Subah Waterfall, Kampung Sapit🌱

Gambar dari geng kumpulan

Assalamualaikum.... Kampung Sapit, Padawan... Banyak lagi rupanya yang belum pernah dengar lokasi ni... SELEPAS Sue balik dari mendaki barulah sibuk nak google pasal tempat ni... Sebab rasa agak TAK SERONOK ketika ke sana...

                
                Kampung Sapit terletak di kaki bukit Ulu Padawan, betul-betul di Sempadan Sarawak-Kalimantan, kira-kira 60km dari bandar Kuching. Perjalanan untuk sampai ke sana mengambil masa 2jam dan disarankan untuk menggunakan kereta yang dalam keadaan elok dan power... Trek diklasifikasikan sebagai Sederhana-Susah disebabkan perjalanan curam yang panjang dan sempit didalam hutan... 
                Mempunyai 3 denai air terjun untuk dipilih dan laluan itu akan membawa ke Air Terjun Subah, Sangoh dan Gangdang... Jumlah jarak perjalanan naik dan turun lebih kurang 7km, maksudnya 3.5km sehala... Laluan terpanjang akan mengambil masa 3jam30minit untuk sampai dan laluan terpendek mengambil masa 2jam atau lebih bergantung kepada kelajuan masing-masing... 
                Sebelum bercadang untuk memulakan mendakian, disarankan untuk menempah terlebih dahulu dengan ejen tempatan disekitar kampung kerana ada Jurupandu disediakan masuk ke hutan dengan bayaran RM35 sekepala...

Peg sempadan Kalimantan-Indonesia

                 Jam 6.30 pagi, Sue dan adik berangkat ke sana menggunakan Alza Auto, kereta kami tak boleh naik ke selekoh terakhir dalam 1km lagi untuk sampai ke Kampung Sapit... Perjalanan di penghujung untuk sampai ke Kampung Sapit semakin curam, jadi kalau sayangkan kereta di nasihatkan pilihkan kereta yang bersesuaian... Rasa nak remuk jantung bila Alza Sue tak boleh naik dan gear box bunyi nak pecah bila terpaksa tukar dari gear 2 kepada Free untuk undur balik ke bawah.... Lepas tu ada beberapa saat kereta tak boleh dihidupkan.... Dalam otak dah mula mengucap panjang dan fikir macam mana Sue nak balik kalau kereta Sue tersadai kat sini... 😓 Alhamdulillah, selepas berehat sekejab barulah dapat dihidupkan balik enjin dan Sue terus parking je kat tepi jalan, dan teruskan perjalanan dengan menaiki 4x4 orang kampung untuk sampai ke atas...
                Sebenarnya Sue agak terkilan kat sini... Sue pergi dalam satu kumpulan, actually kumpulan yang Sue tak kenali.... Diorang invite Sue sebab tengok beberapa trip yang Sue pergi sebelum ni... Sebelum join, Sue dah maklumkan keadaan kesihatan Sue, pasal pembedahan tulang belakang dan Sue tak boleh ikut trek yang berat dan terlalu lasak... Tapi diorang kata ok je senang, lebih kurang macam trek lain yang Sue pergi sebelum ni... Katanya naik-turun 3.5km, dalam 2jam lebih je... Baik lah, Sue pun bodoh ikut membabi buta dan tak periksa info mr.GOOGLE... Salah sendiri kannnn!!!!

Macam tak curam, tapi curam... Effect camera ni bengong lah.... Naik 4x4 org kampung...

                Tragedi bermula dari awal... Belum sampai lagi dah dapat kereta problem sebab tak maklumkan keadaan jalan yang curam untuk sampai kesana... Awal-awal lagi sebenarnya kalau Sue tau perjalanan curam, memang Sue tak nak ikut sebab sayang kot dengan kereta, kalau rosak kena keluar duit sendiri yang repair... 
                Pastu sampai kat sana, tengok pakaian member lain semua siap-siap guna kasut getah dan stokin bola... Diorang maklumkan nanti sepanjang perjalanan ada banyak pacat bagai... Ya Allah, tahu tak yang Sue guna seluar paras buku lali je dan stokin ketot... Sebab ingatkan trek biasa macam sebelum-sebelum ni... Alamatnya penuh lah pacat bermain dalam kasut Sue nanti... Rasa nak menangis dan nak cancel terus je masa tu... Tapi ada akak yang hulurkan YokoYoko untuk Sue sapu pada kasut, stoking dan kaki supaya pacat tak panjat... Oklah tak give up dan proceed join team... 
                Kemudian lagi sekali Sue terkejut bila diorang kata perjalanan hampir 4 jam... Aduiiii, apa lagi ni... Sebab masa ajak kata 2jam lebih je bagai... Faham tak KEADAAN MENTAL tak sedia untuk semua kejutan-kejutan yang diterima tiba-tiba kat situ... 
                Betul Sue cakap, kalau nak pergi mendaki tak kira senang atau susah, mental dan fizikal kena ready... Kena clear dari awal apa yang perlu di hadap sepanjang perjalanan.... Kalau semua benda surprise macam ni, memang Sue tak suka langsung, bukan jenis Sue kot benda-benda last minit... Sue jenis orang yang SANGAT WELL PREPARED dan bukan last minit... Memang terus DOWN semangat dari awal lagi sebelum panjat...


                Masa mula-mula naik, terus set otak, OK kot... Mungkin Sue boleh teruskan.... Boleh ni, tak susah... Rupanya perjalanan naik tu direct mendaki curam dan Sue give-up kat 307meter... Ketinggian ni sama dengan Trek Mariamman, tapi Sue relax je panjat Maryamman sebab landai dan tak curam... Tapi ni memang tak boleh... Tulang belakang Sue pun dah mula terasa dan nekad patah balik... Masa Sue patah balik kat 307meter, ni hanya kat permulaan pendakian, perjalanan masih jauh dan Sue memang dah tak boleh nak teruskan... Risau apa-apa jadi nanti takda abam bomba nak selamatkan Sue kat atas gunung tu... Bawah ni jam rekod ketinggian panjat tu... Sue bandingkan Mariamman dan Kampung Sapit...


Mariamman Temple (58 minit) vs. Kampung Sapit trail (30 minit)

                TAPI.... Perjalanan tak berakhir dengan kesedihan dan kekecewaan... Alhamdulillah orang kampung tempatan baik sangat-sangat... Driver 4x4 yang bawa kami naik sewaktu kereta kat tepi jalan tu, tukar plan lain dan ajak kami ke trek air terjun yang lebih mudah.... Katanya, atleast kami ada kenangan menarik dan tak pulang tangan kosong.... 
                Syukur Allah jadikan hari kami tetap menarik walaupun hajat untuk sampai ke Subah Waterfall tak kesampaian.... Kami meneruskan perjalanan ke Barung Waterfall, yang lokasi trek nya tak jauh dari tempat kereta Sue diletakkan.... Untuk sampai ke sana perlu masuk ke dalam hutan lebih kurang 7 MINIT sahaja... Hahhahah... Senang gilerrr kan... Takpe, yang penting tetap seronok.... 



Next trip.... Mungkin Bengoh Dam... Kalau tak ada halangan... InsyaAllah...



Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲