Benci Jadi Kawan👭


Percayalah... Kalau kau berniat untuk jadi baik, Allah akan dekatkan kau dengan orang baik-baik... Kalau kau betul-betul berniat untuk ubah jalan hidup kau dari menyimpang untuk kembali lurus, Allah akan permudahkan niatkan kalau kau berusaha bersungguh-sungguh... TAPI...jalan untuk kearah kebaikan bukan semudah yang disangka... Banyak godaan iman untuk kembali ke jalan lama dan tekanan-tekanan dari peristiwa lampau yang buatkan kau tertekan, putus asa dan jatuh...
                Alhamdulillah makin lama, makin banyak sahabat yang baik-baik Allah munculkan dalam hidup aku... Allah buka hati aku untuk mengenal orang yang aku benci untuk aku jadikan sahabat, untuk kuatkan aku dan membimbing aku... Hati aku jadi lebih tenang bila hidup dengan memaafkan dan tak berburuk sangka...


Siapa sangka orang yang aku benci sebelum ni bertukar menjadi sahabat... Sebelum ni aku silap kerana menilai tanpa mengenal... Selepas aku selami betul-betul, barulah aku nampak kebaikan sebenar seseorang tu.... Aku tak banyak kawan perempuan, InsyaAllah ini lah kawan perempuan aku yang baik hati dan boleh sentiasa mengingatkan aku untuk jadi lebih baik, memaafkan orang dan redha dengan ketentuan Allah... Mungkin inilah yang Allah aturkan untuk aku, kebahagiaan dari hati dan hidup lebih tenang...
                Lelaki tu adalah bekas tunang aku 11 tahun lepas... Alhamdulillah...Aku boleh berkawan dengan semua orang tanpa rasa dendam... Kalau bekas suami aku free malam tadi, memang kami jemput datang sekali. Tapi aku tahu dia balik berkerja lewat, dan tak dapat ikut bersama... Tapi sempat dia call lepas dia balik dari kerja...
                Bila boleh berdamai dengan hati, ada suatu ketenangan dirasa yang sebelum ni aku tak pernah dapat sebab aku selalu membenci dan berdendam... Berkahwinlah dengan sesiapa pun, bercintalah dengan sesiapa pun... Tapi maafkan orang sekeliling dan berdamailah untuk hidup lebih tenang.... InsyaAllah...
..

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲