Hospital Tunda Appointment
Semalam dan hari ni.... aku terima panggilan dari Hospital untuk tunda tarikh temujanji aku... Stress pulak rasa bila doktor call suruh aku tukar tarikh....
Semalam panggilan dari Doktor Pakar Orthopedic, diorang tanya khabar aku... Macam mana keadaan aku sekarang and this and that..... Last sekali dia tanya, boleh tak tukar tarikh untuk temujanji Jumaat ni ke hari lain... Mula-mula aku ok je... Sekali doktor tu sebut 13 Mei 2022, aku tenganga je tak cakap apa... OK je lah... Actually sepanjang minggu ni aku rasa tak selesa tulang... Tapi bila doktor bagi tarikh, aku terus ok je jadi malas dah nak fikir... Huhuhu....
Tadi.... dapat satu lagi panggilan untuk tukar tarikh dari Doktor Pakar LAIN pulak, malas aku nak tulis unit apa... Bila diorang sebut je pasal tukar tarikh. Aku terus potong "JANGAN LAMA SANGAT boleh??? I really need to talk and jumpa face to face".... Doktor pulak yang terdiam dan berfikir... Hahhahaha.... Diam sebab tengok kalender tarikh kot.... Lepas tu dia cakap 13 Disember 2021 dan bekalan ubat 3 bulan boleh drive true esok kat kiosk ubat hospital.... Baeklah... Yang penting ubat sambung dan tak putus...
Aku dah terskip yang satu ni... |
Actually aku ada 3 pakar yang kena jumpa every 3 month... Tapi ada satu aku dah terskip tarikh (17.8.2021) sebab PKPD hari tu, dan aku tak follow up tarikh baru... So, takdelah next appointment aku... Harap-harap aku ok je dan takde masalah lain sebab dah skip satu bahagian....
KENAPA HOSPITAL tukar semua tarikh temujanji pesakit? Sebab kes Covid sekarang ni semakin meningkat dan keadaan hospital tak selamat untuk di dekati... Kalau tak tukar tarikh sekali pun, aku rasa was-was jugak nak datang ke hospital... Pesakit covid kat hospital sekarang dah melambak sangat dengan peningkatan mendadak.... Entah bila covid nak berkurang... Hidup dalam kerisauan je sekarang... Kita doa yang baik-baik semoga dipermudahkan urusan kita semua.... Amin...
.
Comments
Post a Comment