🎂Hari Lahir Anak Ibu LAGI sekali!!!

 
Assalamualaikum.... Lain macam je tajuk... Hahaha.... Tajuk tu LAGI SEKALI sebab bulan lepas baru je sambut hari lahir anak-anak kat sini >>>Hari Lahir Part 1
                Masa tu aku kata nak buat sekali je untuk abang dan adik terus... Sebab adik September, Abang Oktober... Tapi alih-alih bila tarikh hari lahir abang 21.10.2021, tak sampai hati pulak aku kalau tak buat khas untuk abang... Yela, anak-anak terus membesar, moment hari lahir diorang bukannya selalu kan... Bukan nya mahal pun, setakat makan-makan bersama family dan beli kek untuk budak-budak seronok bergambar dan tiup lilin... Yang penting budak-budak happy...
 
Kek Tema Biru, warna kegemaran anak-anak ibu

Untuk abang... Quran, Kain pelikat, Kopiah dan Sejadah Biru....

Alhamdulillah.... Aku memiliki anak-anak yang bersyukur dan tak meminta-minta... Apa yang aku bagi, anak-anak akan terima dengan gembira... Pernah jugak diorang minta untuk dibelikan sesuatu, tapi aku jenis yang tak akan turutkan apa yang diorang nak tu dengan segera. Aku akan bagi kemudian, kalau aku berpuas hati dengan pekembangan dan kelakuan diorang... Senang cakap, reward lah...
                Set hadiah abang tu pun actually permintaan kecik dia... Abang request Al-Quran biru kalau dia dah tamat baca Iqra dan Sejadah biru untuk dia solat Jemaah dengan aku... Aku gembira bila anak-anak mintak benda-benda macam ni... Dah alang-alang abang nak barang-barang ibadah, aku belikan terus kopiah biru yang sepasang dengan adek dia dan kain pelikat biru untuk dia solat.... 
 
 
Hadiah untuk adek??? Tetap ada.... Aku sediakan kotak hadiah Chewy Vitamin untuk adek.... Seronok je dia dapat hadiah tu... hehehe.... Itu la aku cakap, tak perlu mahal dan pening kepala... Apa yang anak-anak suka adalah moment hari lahir diorang.... Tiup kek dan kotak hadiah.... InsyaAllah anak-anak akan gembira dan akan ingat sampai bila-bila apa yang kita buat untuk happykan diorang....
                
Ni aku Close Up Al-Quran Deboss Enuur Rabbani B6 yang aku hadiahkan untuk abang ye.... 
Aku tempah kat SINI >>> Yanez Islamic Gift



Al-Quran akan bersama dengan kita selamanya... InsyaAllah ukiran dan kata-kata tu akan sentiasa bersama-sama dengan abang untuk dijadikan ingatan daripada ibu... Semoga anak-anak ibu membesar menjadi anak yang soleh Dunia dan Akhirat.... Amin...
 

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲