PDPR... PKP 3
Assalamualaikum.... PKP 3 dah ni... Baru sekarang aku dapat fokus dgn PDPR anak aku... Selama ni, aku tak pernah update apa-apa pun tentang latihan atau kelas abang dalam group whatsapp sekolah. Aku baca je, tapi tak pernah sekali pun aku respon... Kesian jugak aku tengok cikgu yang mengajar abang bila aku tak pernah respon atau submit apa-apa kerja yang abang buat... KENAPA jadi macam ni? Ni lah yang aku nak share... Kesilapan dan kekhilafan aku... Sebab tu lah apa yang jadi sekarang ni aku rasa banyak sangat hikmah yang perlahan-lahan mengubah cara aku...
Sekarang semua Ontime kerja dan Kelas |
Sebab pertama mak bapak tak dapat fokus kerja sekolah dan kelas online anak-anak adalah disebabkan waktu berkerja... Yang aku cakap ni pasal budak sekolah rendah ye, sebab abang baru darjah 2... Kalau anak sekolah menengah mungkin lebih mudah sebab diorang lebih matang dan ada handphone sendiri... Abang, kalau tak dipantau kerja dia, banyak ke berangan dan termenung je pandang buku sampai tembus bawah meja... Hahahhaha...
Ok... Sebab PERTAMA adalah mak bapak bekerja... Lepas kerja, ada yang fokus dengan kerja anak pada waktu malam kan, selepas solat atau selepas makan... Tapi aku tak boleh sebab aku ada kerja lain lagi selepas balik dari kerja...
Inilah sebab KEDUA aku... Sebelum ni aku Home Baker, jadi masa kat rumah memang aku fokus untuk siapkan tempahan kek... Kerja dan sekolah anak-anak??? Kelaut... Memang aku takde masa pun nak pantau kerja sekolah abang... Kesian kan anak-anak bila dapat Ibu macam aku... Hujung minggu lagi lah, memang aku sibuk dengan tempahan dan delivery je... huhu... Jadi, macam mana aku bagi masa untuk abang habiskan semua latihan dia? Dalam seminggu sekali aku akan baca mesej kelas abang dan kumpul semua latihan yang ada. Pastu aku akan buat dalam satu nota kecik dan tampal kat buku untuk semua matapelajaran... Jadi semua buku abang ada nota dan latihan yang cikgu dia bagi... Abang kena berdikari sendiri atur masa bila dia nak siapkan semua. Sebab setiap malam aku akan tanya mana yang dah siap, sebab aku nak tanggalkan dan tampal nota baru... Yeeee....abang memang siapkan semua kerja dia, cuma tak mengikut jadual kelas yang cikgu dia bagi. Sebab tulah aku tak boleh nak update apa-apa dalam mesej... Kalau aku update pun dah jauh sangat tarikh tu tertinggal...
Semua matapelajaran ada nota latihan |
SEKARANG??? Ada hikmahnya aku sakit dan cuti selama 3 bulan... Aku dah stop bisnes aku, aku fully house mom selama 3 bulan. Sebab aku dah tak pergi pejabat dan aku tak buat apa-apa bisnes pun sekarang. Aku fokus dengan keluarga dan anak-anak aku... Aku ada banyak masa untuk pantau PDPR abang dan luangkan masa aku dengan Adek, Mak dan Kakak aku.... Sebab selama aku sibuk bertahun-tahun, aku sampai tak ada masa untuk duduk makan semeja dan kadang-kadang nak berbual dengan aku pun payah...
Alhamdulillah sekarang aku berpeluang luangkan masa sebaik-baiknya dengan anak-anak... Tak lah sentiasa bermain ke apa... Sebab aku pun tak berapa nak sihat, aku banyak berbaring je kat depan TV. Tapi atleast aku ada kat depan mata anak-anak aku dan tengok apa diorang buat, daripada aku memerap kat dalam bakery aku sepanjang hari dan setiap masa siapkan kek yang tak pernah nak habis sebelum ni...
Aku bercadang untuk hentikan terus bisnes kek aku, sebab bagi aku itulah sebahagian punca kenapa aku stress dan jadinya semua kejadian hari tu... InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan aku dan lancarkan rezeki aku dalam apa bentuk sekalipun... Mungkin lepas ni, ada jalan lain yang Allah akan buka untuk aku... Sekarang ni, aku cuma nak fokus dengan kesihatan dan keluarga aku dulu.... Doakan yang baik-baik ye...
.
Comments
Post a Comment