Posts

Showing posts from July, 2021

2021... Aku Masih Beraya...

Image
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2021/1442H... Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab akhirnya aku dapat merasa untuk berhari raya tahun ni... Sambutan Hari Raya Aidiladha 2021 untuk keluarga aku terasa meriah sangat dari biasa walaupun dalam keadaan PKP3. Sampai aku confuse hari ni Raya Aidilfitri ke Raya Haji.... Sebab kemeriahan dan semangat tu terasa lain macam...            Kenapa? Sebab Raya Aidilfitri lepas semua bersedih dengan keadaan aku di hospital dan anak-anak aku dijaga oleh ayah diorang di kampung sepanjang waktu aku sakit. Jadi rumah keluarga aku jadi sunyi dan semua dalam kesedihan tak boleh nak berhari raya.... Boleh baca kat link bawah ni apa yang jadi kat aku pada 1 syawal lepas >>>  1 Syawal 2021/1442H  <<< Bila tiba pagi Hari Raya Aidiladha dengan bunyi takbir raya yang jelas dari masjid kampung, aku betul-betul rasa bersyukur sebab masih berpeluang untuk berhari raya bersama-sama dengan anak-ana...

Discharge Kaunseling (Psikiatri)

Image
Assalamualaikum... Macam biasa rutin bulanan aku, dating dgn doktor psikiatri ikut tarikh yang diorang bagi untuk follow-up kesihatan dan ubat (Sertraline) yang aku makan... Sapa yang follow posting sebelum ni, faham lah apa masalah dan sakit aku.  Apa aku rasa tentang diri aku selepas hampir 3 bulan dirawat? Hurrrmmmmm.... Ni perkara yang aku rasa sendiri ye, aku tak tau lagi macam mana pandangan orang lain. Sebab aku masih mengasingkan diri dan tak berjumpa dengan mana-mana kawan sejak kejadian hari tu... Aku pulaukan diri aku, aku remove semua kawan Facebook dan Instagram. Sekarang aku cuma ada Blog ni dan Instagram yang takde follower, aku pun tak follow sesiapa dan aku suka macam tu... Aku tak nak ambil tahu pasal hal yang takde kaitan dengan aku dan aku tak nak sesiapa ambil tahu pasal aku jugak... Aku selesa bersendirian mencari diri dan bebas dari kisah manusia yang tak pernah habis... Soooo...sekarang aku dah sihat dan lebih baik dari sebelum ni... InsyaAllah.... Hari B...

Good Bye Beautiful Blue

Image
  Tenang je pandang diorang kat depan tu... Hari ni Blue aku mati... Kurang dah sekor ikan yang aku pandang tiap hari... Aku tak pasti kenapa Blue mati, sebab sebelum ni Blue sihat je kembang mekar berenang. Tiba-tiba lepas aku tukar air diorang 2 hari lepas, Blue mula berenang menegak. Aku bukak youtube cari apa masalah blue, diorang kata ikan laga berenang tegak sebab patah tulang ekor atau patah mana-mana tulang kat badan dia... Lahaiiiiii lah ikan, ada jugak ke penyakit mcm tu.... Tegak je lepas air ditukar Aku pun tak pasti betul ke tak info di youtube, tapi aku carik dari youtuber yang betul-betul pelihara macam-macam jenis ikan laga dan banyak pengalaman dengan ikan dia. Aku buat ikut apa yang pernah dia buat kat ikan dia sendiri. Youtuber tu cakap, letak Blue kat air cetek supaya badan Blue dapat mendatar, kurang berenang dan banyak berehat untuk pulihkan tulang dia... Aku ikut sebijik yang youtuber tu buat... Air cetek dan daun ketapang untuk ubat Mula-mula lepas buat maca...

Kuih PINGKU (Angku)

Image
Assalamualaikum... Kuih Angku (Mung Bean) ni aku rasa semua orang dah tahu. Tapi pelik bila aku post gambar kat IG hari tu, ada byk jugak kata tak pernah makan.... Sedap tau, aku dari kecik lagi suka kuih ni...  Actually bukan macam tu rupa sebenar kuih angku, aku buat bentuk bunga rose sebab aku takda acuan untuk tekap. Aku buat guna tekap untuk buat fondant je.... Rupa sebenar dan acuan kuih ni macam kat bawah ni... Inti sebenar angku, kacang kuning (Mung Bean) Acuan plastik moden, asalnya acuan kayu Sekarang ni, nak buat angku dah senang. Tak perlu lagi nak rebus dan kisar kacang bagai, sebab paste kacang yang dah siap proses banyak dijual....  Bahan-bahan dan cara buat angku versi moden : 1kg tepung pulut  1 paket Mung Bean Paste (Pakai half je) Daun pisang siap potong bujur Pewarna makanan (Pink) Minyak masak Tepung Pulut Kedai Bakery : Mung Bean Paste Daun pisang siap gunting Kalau dah siap sedia semua bahan, ikut step ni... -Uli tepung pulut dengan air sedikit demi...

Sertraline.... Depression

Image
Bulan pertama 50mg... Bulan ke 2 dinaikkan 75mg... SERTRALINE ni nama ubat Antidepressants untuk orang yang mengalami masalah-masalah berkaitan Depression, Anxiety, OCD, Trauma, Panic Attack dan beberapa jenis nama lain yang berkaitan. Siapa yang mengalami masalah sama, memang familiar dengan nama ubat ni. Aku mula dibekalkan ubat ni sejak 16 Mei 2021 sebab aku alami depression dan aku dah tak boleh nak kawal. Sebenarnya, kita akan tahu kalau kita sakit, sama macam penyakit lain jugak yang datang dengan tanda-tanda awal. Sebab aku sendiri dah alami simtom tu sejak 2019 rasanya. Cuma aku ambil ringan dan tak kisah bila aku rasa ok, ok maksud aku tu kejab datang kejab hilang... PESANAN aku, kalau alami simtom awal dan jadi lebih teruk, pergilah jumpa doktor dan dapatkan rawatan...  Kadang-kadang kita bukan tak nak merawat, tapi tak tahu cara dan tak tahu procedure untuk dapatkan rawatan tu. Klinik biasa tak boleh bekalkan ubat Antidepressi sesukahati, hanya PAKAR PSIKIATRI je yang b...