Hadap Al-Quran Setiap Hari
Tahun 2021 saya mampu Istiqamah untuk membaca Al-Quran setiap hari... Alhamdulillah... Saya gembira sebab disebalik apa yang Saya buat ni, dapat memberi inspirasi dan semangat pada kawan-kawan lain jugak untuk sama mula membaca Al-Quran.
Macam mana saya dapat Istiqamah membaca Al-Quran setiap hari??? Ini cara saya, mungkin tak sama dengan orang lain... Sebab keadaan dan masa kita tak sama... Sapa yang nak mula dan rasa sesuai, mungkin boleh cuba cara yang sama...
Cara bagi semangat mula membaca AL-Quran
1. Minta dihadiahkan Al-Quran baru
Mintalah daripada sahabat, keluarga atau sesiapapun.... KENAPA MINTA? Secara logiknya kita akan menghargai dan gembira menerima pemberian dari seseorang. Bila ada rasa menghargai sesuatu, kita akan berusaha untuk memanfaatkan pemberian tersebut. Secara tidak langsung akan memupuk semangat untuk kita membaca Al-Quran kerana tu adalah hadiah dari seseorang buat kita.
Lagi satu, jangan lupa untuk nyatakan jenis Al-Quran yang kita nak... InsyaAllah kalau niat kita baik, tak keberatan untuk orang hadiahkan Al-Quran pada kita... Macam saya sendiri, masa mula-mula nak membaca, saya masih merangkak-rangkak untuk mengenal sambungan huruf. Jadi saya mintak untuk dihadiahkan Al-Quran tulisan bersaiz besar dari biasa... Alhamdulillah ada dan mudah untuk saya baca...
2. Cari pasangan untuk berlawan
Sebaik-baiknya bila membaca Al-Quran perlulah tertib dan sempurna... Bukannya berlumba-lumba atau berlawan siapa cepat habis... TAPI untuk permulaan dan memupuk semangat, itulah yang kita perlukan... Nak jadikan sesuatu yang baru sebagai rutin, perlukan sesuatu untuk membakar semangat supaya terus kekal dan tak berhenti sekerat jalan... Ajaklah sahabat baik, pasangan hidup atau adik-beradik untuk menyahut cabaran Khatam Al-Quran... Update setiap masa untuk setiap surah yang telah dihabiskan... InsyaAllah besar pahala bila kita mengajak orang lain untuk mula berbuat baik...
Berlumba Khatam.... Itulah cara saya bermula untuk habiskan bacaan Al-Quran pertama, mungkin tak sesuai tapi Alhamdulillah mampu Istiqamah dari Januari 2021 sehingga sekarang... Semoga Allah kekalkan rasa cinta pada Al-Quran di dalam hati...
3. Tetapkan waktu mengaji
Hikmah disebalik Pandemik Covid-19 ialah saya ada banyak masa untuk diri sendiri. Disebabkan WFH dan banyak habiskan masa dirumah, saya dapat aturkan masa yang tetap untuk mengaji... Biasanya waktu mengaji adalah selepas Zohor dan selepas maghrib... Kalau hari bekerja, hanya mengaji selepas maghrib dan cuba habiskan 1 surah setiap kali mengaji...
Mula-mula nak habiskan 1 surah sekali tu memang payah... Untuk 3-4 surah kat depan memang rasa liat sangat nak baca dan mengantuk.... Tapi bila diteruskan jugak dan dilawan, InsyaAllah surah-surah yang seterusnya boleh dihabiskan sekali bacaan... Tipu kalau rasa senang nak mula, memang susah dan berat sangat.... Rasa malas memang tak boleh nak bawa bincang, tapi diteruskan jugak sebab semangat nak habiskan bacaan....
4. Hadirkan ruang dan suasana
Suasana dan ruang untuk meluangkan masa tu sangat PENTING... Sebab bila tak ada suasana, tak akan ada rasa seronok nak buat sesuatu... Waktu mula-mula mengaji, saya habiskan setiap hari membaca kat sejadah atas lantai... Lenguh dan sakit pinggang tu memang terasa kalau baca Al-Quran lama-lama.... Kejab-kejab tukar posisi sebab kaki dah kebas dan kejang... Masa tu tak terfikir pun nak sediakan meja ke apa... Teruskan jugak buat atas lantai sampailah habis... Mungkin sebab dah mula kat tempat tu, jadi malas pulak nak berpindah-pindah....
Setiap kali ngaji duduk lantai, bersandar ke katil.. |
Bila dah berjaya habiskan Al-Quran pertama, rasa seronok sangat... Sebab itulah pencapaian terbesar dalam hidup sepanjang 33 tahun. Sebelum ni tak pernah pun baca Al-Quran dan tak pandai nak baca... Gembira sangat sampai tak sabar nak mulakan Al-Quran kedua....
TAPI nak mulakan membaca Al-Quran kedua betul-betul rasa liat, sebab rasa tak selesa nak mengaji... Bulan demi bulan, mula-mula baca sikit-sikit, lepas tu stop... Mula lagi, pastu stop lagi... Memang langsung takda semangat nak teruskan...
Sehinggalah bulan Mei, saya mula kemaskan satu ruang dalam bilik tidur dan sediakan tempat khas untuk membaca dan mengaji... Masa tu lah semangat nak mengaji kembali lagi dan tak pernah hilang sampai sekarang... Perasaan mengaji akan rasa seronok dan bersemangat bila suasana menarik dan selesa... Badan pun dah tak sakit-sakit walaupun duduk membaca lama-lama... Kadang-kadang sampai tak sedar dah habis 1 surah... SEKARANG dah hampir nak habiskan bacaan untuk Al-Quran ketiga... InsyaAllah...
Google Meet bacaan Yasin... Tenang je mengaji... |
---------------------------
"Jadilah yang terbaik di mata Allah...
Jadilah yang terburuk di mata sendiri...
Jadilah yang sederhana di antara manusia..."
---------------------------
InsyaAllah... Lepas habiskan Al-Quran ketiga ni, masih ada 2 atau 3 naskah lagi untuk dihabiskan bacaan... Sebab saya dah berniat nak baca kesemua Al-Quran yang saya ada. Selama ni disimpan je dalam almari dan tak pernah pun baca... Habis membaca semuanya, barulah saya akan baca dan fahamkan tafsir satu persatu.... Semoga Allah pelihara niat saya dan tetapkan hati saya.... Amin...
-----------------------------
Perasaan bila menjadikan Al-Quran sebagai rutin tu lain sangat... Rasa tenang, aman, dan fikiran lebih positif... Hati rasa lebih lapang dan terasa luas... Segala hakikat, penipuan dan kebenaran dalam hidup ni AKAN kita nampak sedikit demi sedikit...
Selepas apa yang terjadi dan bermuhasabah diri, barulah saya sedar akan segala keperitan yang terjadi selama ni adalah cara untuk Allah melindungi saya.... Satu-persatu Allah tunjukkan kebenaran yang kita tak pernah nampak...
Walaupun kebenaran dan hakikat tu pahit, tapi itulah cara Allah melindungi kita... Selepas diberikan keperitan untuk kita sedar, Allah hadirkan satu-persatu sahabat dan perkara yang baik-baik dalam hidup kita untuk mengubati segala luka yang ada...
Sebenarnya apa yang berlaku pada kita sekarang adalah perkara yang kita doa dan kita sendiri yang minta... Cuma cara doa itu dimakbulkan antara bahagia atau derita... Kita minta kebenaran, Allah tunjukkan kebenaran... Padahal kebenaran itulah yang pahit ditelan.... Kita berdoa minta bahagia, Allah berikan bahagia... Dengan cara menjauhkan kita dari orang yang jahat, agar tidak terus tersiksa dengan penipuan...
Takdir Allah itu cantik... Jadi percayalah dengan segala yang Allah telah aturkan... Jangan pernah menyesal dan teruskan bersabar serta berdoa... InsyaAllah pasti ada pelangi yang indah buat orang yang bersabar....
------------------------------
Lagi satu... Tunjuk dan share pasal menggaji bukan sebab kita nak tunjuk kat semua orang yang kita ni baik... Tapi kita share benda baik untuk dijadikan ikutan bersama... Selain tu dapat pupuk rasa semangat dalam diri untuk terus Istiqamah dan kekalkan apa yang kita buat... Semoga bermanfaat....
Comments
Post a Comment