Sertraline.... Depression

Bulan pertama 50mg... Bulan ke 2 dinaikkan 75mg...

SERTRALINE ni nama ubat Antidepressants untuk orang yang mengalami masalah-masalah berkaitan Depression, Anxiety, OCD, Trauma, Panic Attack dan beberapa jenis nama lain yang berkaitan. Siapa yang mengalami masalah sama, memang familiar dengan nama ubat ni.


Aku mula dibekalkan ubat ni sejak 16 Mei 2021 sebab aku alami depression dan aku dah tak boleh nak kawal. Sebenarnya, kita akan tahu kalau kita sakit, sama macam penyakit lain jugak yang datang dengan tanda-tanda awal. Sebab aku sendiri dah alami simtom tu sejak 2019 rasanya. Cuma aku ambil ringan dan tak kisah bila aku rasa ok, ok maksud aku tu kejab datang kejab hilang... PESANAN aku, kalau alami simtom awal dan jadi lebih teruk, pergilah jumpa doktor dan dapatkan rawatan... 
Kadang-kadang kita bukan tak nak merawat, tapi tak tahu cara dan tak tahu procedure untuk dapatkan rawatan tu. Klinik biasa tak boleh bekalkan ubat Antidepressi sesukahati, hanya PAKAR PSIKIATRI je yang boleh keluarkan ubat selepas jalankan sesi bersama doktor... INGAT!!!! Jumpa pakar psikiatri BUKAN hanya sebab kau GILA ye... Secara UMUM, memang orang akan kata psikiatri ni SAKIT ORANG GILA, tapi BUKAN.... Tolong study betul-betul apa psikiatri... Disebabkan LABEL GILA macam ni lah orang tak nak dapatkan rawatan yang sepatutnya... 


SIMTOM DEPRESSION

Sejak pertengahan 2019 aku dah alami tanda-tanda Depression. Aku pernah ke klinik dan buat Ujian DASS (Depression, Anxiety & Stress Screening). Masa ke klinik, aku tak tahu pun pasal depression ke apa. Aku datang sebab aku sakit macam orang lain jugak, cuma sakit tu pelik sikit dari biasa... Ni apa yang aku alami masa tu :

    1. Aku tak boleh tidur berhari-hari dan susah sangat nak tidur. Aku akan paksa mata aku tutup dan paksa diri untuk kosongkan fikiran supaya aku boleh tidur.
    2. Otot dan badan aku sentiasa sakit sampai kadang-kadang aku tak boleh nak gerakkan leher sebab rasa macam bengkak dan sengal. Pastu bahu sentiasa rasa berat macam bawa beg sekolah yang penuh buku. Rasa sakit ni bukan sehari dua, tapi berminggu-minggu dan susah nak hilang. 
    3. Sentiasa pening kepala dan dalam kepala rasa tegang. Aku tak pernah dan tak ada migrain, jadi aku tahu tu bukan migrain. Rasa pening tu pun bukan sehari dua jugak, tapi berminggu-minggu dan tak pernah hilang walaupun makan panadol. Kadang-kadang tu sampai demam dan muntah sebab kepala sakit sangat-sangat.
    4. (Tanda ke4 ni bukan penyebab aku ke Klinik, tapi aku alami jugak pada masa tu.)
Rasa down, sedih, stress, menangis bila sorang-sorang, sentiasa takda mood, cepat terasa atau marah dan segala jenis perasaan negatif.

Bila aku rasa tak sihat sampai berminggu-minggu, aku pergilah ke Klinik Kerajaan (Klinik Tanah Putih). Niat asal ke Klinik cuma nak ambil MC je sebab tak larat nak pergi kerja. Tapi tak sangka masa tu doktor kata ada masalah lain dan suruh aku buat ujian DASS (Borang Q&A). Aku tak tahu apa result ujian aku, tapi doktor bagi aku painkiller untuk hilangkan rasa sakit dan suruh aku datang lagi selepas seminggu. Kalau simtom yang aku alami tu masih tak hilang, doktor akan rujukkan aku ke Pakar Psikiatri (Hospital Umum Sarawak). Dengar je nama Psikiatri, aku terus set yang 'AKU TAK GILA dan aku tak nak di rujuk ke Psikiatri. Sejak dari hari tu aku DENY dan aku tak nak rawat masalah aku. Aku sentiasa cuba untuk hilangkan sendiri kalau sakit aku datang balik. 
Jadi, dari situlah aku tahu sakit aku bermula Januari 2019 (sejak aku bercerai), aku makan ubat dan mendapatkan rawatan Mei 2021... 2 tahun aku biarkan dan aku jadi makin teruk sehinggakan aku buat perkara yang tak sepatutnya... Alhamdulillah, sekarang dah masuk bulan ke 2 aku makan sertraline dan aku gembira dengan keadaan aku sekarang. Aku harap aku boleh sembuh dan tak perlu makan ubat lagi...

PROSES RUJUK PAKAR PSIKIATRI

Sebelum aku tutup cerita aku, aku nak share macam mana nak dapatkan rawatan ke Pakar Psikiatri Hospital Kerajaan. Sebab aku ada sorang kawan yang alami Anxiety, sebelum ni dia dirawat dan ambil ubat di Klinik Pelajar Universiti. Sejak dia tamat belajar 2019, dia dah tak makan ubat dan putus bekalan ubat sebab tak tahu macam mana proses untuk dapatkan rawatan ke hospital kerajaan. Ubat tu di makan setiap hari dan berbulan-bulan. Jadi aku memang suggest untuk dirujuk ke Hospital Kerajaan supaya dapat jimatkan kos perubatan walaupun proses agak lambat. Ok macam ni :

    1. Kalau alami tanda-tanda depression macam yang aku cakap kat atas tadi, atau ada lagi tanda lain, pergilah ke Klinik Kerajaan dan ambil ujian DASS. Kalau kau Anxiety, kau akan alami benda lain dan aku tak tahu macam mana sebab aku tak ada anxiety. Mintalah untuk dirujuk ke Pakar Psikiatrik kalau memang perlu sebab hanya surat rujukan dari Klinik Kerajaan je yang boleh di bawa untuk mendapatkan rawatan susulan ke Pakar Psikiatrik Hospital Kerajaan.
    2. Kalau memang ada sejarah rawatan Depression atau Anxiety dari tempat lain, tunjukkan kad klinik atau apa-apa bukti rawatan sebelum ni pada klinik dan minta surat untuk dirujuk terus ke Hospital.
    3. Surat dari klinik itu lah yang dibawa ke hospital dan seteruskan ada sesi bersama dengan doktor pakar untuk mengenal pasti tahap masalah yang kita alami.
    4. Lepas dah tahu masalah sebenar, bermulalah episod temujanji bulanan untuk rawatan sampailah kita betul-betul sembuh dan tak perlukan apa-apa ubat lagi.

------------------------------------------------------

Aku harap, siapa yang mengalami masalah atau sakit macam ni. Dapatkan lah rawatan dan jangan takut atau malu untuk ke Pakar Psikiatri... Sakit macam ni perlukan ubat sama seperti penyakit lain jugak. Tak ada sesiapa terkecuali dari terkena penyakit dan tak perlu ada rasa malu... INGAT... Sakit yang kau hadap ni bukan soal kau percaya pada tuhan kau atau keimanan kau ataupun kewarakan kau. Ini adalah tentang sakit dalaman yang kau tak nampak dan perlukan rawatan dari pakar atau doktor. 
.

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲