Brownies Cheese🧀


Assalamualaikum... Hari ni Sue nak kongsikan resipi Brownies Cheese pulak... Sue memang gemarkan cheese, tapi kalau makan Kek Cheese semata-mata akan jadi cepat muak dan tak boleh nak makan dengan banyak... 😋 Sebab tu Sue akan buat kombinasi Cheese bersama-sama kek atau perisa-perisa lain, supaya boleh kurangkan muak dan makan dengan banyak...😂 Boleh tengok resipi kat bawah ni yeeee... Confirm menjadi dan sedap tau!!! 😍

----------------------------------------              

Bahan-bahan Brownies (Loyang saiz 10x10inci) : 

----------------Bahan A
400g Dark Chocolate
150g Butter

----------------Bahan B
150g Gula Perang
4 biji Telur A
1 sk Esen Vanilla

----------------Bahan C
100g Tepung Gandum
30g Serbuk Koko
1sk Baking Powder

Cara-cara :

1. Gunakan kaedah Double Boil, satukan Bahan A sehingga cair... Kacau perlahan sehingga kesemua larut dan ketepikan untuk mengelakkan coklat Over Heat dan rosak....

2. Dalam mangkuk lain, satukan Bahan B... Kacau perlahan menggunakan sudu sehingga larut sahaja...

3. Satukan Bahan A dan B, kacau sehingga sebati...

4. Ayak Bahan C, dan kaub balik dan Bahan AB sehingga adunan cantik sebati tanpa ketulan tepung...

5. Tuang adunan ke dalam loyang yang dah di alas dengan kertas minyak...

6. Bakar dengan suhu 170-180c, api atas dan bawah, selama 40minit... 

**Sementara menunggu lapisan Brownies masak... Boleh sediakan adunan cheesenya....


Sue memang jenis yang gemarkan Cheese, jadi tak hairanlah kalau lapisan cheese untuk Brownies Sue ni agak tebal... Walaupun cheese yang tebal, tetap tak muak makan bila digandingkan dengan rasa brownies... Boleh makan tak berhenti tau sebab Brownies Cheese memang sedap... Sue dah buat beberapa kali, sebab tu ada pelbagai versi.... Ada yang kosong dan ada yang bercorak kat atas...😍

Lapisan Cheese : 

500g Cream Cheese
2 biji Telur A
150g Gula
1 sk Jus Lemon

Cara-cara :

1. Pukul cheese dan gula sehingga berkrim
2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati
3. Masukkan Jus Lemon dan putar lagi
4. Asingkan 2 sudu adunan cheese kedalam mangkuk lain dan warnakan sedikit dengan pewarna coklat atau coklat emulco.
---------------------
5. Apabila Brownies dah masak, terus tuangkan adunan cheese ke atas brownies ketika panas-panas...
6. Tuang pada bahagian di sisi brownies, biar cheese mengalir sendiri ke bahagian tengah...
7. Hiaslah corak pada permukaan cheese dengan adunan berwarna coklat tadi...
8. Turunkan suhu ke 150c, api atas sahaja dan bakar selama 30minit...

SIAPPPP!!!!!! Bolehlah dipotong bila dah sejuk.... Sedapppppp.... 😍😍😍



Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲