Bahagia yang Allah Ganti
BAHAGIA YANG ALLAH GANTI.... Alhamdulillah aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang... Walaupun aku tak peroleh apa yang aku mahukan dan seperti terlambat untuk menemukan semua ni... Tapi aku tetap beruntung, sebab aturan Allah untuk kehidupan aku tersangatlah indah dan nyata... Ketenangan dan kegembiraan yang tak pernah aku jangka.... Syukur pada Allah kerana membuka mata aku dan menyedarkan aku tentang banyak perkara yang aku tak nampak. Sebelum ni aku terlalu takut untuk kehilangan sesuatu yang belum pasti milik aku...
Kesakitan, kekecewaan dan kesedihan banyak mengajar aku untuk lebih menghargai kehidupan, menghargai diri sendiri dan menilai keikhlasan seseorang pada aku... Apa yang Allah tarik dari aku, digantikan semula dengan sesuatu yang lebih berharga...mereka yang jauh lebih baik dan sempurna... Sahabat sebenar dan mereka yang ikhlas pada aku...
PERCAYALAH dengan kuasa DOA... Bila kau berdoa, TAK SEMUA PERKARA akan dilonggokkan terus depan mata kau.... Tapi sedikit demi sedikit Allah akan buka mata hati kau untuk nampak segala perkara yang terjadi disekeliling kau...
Kalau kau ikhlas BERKAWAN, kau akan nampak mereka yang khianati kau dan mempergunakan kau... Kalau kau jujur BERCINTA, kau akan nampak segala kecurangan dan penipuan di belakang kau... Maksudnya, segala perkara KEBAIKAN yang kau lakukan, tetapi DIBALAS dengan KEJAHATAN akan Allah tunjukkan satu-persatu.. 💔
Apa yang tinggal hanyalah kekuatan hati kau sendiri... Kuat atau Lemah untuk menerima hakikat dan takdir... Bila kau tak putus-putus berdoa dan meminta, InsyaAllah akan Allah tunaikan perlahan-lahan, satu demi satu... Tapi jika apa yang kau dapat, tak seperti apa yang diharapkan maka bersyukur dan terimalah dengan REDHA walaupun menyakitkan dan susah untuk diterima... InsyaAllah ada HIKMAH disebalik semuanya... Boleh jadi apa yang kita sayang itulah yang akan mendatangkan kemudaratan... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita... Kannnnn.... 😗
MOVE ON???...
Dah lama aku move on dari semua perkara dan semua hal yang tak mendatangkan faedah dalam hidup aku... Tahun 2020 aku di khianat, tahun 2021 aku dikhianati lagi sekali... Semoga 2022 ada sinar dalam hidup aku selepas ujian bertubi-tubi datang dalam hidup aku.... InsyaAllah...
Aku memang jenis cepat move on dan MAKE DUNNO, sebab aku tak nak ambil kisah
siapa kau lepas kau buat taik dengan aku... Aku cuma anggap
manusia-manusia yang menyusahkan hidup aku tu spesis sampah... SO,
settle kat situ je... Percayalah kau tak tahu betapa aku GEMBIRA dan
BERSYUKUR atas segala
yang dah terjadi... Disebabkan perkara-perkara itulah aku ada apa yang
aku miliki sekarang.... Kegembiraan, Ketenangan, Kebahagiaan dan Kasih
Sayang yang aku tak rasa sebelum ni....
Nak MAAFKAN??? 😆 Itu bukan aku... Kalau perkara BODOH yang kau buat tu SECARA SENGAJA dan DIRANCANG... Jangan mimpi aku nak maafkan manusia bangang macam ni... Aku tak kisah pun manusia tu mati di langgar kereta ke, mati beranak ke apa... Aku memang tak nak ambil tahu langsung dah pasal manusia macam ni... Senang cerita, aku cakap PEGI MAMPUS je. Nak skodeng ke apa memang tak berminat laaaa... Bukan spesis aku nak skodeng-skodeng kehidupan orang bagai... Sebab tu aku heran dengan spesis yang suka skodeng hidup aku... Hurmmm....
Aku memang jahat kalau perlu untuk jadi jahat. Kalau orang buat jahat dengan aku, aku jenis buat taik terus sampai mati.... Hadammmmm... 😅 Pasal MEMAAFKAN atau AKHIRAT....tu biarkan antara aku dengan Allah... Allah lebih tahu apa dalam hati aku... 💕
----------------------------
In LOVE dengan quote ni...
----------------------------
Mungkin ALLAH menjauhkan
beberapa orang dari hidupmu...
Kerana DIA mengetahui apa saja
yang mereka lakukan dibelakangmu...
Kerana...
ALLAH sedang menjagamu
dari mereka yang tidak tulus...
----------------------------
----------------------------
Comments
Post a Comment