Ketenangan Hati
Sukar untuk aku gambarkan apa sebenarnya perasaan aku sekarang... Kadang-kadang aku rasa aku kuat, kadang-kadang rasa terlalu lemah dan tak terdaya nak buat apa-apa, tak mampu nak berfikir pun... Rasa seolah-olah aku hilang punca kekuatan aku... Tapi bila kembali pada Allah dan cuba untuk redha apa yang terjadi dalam kehidupan aku, kekuatan tu datang balik...
Aku selalu bertanya pada diri, kenapa aku tak dapat seperti apa yang orang lain dapat... Kenapa mudah untuk orang lain, tapi susah untuk aku... Apa silap aku sehingga aku diuji macam ni... MAAF kerana tak sepatutnya aku pertikaikan takdir aku... Sepatutnya aku terima segala ujian aku dengan berlapang dada dan cari hikmah sebaliknya....
Ya... BANYAK SANGAT kesilapan aku... Mungkin semua ni Kifarah untuk aku, supaya aku sedar dan kembali pada Allah... Aku rasa tenang bila aku cuba redha dan terima segalanya secara positif... Aku tak peroleh apa yang aku nak, tapi Allah kurniakan aku KEBAHAGIAAN dengan cara lain dan lebih baik... Allah tunda permintaan aku, mungkin sekarang bukan waktu yang terbaik.... Allah nak aku berbahagia dan berdamai dengan diri sendiri sebab dah terlalu banyak aku berkorban demi orang lain...
Semoga pengakhiran kehidupan aku disusun sempurna oleh Allah...
--------------------------
Comments
Post a Comment