Posts

Showing posts from September, 2021

Aku Minah Moto ke?🏍

Image
Assalamualaikum... Awal pulak aku buat posting hari ni... Pagi-pagi hari ni, dalam perjalanan aku nak pegi kerja, banyak pulak bikers lalu lalang depan mata aku... Kalau hari-hari lain, takde pulak nampak orang guna big bike pergi kerja.... Tapi hari ini.... Lahaiiii.... Keeway Pantagonian Eagle 250 Bila tengok orang bawa big bike, aduiiiii rindunyaaaaa.... Dah lama aku tak bawa moto sejak kemalangan hari tu (Bukan kemalangan moto)... Apa jadi kat aku, boleh baca kat sini >>>> Pembedahan Selepas Kemalangan                     Aku bawa moto, tapi aku tak pernah join mana-mana kumpulan... Aku cuma solo rider je, sebab aku tak minat nak beramai-ramai... Pernah jugak aku di masukkan kat dalam group whatsapp bikers, tapi aku left sebab dalam tu banyak lelaki dan suka cakap benda-benda kotor.... hahahhaha... Aku bukan kutuk ye, benda kita tak selesa tak perlulah ikut...            ...

Hari Lahir Anak-anak Ibu🎉

Image
25 September 2021... Ibu buat sambutan Hari Lahir untuk anak-anak ibu.... Ibu raikan sekali untuk abang dan adek, sebab tak nak ada yang tanya kenapa adek je? Abang takde? Pening pula nak jawab tarikh abang jauh lagi.... Hahhaha... Jadi, senang ceritanya, buat je sekali supaya takde sesi soal jawab yang memeningkan.... Bijak jugak kan ibu ni?? Haha... Abang lahir 21.10.2013... Adek lahir 27.09.2017... Memandangkan 25.09.2021 sabtu, jadi pilih 1 hari tu untuk buat makan-makan dengan family.... Alhamdulillah... Simple je tapi seronok untuk anak-anak... Anak-anak seronok kalau dapat tiup lilin kek je... Kalau dapat tiup lilin, seronok sangat dah tu... Kalau ada hadiah, extra seronok lah kiranya...  2019 vs. 2021 Tengah duduk-duduk tulis entri ni dan tengok balik gambar anak-anak.... Allah.... gembira betul senyuman diorang bila sambut hari lahir... Lagi-lagi wajah adek, betul-betul nampak ceria nya... Alhamdulillah masih dapat tengok anak-anak membesar.... Abang dah 8 tahun, adek p...

Amanah Allah... Abang Tamat IQRA

Image
Alhamdulillah... Aku bersyukur sangat sebab anak sulung aku (Abang) yang berumur 8 tahun, dah tamat Iqra 1-6... Walaupun cuma Iqra dan bukan Al-Quran, tapi aku tetap bangga sebab abang bukan belajar dengan orang lain... Tapi ibu dia sendiri yang ajarkan setiap hari, selain kelas PDPR Tasmik...                     Aku gembira sebab bila abang berjaya habiskan bacaan, maksudnya aku berjaya menjadi ibu untuk didik anak-anak aku mengenal Al-Quran dan aku berjaya untuk luangkan masa mengajar mereka setiap hari... Salah satu amanah yang Allah nak aku buat, aku dah laksanakan.... Mendidik anak.... InsyaAllah....                     Adek baru berumur 4 tahun, nak bercakap pun masih tak reti... Jadi takde lah adek tu mengaji betul-betul.... Saja je nak duduk sama sebab dia seronok tengok abang dia mengaji, jadi dia pun nak ikut... Hehe... Takpe, dari sekarang pupuk minat kat ad...

Gembira atau Positif yang Dipilih?

Image
Aku.... Kalau dilihat dengan mata kasar...orang akan kata aku ni jenis Happy Go Lucky memanjang... Jenis hati kering tak kisah apa semua di sekeliling... Nampak ceria dan rajin bila buat kerja... Jadi, disebabkan itulah bila terjadi sesuatu di luar jangkaan, semua terkejut dan kata tak sangka sebab selalu nampak aku sentiasa ceria dan tak ada masalah....                 HAKIKAT??? Tidak!!!!...Tu bukan aku... Banyak benda yang aku simpan dan tak tunjuk kat sesiapa... Aku jenis yang berfikiran terlalu jauh sampai menyimpang, dan kadang-kadang aku jadi sedih terlampau dengan situasi yang fikiran aku reka, padahal benda yang aku fikir tu tak wujud pun dan tak pernah terjadi... Mungkin aku nampak ceria sebab aku nak buatkan diri aku rasa gembira... Sebab aku nak bergembira seperti orang lain jugak.... Tapi aku silap... Walaupun gembira, aku tak dapat merasa ketenangan...  Sentiasa ada je benda yang akan mengganggu fikiran sebab...

Hadap Al-Quran Setiap Hari

Image
Tahun 2021 saya mampu Istiqamah untuk membaca Al-Quran setiap hari... Alhamdulillah... Saya gembira sebab disebalik apa yang Saya buat ni, dapat memberi inspirasi dan semangat pada kawan-kawan lain jugak untuk sama mula membaca Al-Quran.                      Macam mana saya dapat Istiqamah membaca Al-Quran setiap hari??? Ini cara saya, mungkin tak sama dengan orang lain... Sebab keadaan dan masa kita tak sama... Sapa yang nak mula dan rasa sesuai, mungkin boleh cuba cara yang sama... Cara bagi semangat mula membaca AL-Quran 1. Minta dihadiahkan Al-Quran baru                    Mintalah daripada sahabat, keluarga atau sesiapapun.... KENAPA MINTA? Secara logiknya kita akan menghargai dan gembira menerima pemberian dari seseorang. Bila ada rasa menghargai sesuatu, kita akan berusaha untuk memanfaatkan pemberian tersebut. Secara tidak langsung akan memupuk semangat unt...

Sujud Pertama Untuk Kali Kedua

Image
5 September 2021... Hari yang aku idamkan... Gembira sangat-sangat sebab dah lama aku tunggu hari ni... Hari yang aku boleh sujud dalam setiap solat dan doa... Hari yang aku boleh solat dengan gembiranya, sebab dapat mencium harumnya sejadah yang aku sembur dengan haruman Oud yang berbau seperti di Tanah Suci... Hari yang aku semangat untuk bangun Tahajjud sebab aku boleh solat dengan sempurna dan sujud berdoa memohon taubat... Alhamdulillah....  Nikmat sujud buat pertama kalinya 12 Mei 2021 (1 Syawal 2021).... Rasanya hampir 4 bulan sejak aku pembedahan tulang belakang (Spine Fusion Surgery) di tulang T12, L1 dan L2 ... Sepanjang 4 bulan ni aku hanya mampu solat duduk kat atas kerusi je, sebab aku tak boleh nak bengkokkan belakang aku.... Semua pergerakan harian hanya boleh dilakukan dengan poster menegak dan maksimum beban yang aku boleh bawa cuma 4kg .                      Kalau shopping atau beli barang-barang r...

Mencapai Ketenangan Hati

Image
"Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit....  Diturunkan ke lubuk hati orang beriman.... Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan" Fahami... Bahawa kita adalah makhluk Allah yang paling indah dan sedang melalui jalan hidup masing-masing... Setiap hari, setiap detik... Kita akan menemukan makna dalam kehidupan satu demi satu... Bukan hanya kita, tapi semua orang mengharap untuk menemui kebahagiaan dan ketenangan hati di sepanjang perjalanan kehidupan.... Selepas macam-macam perkara telah terjadi sepanjang hidup ni.... Aku sedar dan disedarkan bahawa MUHASABAH diri itu penting ...dan menjadi kunci untuk menuju ke jalan kebahagiaan dan ketenangan jiwa... Kebahagiaan dan ketenangan akan terbina perlahan-lahan bila kita semakin faham tujuan dan makna dalam kehidupan.... Kenapa mesti MUHASABAH diri??? Dengan bermuhasabah diri kita boleh baiki semula hubungan dengan Allah yang selama ni jauh dilupakan... Baiki semula hubungan sesama m...

Hospital Tunda Appointment

Image
Semalam dan hari ni.... aku terima panggilan dari Hospital untuk tunda tarikh temujanji aku... Stress pulak rasa bila doktor call suruh aku tukar tarikh....  Semalam panggilan dari  Doktor Pakar Orthopedic , diorang tanya khabar aku... Macam mana keadaan aku sekarang and this and that..... Last sekali dia tanya, boleh tak tukar tarikh untuk temujanji Jumaat ni ke hari lain... Mula-mula aku ok je... Sekali doktor tu sebut  13 Mei 2022 , aku tenganga je tak cakap apa... OK je lah... Actually sepanjang minggu ni aku rasa tak selesa tulang... Tapi bila doktor bagi tarikh, aku terus ok je jadi malas dah nak fikir... Huhuhu.... Tadi.... dapat satu lagi panggilan untuk tukar tarikh dari  Doktor Pakar LAIN  pulak, malas aku nak tulis unit apa... Bila diorang sebut je pasal tukar tarikh. Aku terus potong "JANGAN LAMA SANGAT boleh??? I really need to talk and jumpa face to face".... Doktor pulak yang terdiam dan berfikir... Hahhahaha.... Diam sebab tengok kalender tarikh ...