Sujud Pertama Untuk Kali Kedua

5 September 2021... Hari yang aku idamkan... Gembira sangat-sangat sebab dah lama aku tunggu hari ni... Hari yang aku boleh sujud dalam setiap solat dan doa... Hari yang aku boleh solat dengan gembiranya, sebab dapat mencium harumnya sejadah yang aku sembur dengan haruman Oud yang berbau seperti di Tanah Suci... Hari yang aku semangat untuk bangun Tahajjud sebab aku boleh solat dengan sempurna dan sujud berdoa memohon taubat... Alhamdulillah.... 

Nikmat sujud buat pertama kalinya

12 Mei 2021 (1 Syawal 2021).... Rasanya hampir 4 bulan sejak aku pembedahan tulang belakang (Spine Fusion Surgery) di tulang T12, L1 dan L2... Sepanjang 4 bulan ni aku hanya mampu solat duduk kat atas kerusi je, sebab aku tak boleh nak bengkokkan belakang aku.... Semua pergerakan harian hanya boleh dilakukan dengan poster menegak dan maksimum beban yang aku boleh bawa cuma 4kg
                Kalau shopping atau beli barang-barang rumah, faham-faham jelah... Rasa berat je barang, kena hantar ke kereta dulu baru sambung jalan-jalan... Sebab kalau aku paksa jugak bawa beban kat tangan, belakang aku akan sakit sepanjang hari... Yang pernah buat pembedahan ni, memang faham lah macam mana nak hadap benda-benda macam ni...  

Sedar selepas pembedahan dipagi Raya

                Kalau diikutkan, selepas 3 bulan pembedahan dah boleh tunduk perlahan-lahan. Aku dah cuba sebelum ni, tapi belakang aku masih rasa tegang dan ngilu... Sebab tu masuk bulan ke 4 barulah aku dapat solat seperti biasa... 
                SEKARANG... Nak kata perfect position untuk solat, tak jugak... Sujud aku dah mampu buat dengan sempurna, tapi rukuk hanya mampu 45darjah, kalau lebih dari tu semua urat di belakang aku akan rasa menegang... InsyaAllah kalau dibiasakan nanti, perlahan-lahan aku akan dapat rukuk dengan baik...
                Walaupun solat masih dalam keadaan tak sempurna, aku dah rasa bersyukur sangat sebab tak perlu duduk atas kerusi lagi... Solat atas kerusi dan solat seperti biasa berbeza sangat-sangat... Kurang nikmat solat dan kusyuk bila kau tak mampu nak sujud... Hilang nikmat memohon ampun dan taubat bila kau tak boleh nak sujud dan meminta... Walaupun poster solat aku tak sempurna, tapi aku berharap sangat Allah terima solat aku selama ni... Aminnn....

4 BULAN atas kerusi, anak-anak kat lantai

                Walau apa pun dah terjadi, walau sebesar manapun dosa yang pernah kau lakukan... Jangan pernah berhenti untuk membaiki diri dan memohon ampun dari Allah... Kita hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan... Tak mustahil untuk kita mengulangi lagi kesilapan yang sama kerana tipisnya iman... Tapi ketika Allah menjentik rasa sedar didalam hati, segeralah membaiki diri kerana Allah masih sayang dan sentiasa menyedarkan kita dari terus hanyut...
                Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Yakinlah Allah sebaik-baik perancang... Allah rahsiakan masa depan untuk mengajar kita agar terus berusaha, bersyukur dan sabar.... InsyaAllah... Semoga terus kuat...
.

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲