Kenangan Ngap Sayot ⚽
Menonton Perlawanan Persahabatan |
Assalamualaikum.... Untuk pertama kalinya Sue jejak kaki masuk ke dalam Stadium Sarawak untuk tengok Live Perlawanan Bola Sepak selepas hampir 25 tahun tak pernah ke sini.... Pertama kali jejak kaki masuk sini, terus terkenang zaman Arwah Bapak yang selalu bawa kami adik beradik ke Stadium untuk tengok perlawanan bola sepak....
Kali terakhir Sue masuk stadium sekitar Tahun 1992-1997, Sue sekolah rendah lagi dan tak tahu apa-apa pun tentang bola sepak... Masa tu zaman kegemilangan Ngap Sayot dan Stadium tak pernah sunyi setiap kali ada perlawanan bola....
Kali terakhir Sue masuk stadium sekitar Tahun 1992-1997, Sue sekolah rendah lagi dan tak tahu apa-apa pun tentang bola sepak... Masa tu zaman kegemilangan Ngap Sayot dan Stadium tak pernah sunyi setiap kali ada perlawanan bola....
NGAP SAYOT???
Kalau sekarang mungkin nama tu dah tak menarik di dengar, entah kenal ataupun tidak kalau di tanya dengan budak-budak zaman sekarang... NGAP SAYOT adalah pasukan bola sepak kebanggaan Negeri Sarawak pada satu masa dulu.... Meriah nya Stadium Sarawak setiap kali perlawanan bola susah Sue nak gambarkan... Kemeriahan sorakan dan bunyi dentuman gendang penyokong tak pernah lekang dari awal hingga akhir permainan... Sue pernah jugak dihimpit oleh manusia yang berasak-asak nak masuk ke Stadium... Dan part yang paling seronok adalah bila dapat makan Kacang Kuda dan Burger yang Arwah Bapak belikan setiap kali menonton bola... Untuk budak-budak macam Sue, makanan je lah yang paling seronok, sebab tak reti pun pasal bola masa tu... Ni Sue cerita sikit tentang Persatuan Bola Sepak Sarawak dan Team Ngap Sayot...
Sarawak secara rasmi telah menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963, walaubagaimanapun Sarawak tidak menyertai mana-mana pertandingan membabitkan pasukan dari Tanah Melayu pada ketika itu.
Piala Malaysia 🇲🇾 pula merupakan satu-satunya pertandingan yang telah wujud dan dipertandingkan di Tanah Melayu sejak 1921. Namun sejarah penyertaan Sabah dan Sarawak hanya bermula pada lewat 1970an. Ini adalah disebabkan oleh beberapa kekangan seperti Faktor Logistik dan Kewangan, yang menyebabkan masalah untuk pasukan Sarawak bertandang ke tempat lawan.
Sarawak melakukan penampilan pertama di Piala Malaysia pada tahun 1979. Sarawak FA pada masa itu dibimbing oleh Jurulatih Poasa Sahar. Antara pemain yang membintangi skuad Bumi Kenyalang pada era tersebut adalah seperti James Yaakub, Awang Mahyan, Pengiran Bala dan ramai lagi.
LAGENDA BOLA SEPAK AWANG MAHYAN
Awang Mahyan adalah watak yang sangat dikenali dalam Pasukan Bola Sepak Sarawak. Di mata pihak lawan, Awang Mahyan adalah seorang jurulatih yang berpewatakan provokatif dan penuh kontroversi. Jadi tidak keterlaluan jika dikatakan Awang Mahyan adalah antara individu yang memainkan peranan besar membangkitkan 'roh' bola sepak Sarawak di saingan domestik.
Awang Mahyan bersama pasukan Bola Sepak Sarawak |
NGAP SAYOT, SATU SEMANGAT DEMI SARAWAK
Lewat 1980an sehingga awal 1990an, slogan NGAP SAYOT ibarat satu gelombang besar yang melanda Sarawak pada masa itu. Dengan keluasan Negeri yang besar dan faktor kewangan, tidak semua penyokong mampu hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.
TETAPI... Semangat 'Ngap Sayot' ibarat tersemat di setiap sanubari anak muda dan dewasa sehingga ke kawasan pedalaman Negeri Sarawak.
NGAP bermaksud "Makan", SAYOT pula bermaksud "Sayur". Ianya adalah dialek tempatan bercampur bahasa pasar. membawa maksud lawan mudah dijinakkan, senang dan mudah dijamah seperti makan sayur.
Pada masa ini, pasukan Sarawak tidak pernah mengambil seorang pun pemain import. Stadium Negeri telah menjadi saksi kalahnya pasukan-pasukan yang kuat di zaman itu seperti Kuala Lumpur, Kedah, Singapura ataupun Selangor.
Terdapat beberapa peristiwa dan kejadian yang pernah terjadi di era tersebut. Antaranya :
MISTERI KUCING HITAM🐈⬛
Penampilan misteri Kucing Hitam semasa perlawanan liga telah dianggap oleh peminat sebagai sensasi. Spekulasi timbul bahawa pasukan Sarawak menggunakan ilmu hitam seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Bagaimanapun, kucing itu sebenarnya kucing yang tergelincir ke dalam trek sewaktu perlawanan. Disebabkan kejadian itu, kucing hitam pernah di angkat menjadi maskot pasukan Sarawak.
TERJUN DI JAMBATAN GANTUNG SATOK🌉
Apabila pasukan Sarawak layak ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia buat pertama kalinya. Jurulatih Sarawak, Awang Mahyan mengetuai pasukannya melompat dari Jambatan ke Sungai Sarawak untuk meraikan kemenangan mereka. Acara ini telah disertai oleh peminat dan mendapat liputan meluas media di seluruh Negara.
TRAGEDI TENGAH MALAM DI STADIUM NEGERI🙈
Di pusingan kedua di Stadium Negeri, keputusan pengadil yang berat sebelah telah menyebabkan penonton mula membanjiri trek di Stadium Negeri dan mengakibatkan perlawanan terpaksa ditangguh. Penjadualan semula perlawanan telah dilakukan di Singapura dan akhirnya pasukan Sarawak kalah. Berikutan kejadian itu, kerajaan telah mengubahsuai Stadium Negeri dan bagi membolehkannya menampung lebih ramai penonton.
------------------------------------
RUMUSAN : SARAWAK UNITED
------------------------------------
HARI INI... Pasukan Bola Sepak Sarawak diwakili oleh Sarawak United yang bersaing di Liga Premier. Pastinya ada suara yang mempersoalkan status pasukan ini yang pada asalnya merupakan Selangor United. Suka atau tidak, Sarawak United adalah pasukan yang menggalas tanggungjawab untuk mengangkat kembali martabat bola sepak Bumi Kenyalang. Ini bermakna Sarawak United yang turut dikenali sebagai 'The Golden Hornbill' memerlukan sokongan dari setiap pihak di Sarawak.
Jika 'Ngap Sayot' adalah sejarah dan kisah lama yang menjadi kebangaan bola sepak Bumi Kenyalang, maka Sarawak United adalah lembaran baru Bola Sepak Sarawak yang mahu bangun berdiri sama tinggi dengan pasukan-pasukan utama lain di dalam Negara. InsyaAllah....🤲
Semoga Stadium Sarawak meriah semula macam dulu-dulu... Seronok bila duduk sorang-sorang menonton perlawanan, Flash Back semua memori zaman kecik-kecik dengan Arwah Bapak... Kemeriahan, Sorakan, Teriakan... Dah tak sama macam lagi...
Terima kasih untuk semua info sejarah Ngap Sayot dari Semuanya Bola, Malay Wiki dan Facebook Info Bola Sepak Sarawak Dan Malaysia
.
Comments
Post a Comment