1st PKPD... Almost 2 Years Covid19
Assalamualaikum.... Hari ni dah masuk hari ke-8 PKPD kampung aku.... Tarikh PKPD kawasan kitorang bermula 13 Ogos - 26 Ogos 2021... Baru hari ni ada rasa nak tulis pasal PKPD sebab aku boring gilaaaa kat rumah... Huahuahua....
Aku tak pasti berapa bilangan Positif Covid kawasan kitorang, sebab tak ikut sangat perkembangan semasa pasal Covid... Cuma yang aku tahu, kalau sampai tahap PKPD maksudnya ramai sangat lah tu... Aku bukan tak nak ambil tahu, tapi aku tak nak fikir benda yang boleh trigger stress aku... Apa yang aku buat hanyalah berjaga-jaga sebaik-baiknya untuk lindungi diri dan keluarga... InsyaAllah...
Aku doakan Covid cepat-cepat berkurangan.... Aku kesian kat frontliner penat dan tak berhenti berkerja... Kalau aku takda kawan kerja frontliner, mungkin aku tak terkesan sangat sebab tak tahu dan tak nampak mereka merungut... Tapi aku ada banyak kawan-kawan bekerja sebagai polis, kesian tengok diorang takda cuti dan kerja sampai tengah malam disebabkan covid ni... Walaupun kerja waktu pejabat 8pagi-5petang, tapi kadang-kadang jam 10 malam baru kawan aku reply mesej kata baru balik kerja dan penat sangat... Setiap hari macam tu je keadaan kerja... Kita yang terkurung ni pun merungut, apatah lagi diorang yang penat berkerja tak berhenti... Semoga covid cepat reda dan semua frontliner boleh berehat... Amin....
Disebabkan PKPD ni... Sekampung kami di swab test dan anak-anak aku pun tak terkecuali... Kesian budak-budak kena swab, meraung anak aku kena korek... Tapi takpa, frontliner tengah buat kerja, bukan saja-saja nak korek... Alhamdulillah result cantik dan sihat je kami sekeluarga...
Sebelum ni, aku nampak kawasan lain je di PKPDkan, sekarang kena dengan tempat sendiri barulah faham begini rupanya rasa PKPD... Betul-betul tak seronok sebab terkurung je dalam rumah 14 hari... Rasanya ok lagi dirumah sendiri kot sebab sekeluarga, yang kena kurung kat hotel lagilah azab rasanya... Kawasan ditutup dari jalan utama pembuka kampung sampaikan ke jeti sungai hujung kampung... Lorong-lorong anak tikus pun di pagar ye, takde maknanya nak curi keluar ke apa...
Jalan utama masuk ke kampung |
Jeti hujung kampung dijaga bot peronda |
Lorong-lorong kecik semua ditutup |
Kita doakan Covid cepat-cepat reda ye... Supaya semua boleh hidup tenang dan kembali bersama keluarga macam dulu-dulu... Lama sangat dah tak berkumpul sekeluarga sebab adik-beradik di semenanjung semuanya tak boleh balik... Rindu kat diorang...
.
Comments
Post a Comment