Discharge Kaunseling (Psikiatri)


Assalamualaikum... Macam biasa rutin bulanan aku, dating dgn doktor psikiatri ikut tarikh yang diorang bagi untuk follow-up kesihatan dan ubat (Sertraline) yang aku makan... Sapa yang follow posting sebelum ni, faham lah apa masalah dan sakit aku. 

Apa aku rasa tentang diri aku selepas hampir 3 bulan dirawat? Hurrrmmmmm.... Ni perkara yang aku rasa sendiri ye, aku tak tau lagi macam mana pandangan orang lain. Sebab aku masih mengasingkan diri dan tak berjumpa dengan mana-mana kawan sejak kejadian hari tu... Aku pulaukan diri aku, aku remove semua kawan Facebook dan Instagram. Sekarang aku cuma ada Blog ni dan Instagram yang takde follower, aku pun tak follow sesiapa dan aku suka macam tu... Aku tak nak ambil tahu pasal hal yang takde kaitan dengan aku dan aku tak nak sesiapa ambil tahu pasal aku jugak... Aku selesa bersendirian mencari diri dan bebas dari kisah manusia yang tak pernah habis... Soooo...sekarang aku dah sihat dan lebih baik dari sebelum ni... InsyaAllah....

Hari Bertemu Doktor

Aku rasa banyak sangat perubahan dengan diri aku, aku selesa dengan keadaan aku sekarang.... Sebelum ni aku macam mana??? Sebelum tu, aku nak describe AKU YANG SEKARANG, then aku explain part SEBELUM RAWATAN...

1.     Aku lebih positif. Kalau ada perkara lampau (flashback) yang mengganggu fikiran aku. Aku dapat twist cara aku berfikir untuk jadikan benda tu tak memeningkan. Sama ada aku flashback memori happy yang pernah berlaku sebelum ni, atau aku akan ambil nilai positif kenapa benda tu jadi. Supaya aku dapat buang rasa negatif dan semak tu...

2.    Aku kurang pemarah. Kalau sebelum ni, aku cepat gila naik angin sebab aku sentiasa stress. Pantang ada silap, aku akan rasa panas dan naik marah. Sampai anak aku buat silap sikit je pun aku boleh mengamuk teruk. Aku jadi susah nak kawal emosi aku, kalau aku marah akan jadi marah terlampau sampai mengamuk, kalau aku sedih akan jadi sedih terlampau sampai menangis.
Now, anak aku tumpahkan air pun, aku boleh cool dan bertenang suruh dia ambil kain dan lap... Aku dah jarang marah dan aku lebih gembira bersama anak-anak aku sekarang. Aku dapat rasakan kebahagiaan keluarga aku. Anak-anak pun lebih rapat dengan aku sebab diorang dah boleh manja-manja dengan ibu garang diorang... Hahahaha... 

3.     Aku tak menangis. Sebelum ni aku selalu menangis tanpa sebab. Aku sentiasa rasa sakit, putus asa dan rasa sedih. Seolah-olah hidup aku takde makna dan takde sorang pun sayangkan aku. Aku rasa sendirian tanpa sesiapa. Aku hilang arah hidup aku....aku solat, mengaji dan jaga semua ibadah, tapi aku tetap rasa celaru dan kosong. Rasa kesunyian menghantui aku sampai aku rasakan dah takda sapa kisah aku hidup ke mati.
    Sekarang aku dah tak rasa kesedihan tu, aku cuba latih diri untuk berfikir secara positif tentang semua masalah aku. Aku jauhkan semua perkara yang boleh mengganggu emosi aku dengan cara mengasingkan diri sendiri dari media sosial dan kawan-kawan. Selain kosongkan Facebook dan Instagram, aku tukar nombor telefon aku jugak, hanya yang terdekat je yang aku bagi. Dengan cara ni aku boleh bagi ketenangan dan ruang pada diri aku untuk mendekatkan diri pada Allah dan berehat dari memikirkan perkara yang serabutkan fikiran aku selama ni. 

4.    Aku dapat tidur lena. Pernah tak korang rasa mengantuk tapi otak ligat fikir macam-macam perkara sampai tak boleh tidur. Benda tu lah yang aku selalu alami berbulan-bulan dalam 3 tahun kebelakangan ni. Bayangkan pukul 3 ke 4 pagi baru aku dapat lelapkan mata, tapi pukul 5 pagi aku dah kena bangun untuk pergi kerja. Aku jadi penat, serabut, stress dan tak boleh berfikir dengan tenang. Aku selalu jatuh sakit sebab tekanan emosi dan tak cukup tidur. 
    Sekarang ni, jam 8 malam lepas mengaji dan solat isyak aku dah masuk tidur dengan anak-anak... Pukul 5 pagi aku bangun fresh untuk solat subuh. Alhamdulillah...


Disebabkan ada perubahan kat aku, doktor discharge aku untuk sesi kaunseling. Cuma temujanji dengan Pakar Psikiatri je yang masih... Itu pun dah dikurangkan dari 1 bulan sekali, sekarang dah jadi 2 bulan sekali.... Alhamdulillah.... Ubat (Sertraline) aku masih perlu makan sampai November walaupun aku dah sembuh, sebab kitaran ubat tu mesti dimakan 6 bulan tanpa henti... Aku harap lepas ni aku boleh sihat macam orang lain...
Aku akan ambil peluang cuti sakit yang berbaki 2 bulan ni untuk rawat jiwa aku betul-betul, sebelum aku bersemuka semula dengan dunia luar dan mulakan cabaran baru dalam hidup aku dengan lebih baik. InsyaAllah...
.

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲