Posts

Showing posts from August, 2021

Kek Dari Sahabat

Image
Assalamualaikum.... Hari ni Public Holiday... 31 Ogos... Tapi suasana dan kemeriahan Merdeka tu dah takda disebabkan Covid... Kalau sebelum ni, confirm meriah je sambutan kat luar sana... Harap-harap covid cepat berlalu dan kemeriahan macam dulu-dulu kembali semula pada kita... Amin....                     Hari ni aku nak cakap pasal kek... Sebenarnya aku rasa agak pelik jugak... Beberapa hari ni rajin pulak orang hantar kek kat aku di rumah .... Aku tau la aku memang suka makan kek. Tapi biasanya aku beli sendiri kalau aku nak makan... Tapi sejak minggu lepas aku heran apasal orang datang kat aku hantar kek... Orang nak sedekah, aku terima je lah dengan harapan pemberi tu ikhlas je... Sampai anak-anak aku tak habis-habis tiup lilin dan sambut hari jadi setiap hari... Hehehhee... Takdelah banyak mana, dalam 4 biji... Tapi banyak lah jugak tu sebab bukan sehiris yang dihantar, tapi sebiji kek... Dah berbiji-biji macam tu, payah ...

When You Feel Sad 1

Image
  Hari ni... Aku pilih...  "WRITE DOWN YOUR FEELING" Aku rasa, tentang FEELING ni agak privacy... Tapi takpe, aku share apa actual feeling yang aku rasa sekarang... Sebab tu aku ada blog, sebab aku selesa menulis... Menulis ni buat otak aku rasa luas dan bebas dari cengkaman dalam hati...  Hari ni last day PKPD...hopefully tak extend... Amin... ----------------------                     AKU RASA KOSONG... Kosong sebab aku period, dan takda apa yang aku boleh buat bila aku tak mengaji.... Sebab MODE release aku sekarang adalah mengaji ... JUJUR aku kata, aku tak mampu baca tafsir Quran sebab tu akan buat aku jadi mengantuk... Aku cuma baca tafsir ketika aku mengaji je... Sambil mengaji, mata aku akan pandang sekali seimbas untuk fahamkan apa kisah dalam surah yang aku baca...                      Aku tak akan paksa diri aku buat perkara yang aku t...

Overcome Depression... Aku masih mencari...

Image
 Sebelum aku mula... Cuba fahamkan komik kat bawah ni...  Aku jumpa kat ig beberapa hari lepas...                     Ini mode yang sedang aku buat sekarang... Salah satu cara untuk aku terapi diri dan distract otak aku dari berfikir benda tak perlu dan memenuhkan masa yang sebenarnya memang dah sedia ada penuh. Tapi aku tetap perlu cari benda yang bersifat tenang untuk buat aku rasa lebih tenang dan relax...                     Depression BUKAN SEDIH... Banyak orang tak faham dan aku pun tak dapat nak explain benda ni sebab aku bukan pakar, aku cuma salah sorang penghidap...              Orang akan kata dia pun Depress jugak, bukan aku sorang... Semua orang pun ada masalah dalam hidup, bukan aku sorang.... Bila stress atau apa-apa perkara terjadi, orang akan terus kata dia Depression dengan bangganya.... NO, tu ...

1st PKPD... Almost 2 Years Covid19

Image
Assalamualaikum.... Hari ni dah masuk hari ke-8 PKPD kampung aku.... Tarikh PKPD kawasan kitorang bermula 13 Ogos - 26 Ogos 2021... Baru hari ni ada rasa nak tulis pasal PKPD sebab aku boring gilaaaa kat rumah... Huahuahua.... Aku tak pasti berapa bilangan Positif Covid kawasan kitorang, sebab tak ikut sangat perkembangan semasa pasal Covid... Cuma yang aku tahu, kalau sampai tahap PKPD maksudnya ramai sangat lah tu... Aku bukan tak nak ambil tahu, tapi aku tak nak fikir benda yang boleh trigger stress aku... Apa yang aku buat hanyalah berjaga-jaga sebaik-baiknya untuk lindungi diri dan keluarga... InsyaAllah...  Aku doakan Covid cepat-cepat berkurangan.... Aku kesian kat frontliner penat dan tak berhenti berkerja... Kalau aku takda kawan kerja frontliner, mungkin aku tak terkesan sangat sebab tak tahu dan tak nampak mereka merungut... Tapi aku ada banyak kawan-kawan bekerja sebagai polis, kesian tengok diorang takda cuti dan kerja sampai tengah malam disebabkan covid ni... Walaupu...

Khatam Kali Ke 2

Image
Alhamdulillah.... Tahun  2021 amat bermakna untuk rekod peribadi aku sendiri.... Sebab aku dapat khatam buat kali ke-2 pada tahun ni... Besar rahmat untuk orang yang mula mengajak aku membaca Al-Quran setiap hari...                      Bila memandang pada seseorang, jangan hanya nampak pada keburukan... Tapi carilah kebaikan walaupun hanya secebis.... Bagi aku, tanpa insan ini, sampai sekarang aku belum mula membaca dan tak tahu membaca... Dialah yang hadiahkan aku kedua-dua naskah Al-Quran, mengajar aku membaca sikit demi sikit dan berlumba khatam untuk beri semangat habiskan membaca... Alhamdulillah.... Al-Quran pertama yang diberikan, aku mula membaca 05.01.2021 dan tamat pada 17.02.2021 ....  Al-Quran pertama ni aku request saiz besar, sebab aku baru nak mengenal dan perlu nampak setiap huruf dan baris dengan jelas.... Al-Quran kedua yang baru diberikan, aku mula membaca 03.06.2021 dan tamat pada 16.08.2021 ...

Benci Jadi Kawan👭

Image
Percayalah... Kalau kau berniat untuk jadi baik, Allah akan dekatkan kau dengan orang baik-baik... Kalau kau betul-betul berniat untuk ubah jalan hidup kau dari menyimpang untuk kembali lurus, Allah akan permudahkan niatkan kalau kau berusaha bersungguh-sungguh... TAPI...jalan untuk kearah kebaikan bukan semudah yang disangka... Banyak godaan iman untuk kembali ke jalan lama dan tekanan-tekanan dari peristiwa lampau yang buatkan kau tertekan, putus asa dan jatuh...                     Alhamdulillah makin lama, makin banyak sahabat yang baik-baik Allah munculkan dalam hidup aku... Allah buka hati aku untuk mengenal orang yang aku benci untuk aku jadikan sahabat, untuk kuatkan aku dan membimbing aku... Hati aku jadi lebih tenang bila hidup dengan memaafkan dan tak berburuk sangka... Siapa sangka orang yang aku benci sebelum ni bertukar menjadi sahabat ... Sebelum ni aku silap kerana menilai tanpa mengenal... Selepas aku selami ...

Hari Lahir Permaisuri Cantik

Image
  12 Ogos 2021 @ 12 Ogos 1953... Hari lahir buat emak yang sentiasa awet muda... Alhamdulillah sempat kami sekeluarga yang tak cukup bilangan ni buat sambutan kecik untuk mak... Kami tak cukup bilangan walaupun ada yang tinggal berdekatan, sebab keluarga abang positif covid hari ke-4 dan sedang jalani kuarantin di rumah... Doakan semoga mereka sekeluarga cepat sembuh dah dipermudahkan urusan ye... Amin...                Untuk keluarga kami sendiri, 13 Ogos 2021 bermulalah PKPD selama 2 minggu untuk kampung kami pula... Syukur Allah bagi peluang untuk kami gembirakan emak di hari lahir dia dan sekarang dah boleh PKPD duduk di rumah dengan tenang... Semoga kampung kami baik-baik dan Covid segera pergi.... Amin... Inilah hadiah hari lahir buat mak tahun ni, wang terkumpul daripada kami semua 8 orang anak-anak mak. Jumlahnya RM5000 tidak lah sebanyak mana, tapi cukup untuk kami gembirakan hati mak. Untuk mak buat apa yang dia hajatkan seb...

Ketenangan Hati

Image
Sukar untuk aku gambarkan apa sebenarnya perasaan aku sekarang... Kadang-kadang aku rasa aku kuat, kadang-kadang rasa terlalu lemah dan tak terdaya nak buat apa-apa, tak mampu nak berfikir pun... Rasa seolah-olah aku hilang punca kekuatan aku... Tapi bila kembali pada Allah dan cuba untuk redha apa yang terjadi dalam kehidupan aku, kekuatan tu datang balik... Aku selalu bertanya pada diri, kenapa aku tak dapat seperti apa yang orang lain dapat... Kenapa mudah untuk orang lain, tapi susah untuk aku... Apa silap aku sehingga aku diuji macam ni... MAAF kerana tak sepatutnya aku pertikaikan takdir aku... Sepatutnya aku terima segala ujian aku dengan berlapang dada dan cari hikmah sebaliknya.... Ya... BANYAK SANGAT kesilapan aku... Mungkin semua ni Kifarah untuk aku, supaya aku sedar dan kembali pada Allah... Aku rasa tenang bila aku cuba redha dan terima segalanya secara positif... Aku tak peroleh apa yang aku nak, tapi Allah kurniakan aku KEBAHAGIAAN dengan cara lain dan lebih baik... All...

PUAKA mulut👻

Image
Assalamualaikum.... Happy weekend... Hari ni ahad, tapi awal jugak aku bangun... Tak boleh nak tidur sebab fikir macam-macam benda nak buat hari ni.... Pagi-pagi ni aku nak cerita pasal EX-BFF   MULUT PUAKA... Ignore Others...  Mulut puaka ni sebenarnya PERANGAI yang susah nak dibuang, sebab memang dididik untuk jadi macam tu... Walau apa pun musibah yang kena dengan orang macam ni, belum tentu lagi dia boleh sedar diri... Aku ada pelihara manusia mulut puaka sorang, Yeke sorang??? atau beberapa orang... Tapi aku tak kisah pun... Tak pernah sentap sikit pun sebab aku anggap Mulut Puaka ni sejenis penyakit mental... Penyakit DENGKI dengan kehidupan orang lain. ... Hahahhaha.... Aku tak paham apa yang puaka ni dengki sangat dengan aku... Aku kacau hidup orang ke? Sampai nak kutuk aku sampai ke lubang cacing... Ehhh dapat ke masuk lubang cacing kalau GEMUK... Hihihi... Maaf salah sebut...Aku pun gemuk jugak... Actually aku dah tak pernah kisah orang nak kutuk aku macam-macam. Seb...

Tamat Cuti Sakit 3 Bulan

Image
Alhamdulillah.... 3 bulan cuti sakit aku dah berakhir.... 2 Ogos 2021 aku kembali berkerja... Aku cuti sakit dari 6/5/2021-2/8/2021... SEBENARNYA aku masih lagi bercuti sehingga September... Tapi rasa tak sedap hati pulak nak sambung sebab aku rasa macam dah ok sikit sekarang ni... Lagipun masih dalam PKP, pejabat tak sibuk mana pun... Cuti sehingga 3 September 2021 Sepanjang 3 bulan bercuti, banyak perkara yang aku dapat dan aku belajar... Banyak nikmat yang aku peroleh yang sebelum ni aku tak nampak dan aku tak hargainya... Semua yang terjadi selama ni mengajar aku jadi lebih positif dan belajar menerima perjalanan hidup yang telah Allah atur dengan sebaik-baiknya... Aku masih seperti aku yang dulu, bagi aku tak ada apa yang berubah... Cuma minda dan jiwa aku je upgrade jadi baru dan lebih baik dari dulu. InsyaAllah... Nak betulkan dalaman bagi aku mudah, dekatkan diri pada Allah dan berserah segalanya pada Allah... Jangan sesekali bandingkan diri kita dengan kehidupan orang lain... ...