Almond Choc Chip 🍌Banana Cake
Alhamdulillah.... Niat untuk aku buat sedekah sempena Hari Lahir aku yang ke-34 dah terlaksana... Dah lama aku plan dan fikir apa aku nak buat, last-last aku dapat idea Kek Pisang Almond Choc Chip... Aku buat benda yang aku sendiri suka makan... Aku jenis yang suka makan kek, jadi aku buatkan kek untuk disedekahkan kat kawan-kawan pejabat aku... Alhamdulillah semua diorang kata sedap... Aku happy bila tengok orang suka makan kek aku...
Seronok sangat bila tengok kek banyak-banyak macam ni... Harum, gebu dan moist je rasanya... Sedap tauuuu.... InsyaAllah... Semua kek ni aku buat 10 adunan... Aku ada banyak masa terluang pada Ahad lepas, jadi aku habiskan masa aku untuk siapkan semua kek pisang ni... Aku mula dari jam 12 tengah hari, jam 7 malam barulah siap...
Aku tak masukkan kek yang dah siap kat dalam peti sejuk, sebab esok pagi-pagi aku dah berikan semua kek ni kat tuan punya kek yang aku dah senaraikan... Jom aku kongsikan RESIPI KEK PISANG ALMOND dengan CHOC CHIP yang gebu dan moist ni....
=====RESIPI=====
Bahan-Bahan :
3 biji Telur A
120g Gula Perang
1 sb Ovalette
-----------> (Dipukul sehingga gebu)
300g Tepung Gandum
1 sk Baking Powder
1 sk Baking Soda
-----------> (Diayak bersama)
300g Pisang
1 sk Esen Pisang
1 sb Jus Lemon
-----------> (Dilecek dan dicampur)
180ml (3/4cup) minyak masak
50g Coklat Cip
-----------
Kekacang Almond/Sunflower Seed
Coklat Coin
-----------> (Hiasan)
Cara-cara :
1. Pukul dengan kelajuan maksimum Telur, Gula dan Ovalette sehingga putih dan kembang gebu.
2. Masukkan Bahan Tepung dan Bahan pisang, pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
3. Akhir sekali, masukkan Minyak Masak dan Coklat Cip, pukul dengan perlahan.
4. JANGAN terlebih pukul (overbeat) adunan, untuk mengekalkan gebu kek dan mengelakkan kek terturun.
5. Tuang ke dalam loyang 8x8inci. Susun Coklat Coin dan Taburan Kekacang.
6. Bakar suhu 170-180c (bergantung pada jenis oven), api atas dan bawah, selama 1 jam 20 minit.
7. Cucuk dengan lidi dan pastikan lidi ditarik bersih.
SIAP!!!!! Sedap tau kek pisang campur coklat dan kekacang.... ^_^
Comments
Post a Comment