Khatam Kali Ke 2

Alhamdulillah.... Tahun  2021 amat bermakna untuk rekod peribadi aku sendiri.... Sebab aku dapat khatam buat kali ke-2 pada tahun ni... Besar rahmat untuk orang yang mula mengajak aku membaca Al-Quran setiap hari... 
                Bila memandang pada seseorang, jangan hanya nampak pada keburukan... Tapi carilah kebaikan walaupun hanya secebis.... Bagi aku, tanpa insan ini, sampai sekarang aku belum mula membaca dan tak tahu membaca... Dialah yang hadiahkan aku kedua-dua naskah Al-Quran, mengajar aku membaca sikit demi sikit dan berlumba khatam untuk beri semangat habiskan membaca... Alhamdulillah....

Al-Quran pertama yang diberikan, aku mula membaca 05.01.2021 dan tamat pada 17.02.2021.... 
Al-Quran pertama ni aku request saiz besar, sebab aku baru nak mengenal dan perlu nampak setiap huruf dan baris dengan jelas....


Al-Quran kedua yang baru diberikan, aku mula membaca 03.06.2021 dan tamat pada 16.08.2021.... 
Al-quran kedua sangat kecik tulisannya, tapi aku boleh membaca sebab dah mengenal huruf dari Al-quran pertama sebelum ni... Yang kedua ni agak lambat aku nak habiskan sebab aku sakit dan tak mampu nak duduk lama membaca... Jadi aku hanya membaca setakat aku mampu je perlahan-lahan.... Alhamdulillah selesai jugak.....




Kalau dengan pemberian kedua-dua naskah Al-Quran ini menjadi asbab untuk aku boleh membaca dengan baik, semoga rahmat sampai kepada Dia dan Allah jaga hatinya untuk terus Istiqamah ke jalan Allah... InsyaAllah.... 
                Masa ni aku tengah tunggu hadiah Al-Quran seterusnya yang sedang ditempah... Al-Quran berwarna pink, ikut macam yang aku mintak... Hihi... Nanti kalau aku dah dapat, aku share ok.... Tak sabar nak mula membaca naskah baru.... Sekarang aku dah ada sahabat yang mengajar agama, aku boleh mintak dia ajar aku membaca dengan betul lepas ni.... InsyaAllah.... 
.

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲