Mencapai Ketenangan Hati

"Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.... 
Diturunkan ke lubuk hati orang beriman....
Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan"


Fahami... Bahawa kita adalah makhluk Allah yang paling indah dan sedang melalui jalan hidup masing-masing... Setiap hari, setiap detik... Kita akan menemukan makna dalam kehidupan satu demi satu... Bukan hanya kita, tapi semua orang mengharap untuk menemui kebahagiaan dan ketenangan hati di sepanjang perjalanan kehidupan....

Selepas macam-macam perkara telah terjadi sepanjang hidup ni.... Aku sedar dan disedarkan bahawa MUHASABAH diri itu penting...dan menjadi kunci untuk menuju ke jalan kebahagiaan dan ketenangan jiwa... Kebahagiaan dan ketenangan akan terbina perlahan-lahan bila kita semakin faham tujuan dan makna dalam kehidupan....

Kenapa mesti MUHASABAH diri??? Dengan bermuhasabah diri kita boleh baiki semula hubungan dengan Allah yang selama ni jauh dilupakan... Baiki semula hubungan sesama manusia dan hubungan dengan diri sendiri yang telah diabaikan.... 
                    Disinilah pentingnya muhasabah.... Merenung semula sedalam-dalamnya apa yang terjadi dalam kehidupan sehari-hari... Secara langsung kita akan menyedari segala kesilapan dan dosa yang telah dilakukan selama kita terleka agar kita dapat membaiki apa yang salah.


KALAU NAK HATI TENANG... 
INGAT 6 PERKARA NI....


1. Tak ada siapa boleh tafsir hati kita

Ingat!!! Tak ada siapa yang boleh kata "AKU KENAL KAU"... Hanya kita yang kenal siapa kita, dan hanya kita yang kenal siapa diri kita...
                Orang lain hanya mampu mentafsir bila kita yang beri ruang tu pada mereka untuk berbuat demikian.... Janganlah termakan dan mengalah dengan apa pun yang terjadi serta tanggapan negatif dari orang sekeliling... Sebab tak ada siapa yang dapat teka apa yang kita fikirkan dan apa dalam fikiran kita....
                Jangankan kata orang lain nak faham, kadang kala kita sendiri pun tak dapat nak faham apa yang ada dalam hati kita dan apa yang kita nak. Apa yang orang nampak diluaran tak mencerminkan apa yang ada di dalam hati....
                Bukanlah hipokrit, tapi kadang kala tak semua perkara perlu diketahui semua orang... Sebab tu lah pekakkan telinga dan pedulikan kata-kata negatif manusia sekeliling sebab diorang tak tahu pun apa yang kita hadap... Jadi lah diri sendiri dan sayangi diri sebab hanya kita yang kenal diri dan faham kehendak hati kita...
                InsyaAllah bila kita tak ambil kisah dengan mulut manusia dan fokus pada diri, kita akan rasa dunia ni luas, lapang dan tenang untuk hati kita....


2. Kita telah diberikan apa yang kita perlukan

Walaupun kita tak beroleh apa yang kita minta, tapi Allah telah berikan apa yang sebenarnya-benarnya kita perlukan... Fikirkan apa lagi yang masih tak cukup... Mungkin apa yang kita minta selama ni bukan yang terbaik dan akan mendatangkan kemudaratan pada kita... Atau mungkin belum sampai waktu yang terbaik untuk Allah makbulkan permintaan kita... Bila sampai waktunya, InsyaAllah apa yang kita hajatkan pasti akan tercapai... Teruskan berdoa dan lakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan... 
                Tak ada sebab untuk kita menyesali apa yang telah terjadi dalam hidup ni... Kita dilahirkan dengan cukup sempurna... Dikurniakan dengan segala kelebihan dan keistimewaan sejak kita dilahirkan lagi... Tugas kita adalah untuk menerima dan mengsyukuri seadanya apa yang telah diberikan....
                 Kadang-kala... Sesuatu yang berharga dan bernilai tak akan datang bersama keindahan.... Sesetengah perkara tu akan difahami bila kita telah melaluinya dan selami apa yang terjadi.... Boleh jadi perkara buruk dan musibah itulah rahmat terbesar bagi kita... Kebahagiaan sebenar dan rahmat boleh muncul dalam keadaan yang tak pernah kita jangka.... Letakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya dan bertenang...


3. PERFECTIONIST... Kesempurnaan hanyalah ilusi

Manusia adalah makhluk cantik yang TIDAK SEMPURNA, yang hidup dalam dunia yang tak sempurna... Berusaha untuk mencapai kesempurnaan adalah mustahil dan tak mungkin akan dapat dicapai... Sebenarnya ketidaksempurnaan itulah yang akan menyempurnakan kita dan membuatkan kita berlainan antara satu sama lain, dan mempunyai keistimewaan tersendiri... Kalau segalanya sempurna, tak siapa yang istimewa... Kekurangan itulah kelebihan kita....
                Kesempurnaan hanyalah ilusi yang ditayangkan di media sosial dan drama... Hakikat kehidupan sebenar tak seperti apa yang ditunjukkan.... Jika apa yang kita lihat indah itu mempamerkan ketidaksempurnaan mereka, percayalah tak akan ada siapa akan terpengaruh....
                Terima seadanya siapa diri kita dan terimalah hakikat bahawa hidup ini ada naik dan turunnya... Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah... Bila berada dibawah, janganlah berputus asa dan teruskan berusaha untuk menjadi lebih baik... Menjadi lebih baik BUKAN BERMAKSUD SEMPURNA... Jangan keliru dengan kesempurnaan...


4. Jangan hanyut dengan masa silam dan mengharap pada masa depan yang belum pasti

Masa silam hanyalah kenangan dan masa depan cuma wujud sebagai bayangan yang belum pasti. Kita boleh memilih untuk menoleh semula ke masa silam untuk belajar dan ambil iktibar dari apa yang telah berlaku, tapi jangan kekal tinggal di sana, jangan tinggal dalam kenangan... 
                Jangan sesekali membongkar parut-parut lama dan biarkan kenangan itu kekal disana. Ambil apa yang telah berlaku sebagai pengajaran untuk belajar dan bermuhasabah diri bagi menghadapi kehidupan yang akan datang.
                Untuk membayangkan ke masa depan, silakan... Demi merancang untuk sesuatu yang lebih baik... Tapi jangan mengharap sepenuhnya untuk dapat seperti apa yang kita nak, kerana kita tak tahu apa yang ditakdirkan untuk kita... Kita hanya berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan... Selebihnya hanya berserah pada Allah...


5. Setiap ujian dan cabaran adalah hadiah bagi kita

Tanpa ujian, kita tak sedar tahap sebenar kita dan ejauh mana kita mampu menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Segala halangan adalah peluang untuk kita jadi lebih kuat dari sebelumnya... Kekuatan sebenar kita hanya akan terlihat daripada pengalaman dan keperitan hidup... 
                Selepas apa yang berlaku, kita masih tetap teguh walaupun pernah merasakan diri ini tak mampu, sebenarnya itulah yang akan membuatkan kita menjadi tenang untuk menghadapi hari-hari seterusnya.... Jangan mudah mengalah dan tetaplah yakin pada Allah... Kerana Allah sedang mendidik hati untuk sentiasa rasa bersyukur dan tetap bersabar...
                Orang yang faham makna ujian akan menerima sesuatu musibah itu dengan rasa gembira dan tenang. Kerana dia beranggapan jika dia bersabar, Allah akan mengangkat darjatnya.... InsyaAllah semoga aku juga terus kuat untuk menghadapi segala ujian dalam hidup aku lepas ni... Aminnn...


6. Memberi maaf untuk ketenangan diri

Kita memaafkan orang bukan kerana dia layak di maafkan atau membebaskan dia dari rasa bersalah. Tapi lakukan untuk diri sendiri.... Memaafkan orang yang melakukan kesalahan pada kita memang baik... Tapi apa yang lebih penting adalah ia adalah pilihan untuk kita menjadi lebih gembira...
                KENAPA? kerana bila kita tidak memaafkan, perkara tu akan menjadi benci dan dendam didalam hati... Lama kelamaan hati menjadi kotor kerana kita tak pernah melihat pada kebaikan... hati kotor itulah punca hati menjadi tak tenang...
                MAAFKANLAH.... Walaupun kemaafan tidak mengubah apa yang telah berlaku, tapi sekurang-kurangnya ia membersihkan hati kita dan membuka ruang untuk sesuatu yang lebih baik untuk masa depan. Bersihkan hati dan cari hikmah di sebalik kejadian untuk mengajar hati menjadi lembut dan bersangka baik.... 
                InsyaAllah... Aku sendiri pun akan berusaha untuk memaafkan, walaupun jauh disudut hati masih bersisa marah... Bukan mudah untuk mendidik hati untuk melawan rasa yang kita hadapi... Tak semua perkara boleh diubah terus... Hati akan mengikhlaskan semuanya bila kita redha....Berusaha.... InsyaAllah... 

______________________________

MENYERAH PADA TAKDIR BUKANLAH PENGECUT...
TAPI YAKIN BAHAWA ADA KEBAIKAN YANG MENUNGGU DI PENGHUJUNG JALAN...
______________________________


Jalan kehidupan kadangkala tak seiring dengan apa yang kita minta... kadangkala sesuatu perkara itu memerlukan kita untuk mengalah dan melepaskan pergi...
                Melepaskan bukan bererti kita berputus asa... Melepaskan pergi adalah membebaskan semua ikatan dan kebergantungan terhadap seseorang, keputusan atau situasi...
                Berdamailah dengan takdir.... ia akan membawa kepada ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasa....

"LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH"
-Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah-

Setiap yang Allah hadirkan adalah untuk mengajar tentang sesuatu.... Jatuh, bangun dan luka itu memberi pengajaran, untuk menjadi manusia yang berpengalaman dan lebih matang dalam menghadapi kehidupan.... InsyaAllah...
.

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲