Posts

Showing posts from February, 2022

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Image
Asalamualaikum.... Perjalanan Sue minggu ni, Sue pilih ke Empangan Bengoh (Bengoh Dam) yang terletak di Padawan, kira-kira 40km dari bandar Kuching dengan perjalanan lebih kurang 1jam 30minit...                 Sarawak paling terkenal dengan pemandangan semula jadi dan hutan yang menakjubkan, entah bila lagi Sue berpeluang untuk explore kesemua tempat yang ada... Bengoh Dam terletak dihutan hujan antara sempadan Kalimantan dan pinggir Sarawak, nama lain yang diberikan pada lokasi ini adalah HIDDEN JURASSIC PARK OF SARAWAK ... Sebelum memulakan perjalanan, pastikan korang dah siap menempah awal perjalanan dari Ejen Tempatan (penduduk kampung), Agensi Pelancongan atau Pemandu Pelancong... Kalau tak, berkemungkinan perjalanan tak boleh diteruskan, sia-sia je nanti datang dari jauh tapi hasrat tak tercapai kan???  Harga terkini Sue pergi adalah RM55 sekepala, pakej tanpa makan tengah hari... Kalau pakej yang ada sediakan makanan t...

Subah Waterfall, Kampung Sapit🌱

Image
Gambar dari geng kumpulan Assalamualaikum.... Kampung Sapit, Padawan... Banyak lagi rupanya yang belum pernah dengar lokasi ni... SELEPAS Sue balik dari mendaki barulah sibuk nak google pasal tempat ni... Sebab rasa agak TAK SERONOK ketika ke sana...                                         Kampung Sapit terletak di kaki bukit Ulu Padawan, betul-betul di Sempadan Sarawak-Kalimantan, kira-kira 60km dari bandar Kuching. Perjalanan untuk sampai ke sana mengambil masa 2jam dan disarankan untuk menggunakan kereta yang dalam keadaan elok dan power... Trek diklasifikasikan sebagai Sederhana-Susah disebabkan perjalanan curam yang panjang dan sempit didalam hutan...                      Mempunyai 3 denai air terjun untuk dipilih dan laluan itu akan membawa ke Air Terjun Subah, Sangoh dan Gangdang... Jumlah jarak p...

Majlis Lambaian Kasih😔

Image
                    MAJLIS LAMBAIAN KASIH buat staff dan kawan-kawan yang berpindah ke Negeri lain...🥲 Sepanjang 11 tahun Sue berkhidmat, inilah pertama kalinya Sue menangis bila ada kawan-kawan yang berpindah... 😭 Sebelum ni ada jugak yang berpindah, tapi Sue ok je sebab tak terlalu rapat dan tak terlalu mesra dengan diorang... Sekadar berkawan macam staff yang lain jugak.... Pindah ke Selangor, Perak dan Pulau Pinang✈️                     Tapi bila 3 orang ni berpindah, Sue rasa sebak sangat-sangat... 😩 Sebab diorang sangat baik dengan Sue... Bila Sue ada masalah, dioranglah yang ada dengan Sue dan nasihatkan Sue supaya buat tindakan yang betul... Bila Sue down dan rasa putus asa dengan hidup, diorang ada untuk berikan Sue semangat untuk berfikir secara waras...                      Inilah abang dan ...

Kenangan Ngap Sayot ⚽

Image
Menonton Perlawanan Persahabatan  Assalamualaikum.... Untuk pertama kalinya Sue jejak kaki masuk ke dalam Stadium Sarawak untuk tengok Live Perlawanan Bola Sepak selepas hampir 25 tahun tak pernah ke sini.... Pertama kali jejak kaki masuk sini, terus terkenang zaman Arwah Bapak yang selalu bawa kami adik beradik ke Stadium untuk tengok perlawanan bola sepak....                      Kali terakhir Sue masuk stadium sekitar Tahun 1992-1997, Sue sekolah rendah lagi dan tak tahu apa-apa pun tentang bola sepak... Masa tu zaman kegemilangan Ngap Sayot dan Stadium tak pernah sunyi setiap kali ada perlawanan bola....        🍔Burger sewaktu menonton bola, kenangan bersama Arwah Bapak NGAP SAYOT???  Kalau sekarang mungkin nama tu dah tak menarik di dengar, entah kenal ataupun tidak kalau di tanya dengan budak-budak zaman sekarang... NGAP SAYOT adalah pasukan bola sepak kebanggaan Negeri Sarawak pada sat...

Bung Bratak Heritage Centre 🌲

Image
Cantik view permandangan puncak... Kalau pagi-pagi ada embun tau... Menangis sebab berjaya sampai... DRAMA QUEEN.. 😂 Assalamualaikum... 2 hari berturut-turut Sue panjat naik bukit... Terasa jugak lenguh kaki ni sebab tak sempat berehat... Hari ni, pagi-pagi Sue dan kawan-kawan dah berangkat gerak dari rumah untuk ke Bung Bratak, yang terletak di Bau... Permandangan Puncak Bung Bratak ----------------------------- PERNAH DENGAR BUNG BRATAK?  -----------------------------                     Bung Bratak Heritage Centre ini terletak di Kampung Tembawang, Bau (60 minit perjalanan dari Kuching menghala ke Lundu melalui Batu Kawa/Pekan Bau). Bagi yang tak tahu, Bung Bratak merupakan destinasi ideal untuk pencinta alam semula jadi melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah atau mendaki, dengan suasana hutan asli dan pemandangan dari puncak Bung Bratak yang cantik sangat-sangat. Untuk sampai ke puncak Bung Bratak ambil...