Khatam Kali Ke 3

Alhamdulillah... 14 Oktober 2021, aku tamatkan bacaan Al-Quran ketiga untuk tahun ni... Bagi orang lain, mungkin ni perkara biasa. Tapi untuk aku, banyak perkara di sebalik masa-masa yang aku habiskan untuk mengaji... Sebab apa? lepas ni aku ceritakan secara detail... 
                Aku bermula pada 29 Ogos 2021 lepas... Untuk bacaan kali ni, surah lain aku baca seperti biasa. Cuma Surah Yasiin je ada pengulangan setiap khamis... Sebab setiap Khamis aku ada Google Meet (GM) bacaan Yasiin dan Usrah. Setiap kali GM, aku akan buat Live kat IG, supaya kalau ada sahabat lain nak membaca Yasiin bersama-sama boleh join dan dengar Usrah selepas tu...

Setiap Khamis, Jam 8malam

Google Meet Bacaan Yasiin dan Usrah
 
Aku rasa tenang dengan circle aku sekarang... Circle relax dan sentiasa mengingatkan aku... Circle yang tak pernah kisah dengan kehidupan orang lain... Circle yang membina secara positif, bukan semata-mata nak berlumba kejar emas sampai siku, aku kaya kau miskin, kau ada aku pun mesti ada... Circle yang toxic macam tu ada memang aku dah jauhkan dari hidup aku, aku tak perlukan sebab benda macam tu buat aku jadi semak dan hilang ketenangan...  
                Aku bukan kata orang macam tu jahat, tapi kita masing-masing ada cara pemikiran sendiri, ada kehidupan sendiri, ada masalah sendiri... Jadi itu adalah pilihan untuk memilih kehidupan macam mana yang kita nak... Aku masih lagi dalam rawatan, jadi circle yang membina, tenang dan positif sangat penting untuk aku sembuh, selain dari manfaat untuk aku membaiki diri jadi lebih baik... InsyaAllah... 
 
Adek merayu abang temankan dia bermain... =D

Macam yang aku ceritakan tadi, di sebalik mengaji ni aku ada banyak perkara lain yang membuatkan aku rasa seronok menghabiskan masa-masa aku untuk menghadap Al-Quran...
                Antara perkara yang aku suka, mengaji bersama adalah masa terbaik untuk aku bersama dengan anak-anak aku... Memang dah ditetapkan bermula jemaah Solat Maghrib, mengaji dan solat Isyak, anak-anak akan automatik masuk kedalam bilik... Selain dari aku sendiri mengaji, anak aku pun mengaji dan belajar membaca bersama... Alhamdulillah, malam tadi abang dah habiskan bacaan Surah Al-Baqarah (16.09.2021-20.10.2021) dalam 1 bulan untuk abang habiskan 1 surah... Tak kisah abang lambat, yang penting abang semakin pandai membaca Al-Quran... Ibu gembira sangat-sangat dengan abang... Boleh baca kat sini abang mulakan bacaan Al-Quran >>> Abang Mula Baca Al-Quran <<<
                Selain tu, mengaji ni buat aku rasa tenang dan terisi masa... Walaupun bacaan aku tak sempurna dan bunyi tak sedap mana pun, tapi aku tetap teruskan jugak sebab mengaji je dapat buat jiwa aku tenang... Kadang-kadang aku mengaji sampai aku rasa penat, baca 2 ke 3 surah sekali gus, lepas tu aku tidur... Aku jadikan mengaji sebagai terapi diri...
                 MUNGKIN ada yang akan komen mengaji yang sempurna adalah memahami apa yang kita bacakan...bukan semata-mata membaca tapi tak faham satu apa pun... TAPI, untuk aku....walaupun aku tak faham apa yang aku baca (kadang-kadang je mata aku curi pandang tafsir) tapi aku buat PILIHAN TERAPI DIRI yang baik untuk diri aku... Daripada aku buat perkara yang tak elok untuk cari ketenangan, jadi ada baiknya aku cari ketenangan aku dengan cara mengaji... Emak aku pun happy tengok aku mengaji. Kalau aku asyik keluar melepak dengan kawan-kawan dan merayap sana sini, silap-silap mak aku pun jadi pening dan risau kat aku.... Jadi pilihlah dan lakukan sesuatu untuk kebaikan diri dan orang sekeliling...
 
Al-Quran ke-4... InsyaAllah...
 
16 Oktober 2021... Aku mulakan bacaan untuk Al-Quran ke-4... Kali ni aku berniat nak habiskan bacaan sebelum atau pada tarikh hari lahir aku.... 5 Januari 2022... Sebagai hadiah hari lahir untuk diri aku sendiri... InsyaAllah... Semoga dipermudahkan dan ditetapkan hati aku untuk terus membaca Al-Quran setiap hari... Aminnn....
 

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲