Gembira atau Positif yang Dipilih?


Aku.... Kalau dilihat dengan mata kasar...orang akan kata aku ni jenis Happy Go Lucky memanjang... Jenis hati kering tak kisah apa semua di sekeliling... Nampak ceria dan rajin bila buat kerja... Jadi, disebabkan itulah bila terjadi sesuatu di luar jangkaan, semua terkejut dan kata tak sangka sebab selalu nampak aku sentiasa ceria dan tak ada masalah....
                HAKIKAT??? Tidak!!!!...Tu bukan aku... Banyak benda yang aku simpan dan tak tunjuk kat sesiapa... Aku jenis yang berfikiran terlalu jauh sampai menyimpang, dan kadang-kadang aku jadi sedih terlampau dengan situasi yang fikiran aku reka, padahal benda yang aku fikir tu tak wujud pun dan tak pernah terjadi... Mungkin aku nampak ceria sebab aku nak buatkan diri aku rasa gembira... Sebab aku nak bergembira seperti orang lain jugak.... Tapi aku silap... Walaupun gembira, aku tak dapat merasa ketenangan...  Sentiasa ada je benda yang akan mengganggu fikiran sebab aku selalu negatif dan melihat kekurangan..
                Sebenarnya... Pemikiran yang POSITIF yang akan menjadikan kita rasa lebih tenang... Itulah yang aku belajar dari semua yang berlaku selama ni... Bukan sekadar MENCARI KEGEMBIRAAN dan jangan jadikan "gembira" manjadi sasaran dalam kehidupan... Sebab sangat mustahil untuk kita sentiasa bergembira, kerana kehidupan ni ada naik dan turun nya.... Kalau kita hanya fokus untuk merasa gembira, itulah yang akan merosakkan dan membunuh jiwa.... CUBA lah untuk berfikiran positif.... Kerana itu lebih baik dari hanya mengejar kegembiraan....
SUSAH!!! Tapi Cuba!!!! BEZAKAN!!!!!



----------------------
GEMBIRA, SEBAHAGIAN DARI EMOSI
POSITIF, CARA BERFIKIR
-----------------------

Perasaan gembira hanya akan hadir sekejab, bukannya bersifat kekal.... Tak kiralah luar biasa macam mana sekali pun perkara yang terjadi, gembira tu tetap SEKEJAB... Kenapa? Sebab gembira sama seperti EMOSI LAIN (contoh : sedih), yang hanya akan dirasai sekejab dan hilang dengan masa...

Positif??? InsyaAllah akan buat kita jadi lebih tenang dan aman... Sebab positif tu adalah cara kita melihat dunia dan menilai, tak sama seperti emosi yang hanya dirasa... Positif adalah pilihan yang boleh dibuat... Tak kisah apapun perasaan kita masa tu, kita masih boleh memilih untuk mencari dan melihat sesuatu yang baik dan mengharap esok yang lebih baik...


----------------------
GEMBIRA, EMOSI DILUAR KAWALAN
POSITIF, DIKAWAL CARA BERFIKIR
-----------------------

Bila sesuatu perkara buruk terjadi, sangat sukar untuk kita mengawal perasaan (Emosi) yang hadir... Pastinya rasa sakit, pedih, sedih dan kecewa tu akan muncul dan menghilangkan segala kegembiraan... Kita tak akan mampu nak kawal kehidupan seharian dan perkara diluar jangkaan memang pasti akan berlaku pada bila-bila masa...

Walaubagaimanapun, kita tetap mampu mengawal diri untuk berfikiran positif walaupun berada dalam kesedihan... Didiklah diri untuk menjadi Optimis dan Husnudzon dalam setiap perkara buruk yang berlaku... Bila sesuatu kejadian menimpa, rasa sengsara tu tetap akan wujud. Tapi dengan berfikiran positif kita akan mampu menerima takdir dan percaya bahawa ada hikmah dan kemanisan dalam setiap ujian yang Allah turunkan pada kita....


----------------------
GEMBIRA, HADIR BILA PERLU
POSITIF, PASTI SENTIASA BERSAMA
-----------------------

Gembira kekal? Cuba ingat balik bila kali terakhir kita rasa betul-betul gembira dan tersenyum bahagia... Berapa lama perasaan tu bertahan? Selamanya? Sehebat mana pun rasa gembira yang dirasakan pada masa tu, tetap tak akan bertahan lama... Kerana gembira tu cuma emosi, dan emosi akan selalu berubah-ubah mengikut keadaan....

Berbeza dengan positif... Positif akan sentiasa ada bersama dengan kita selamanya...selagi kita belajar, berusaha dan mengamalkannya dalam menghadapi kehidupan seharian... 


----------------------
GEMBIRA, BOLEH DIWARISI
POSITIF, KEMAHIRAN HIDUP
-----------------------

Kegembiraan adalah emosi yang berlaku berdasarkan sesuatu kejadian... Tapi ada juga kegembiraan yang diwarisi melalui SIKAP yang selalu ceria dan gembira... Walaupun boleh diwarisi , tapi sangat jarang dan tak semua kita mampu memilikinya... 

Tak perlulah sedih kalau tak dapat jadi waris... Sebab kita masih boleh belajar seni positif dengan memupuk sifat tu perlahan-lahan di dalam hati dengan penuh sabar... Percayalah orang yang sentiasa positif akan selalu rasa tenang... Positif adalah kemahiran hidup yang mengubah cara kita melihat dunia dan persekitaran... Sesuatu yang sediakala bahagia akan terasa luar biasa bahagia, dan perkara yang menyakitkan pula akan menjadi tenang dan tidak berserabut...


----------------------
GEMBIRA, SUKAR DICAPAI
POSITIF, BOLEH DIBENTUK DAN PASTI
-----------------------

Sejauh dan sekeras mana pun usaha yang kita lakukan untuk mencapai kegembiraan, adalah mustahil untuk kita capai matlamat untuk sentiasa gembira dan kekal gembira... Walaupun kita berjaya menjadi kaya, berkerjaya dan memiliki pasangan yang sempurna, masih belum menjamin kita akan gembira selamanya... Ujian dan cabaran pasti ada, tak ada seorang manusia pun yang hidup tanpa ujian... 

Tapi.... Jika kita berusaha untuk menjadi positif, percayalah....tak kira sehebat apa pun ujian, sebesar mana pun dugaan, fikiran yang positif pasti akan mampu menjadikan semuanya terasa lebih baik...

------------------------------
------------------------------



Belajarlah untuk berfikir secara positif dan didik hati untuk selalu positif dalam kehidupan seharian... Kerana kita tak selamanya akan merasa bahagia dan gembira.... Ubahlah cara kita melihat sesuatu dan selalu mancari hikmah dalam setiap yang berlaku... Bertawakal dan berserah sepenuhnya pada Allah....kerana disebalik setiap ujian yang Allah berikan, pasti ada hikmah dan kebaikannya... InsyaAllah....
.

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲