Bung Bratak Heritage Centre 🌲

Cantik view permandangan puncak... Kalau pagi-pagi ada embun tau...

Menangis sebab berjaya sampai... DRAMA QUEEN.. 😂

Assalamualaikum... 2 hari berturut-turut Sue panjat naik bukit... Terasa jugak lenguh kaki ni sebab tak sempat berehat... Hari ni, pagi-pagi Sue dan kawan-kawan dah berangkat gerak dari rumah untuk ke Bung Bratak, yang terletak di Bau...

Permandangan Puncak Bung Bratak

-----------------------------
PERNAH DENGAR BUNG BRATAK? 
-----------------------------

                Bung Bratak Heritage Centre ini terletak di Kampung Tembawang, Bau (60 minit perjalanan dari Kuching menghala ke Lundu melalui Batu Kawa/Pekan Bau). Bagi yang tak tahu, Bung Bratak merupakan destinasi ideal untuk pencinta alam semula jadi melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah atau mendaki, dengan suasana hutan asli dan pemandangan dari puncak Bung Bratak yang cantik sangat-sangat. Untuk sampai ke puncak Bung Bratak ambil masa dalam setengah jam berjalan kaki dari kaki bukit.

                Selain bersantai menikmati keindahan alam, pengunjung juga boleh menginap di dua buah rumah panjang dan sebuah Baruk dilengkapi dengan kemudahan asas yang selesa. Pakej termasuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Puncak Bung Bratak adalah tempat khas di mana upacara tradisional diadakan oleh masyarakat Bidayuh. Penduduk tempatan turut menganggap bahawa puncak Bung Bratak yang seluas sebuah padang bola sepak adalah tempat keramat.


                SEJARAH.... Bung Bratak merupakan antara penempatan masyarakat Jagoi Bidayuh sejak 750 tahun dahulu. Pada tahun 1838 ianya telah diserang oleh orang luar dimana rumah-rumah dibakar, dirompak. Manakala orang-orang dewasa telah dibunuh dan kanak-kanak diculik dan dilarikan. 
                Semasa kejadian, Panglima Kulow bersama yang lain sedang menguruskan tanaman padi di kaki bukit. Rentetan kejadian itu, Panglima Kulow telah mendapatkan pertolongan Rajah James Brooke dan berjaya membawa kembali kanak-kanak yang diculik. Setelah itu Bung Bratak telah dibina semula dan kembali sejahtera dan harmoni. Namun dari masa ke semasa penduduk Bung Bratak telah berpindah ke tempat lain. Kini Bung Bratak merupakan salah satu pusat pelancongan di Sarawak dan Festival Bung Bratak akan diadakan pada 1 Mei setiap tahun bagi memperingati peristiwa ini.
--------------------------------------------
--------------------------------------------
  • Bayaran masuk : RM10/seorang (Update : Februari 2022) 
  • Penginapan : RM100-RM200 (Mengikut Pakej)
  • Tapak perkhemahan : RM30 sehari
  • Puncak tertinggi : 161 meter (Untuk ke Puncak, pengunjung boleh meneruskan pendakian dari belakang kafe)
  • Parking kenderaan : Percuma
  • Tarikan utama : Sambutan Festival Bung Bratak pada 1 Mei setiap tahun.

Gambar kat atas ni di ambil sebelum balik, sebab tu muka happy je semacam.... Masa nak naik, tak dapat nak ambil gambar bersama sebab semua sibuk SELFIE... hahahha....
Sue kongsi gambar sepanjang naik ke atas ye.... Menarik sebab ada pelbagai jenis trek untuk naik...

Anak tangga batu asli

Anak tangga kayu

Anak tangga batu-bata

Laluan naik batu-bata mendatar

Selepas sampai ke Tapak Utama di kawasan penginapan dan bergambar dengan permandangan puncak, bolehlah teruskan perjalanan untuk ke Air Terjun... Jarak untuk ke lokasi Air Terjun TAK JAUH, cuma agak curam dan tinggi...

Sebelum sampai ke Air Terjun, singgah AYAK MATA dulu... 

Pancur Air Mata... 💧

Sebiji macam cerita Alas Pati Hutan Mati

Siapa pernah tonton Movie Seram Indonesia, tajuk dia Alas Pati Hutan Mati... Masa Sue lalu kat sini, terus terasa seram sebab Sue teringatkan cerita tu... Suasana tempat ni memang sebiji macam dalam movie.... Terbayang orang mati dan mayat bergantung kat pokok... Hahhahaha.... 
                Padahal bila diperhatikan balik, tu adalah port untuk orang kampung lepak makan durian, sebab nampak banyak sangat buah durian jatuh kat situ.... Dahhhh....tak payah nak seram lebih-lebih.... 😂😂😂

Banyak durian kecik sekitar kawasan ni

                Perjalanan terhenti sampai sini je, sebab laluan untuk ke Air terjun tertutup... Kebetulan ada pokok yang baru tumbang menutupi laluan betul-betul di depan waterfall.... Kitorang tak dapat nak duduk kat waterfall, hanya nampak disebalik pokok tumbang je.... Takde rezeki lah kan... InsyaAllah kalau ada rezeki datang lagi, mungkin nak singgah kat waterfall tu pulak.... 😄 

Gambar waterfall sumber Blogger

Kami sampai sini pagi... Cantik sangat pemandangan hutan pagi-pagi dengan pelangi

So, kalau rasa nak mendaki santai-santai dan relax, bolehlah ke Bung Bratak sebab ni antara laluan mendaki paling mudah yang Sue pernah pergi... Happy Weekend Gais!!!!🌲

Credit to : Libur, The Borneo Post, Kuching Borneo dan Wilsonchin untuk semua info... 😉

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾