Posts

Showing posts from October, 2021

🎂Hari Lahir Anak Ibu LAGI sekali!!!

Image
  Assalamualaikum.... Lain macam je tajuk... Hahaha.... Tajuk tu LAGI SEKALI sebab bulan lepas baru je sambut hari lahir anak-anak kat sini >>> Hari Lahir Part 1                    Masa tu aku kata nak buat sekali je untuk abang dan adik terus... Sebab adik September, Abang Oktober... Tapi alih-alih bila tarikh hari lahir abang 21.10.2021, tak sampai hati pulak aku kalau tak buat khas untuk abang... Yela, anak-anak terus membesar, moment hari lahir diorang bukannya selalu kan... Bukan nya mahal pun, setakat makan-makan bersama family dan beli kek untuk budak-budak seronok bergambar dan tiup lilin... Yang penting budak-budak happy...   Kek Tema Biru, warna kegemaran anak-anak ibu Untuk abang... Quran, Kain pelikat, Kopiah dan Sejadah Biru.... Alhamdulillah.... Aku memiliki anak-anak yang bersyukur dan tak meminta-minta... Apa yang aku bagi, anak-anak akan terima dengan gembira... Pernah jugak diorang minta ...

Khatam Kali Ke 3

Image
Alhamdulillah... 14 Oktober 2021 , aku tamatkan bacaan Al-Quran ketiga untuk tahun ni... Bagi orang lain, mungkin ni perkara biasa. Tapi untuk aku, banyak perkara di sebalik masa-masa yang aku habiskan untuk mengaji... Sebab apa? lepas ni aku ceritakan secara detail...                     Aku bermula pada 29 Ogos 2021 lepas... Untuk bacaan kali ni, surah lain aku baca seperti biasa. Cuma Surah Yasiin je ada pengulangan setiap khamis... Sebab setiap Khamis aku ada Google Meet (GM) bacaan Yasiin dan Usrah. Setiap kali GM, aku akan buat Live kat IG, supaya kalau ada sahabat lain nak membaca Yasiin bersama-sama boleh join dan dengar Usrah selepas tu... Setiap Khamis, Jam 8malam Google Meet Bacaan Yasiin dan Usrah   Aku rasa tenang dengan circle aku sekarang. .. Circle relax dan sentiasa mengingatkan aku... Circle yang tak pernah kisah dengan kehidupan orang lain... Circle yang membina secara positif, bukan semata-mata na...

Aku Positif Covid

Image
Part ni aku tak pasti nak gelak atau nak kesian kat diri aku... Hahaha... Lepas satu sakit, satu lagi penyakit aku dapat... Itulah namanya UJIAN ye anak-anak.... Kalau Allah tak bagi ujian, tu bukan HIDUP namanya...                       Kata kawan aku, tahun 2021 ni adalah tahun untuk aku holiday puas-puas ... Mana tak nya, aku baru je sebulan masuk kerja SELEPAS CUTI SAKIT PANJANG 4 bulan.... Tiba-tiba dapat lagi cuti kuarantin 10 hari... Nikmat apa lagi yang nak aku dustakan kalau Allah dah bagi kau cuti rehat sepuas-puasnya ....                      Sebab tu la aku kata tak pasti nak happy atau nak kesian.... Sebab cuti panjang aku ni cuti sakit, bukannya cuti honeymoon... Hahhahaha.... InsyaAllah, siapa tahu selepas macam-macam ujian yang aku hadap masa ni, Allah akan berikan aku kegembiraan pulak.... Aminnn... ORAITTTT.... Ni journey macam mana aku...