-180c, masa letak 45minit api Bawah sahaja... Lepas tu, tambah lagi 10minit api Atas-Bawah. SIAP....


**part peram ni aku actually tak paham jugak apa fungsi nya... Aku curious jugak apa jadi kalau aku tak peram. Tapi malas pulak nak try, takut nanti membazir bahan je kalau tak menjadi. So, sapa ada idea kenapa perlu peram ni, share lah ye...

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲