Brownies Peanut Butter 🥜
Brownies Almond kegemaran abang...😊 |
Assalamualaikum... Hari tu aku buatkan Brownies untuk bekal sekolah abang... Ni antara kuih-kuih simple yang senang nak buat dan sedap untuk anak-anak bekal sekolah....
Tapi sebelum tu, hari ni 1 Februari 2022.... Boleh tak aku nak tukar bahasa aku.... Dari Aku bahasakan diri aku sebagai AKU, tukar ke SUE... Sue sebenarnya bukan nama aku, tapi nama yang aku gunakan sepanjang 4 tahun aku di UiTM (2007-2010).... Aku pun tak tahu dari mana asalnya aku tiba-tiba guna nama SUE, tapi aku seronok kawan-kawan panggil aku Kak Sue, sebab aku dikira pelajar berumur kalau dibandingkan budak-budak lain yang sama semester dengan aku... Aku lambat sambung belajar, sebab seronok nak berkerja sekejab lepas habis sekolah...
Okay... berbalik kepada Brownies, sebenarnya Sue dah banyak cuba macam-macam resipi Brownies dalam internet. Tapi macam biasa, ada yang menjadi dan ada yang tak...
Walaupun sebelum ni Sue memang baker, tapi Brownies bukan dalam list jualan Sue ye, jadi sebab itulah Sue tak brapa mahir nak buat brownies...
Selepas beberapa percubaan, barulah jumpa resipi dan teknik yang menjadi. Selain cantik berkedut, rasanya sedapppppp sangat-sangat.... Sue share resipi kat bawah ni ye...
Kalau nak Brownies yang sedap dan Rich rasa coklat, gunalah bahan-bahan berkualiti ye.... Sebab kualiti bahan sangat mempengaruhi kesedapan Brownies tu nanti... Contohnya, 🧈butter Anchor, 🍫coklat Beryls dan 🥥koko Vanhouten...
Bahan berkualiti untuk Brownies yang lebih sedap 😉 |
Bahan-bahan :
**Boleh hasilkan 1 loyang saiz 10x10inci @ 2 loyang saiz 7x7inci
----------------Bahan A
400g Dark Chocolate
150g Butter
----------------Bahan B
150g Gula Perang
4 biji Telur A
1 sk Esen Vanilla
----------------Bahan C
100g Tepung Gandum
30g Serbuk Koko
1sk Baking Powder
Cara-cara :
1. Gunakan kaedah Double Boil, satukan Bahan A sehingga cair... Kacau perlahan sehingga kesemua larut dan ketepikan untuk mengelakkan coklat Over Heat dan rosak....
2. Dalam mangkuk lain, satukan Bahan B... Kacau perlahan menggunakan sudu sehingga larut sahaja...
3. Satukan Bahan A dan B, kacau sehingga sebati...
4. Ayak Bahan C, dan kaub balik dan Bahan AB sehingga adunan cantik sebati tanpa ketulan tepung...
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang dah di alas dengan kertas minyak dan hiaslah dengan kepingan coklat dan kekacang mengikut minat, atau boleh dibiarkan kosong...
**Sue jadikan 2 loyang saiz 7x7inci untuk dibuat 2 topping berlainan... Sue minat Brownies Peanut Butter, jadi salah satu loyang tu Sue sudukan beberapa tompokan kecil peanut butter dan buat lorekan kecil dijadikan corak bunga...
6. Bakar suhu 170-180c, selama 40minit bergantung pada jenis oven.
**Selepas cukup masa, cucuk bahagian tengah Brownies, jika bahagian tengah melekat dan bergumpal pada lidi, tutup suis dan biarkan dalam oven dan biarkan 10minit untuk mengelakkan kek mendap ditengah... Jangan risau lembik ye, brownies yang lembab sedikit didalam lebih sedap jika dibandingkan dengan brownies kering...
Brownies Peanut Butter Kegemaran Ibu |
DONE!!!! Selamat mencuba....🍫 1 loyang saiz 7x7inci boleh dipotong 9 ketul dan dijadikan bekal sekolah 3 hari, sebab sehari abang cuma bekal 3 ketul je... Jadi boleh simpan dulu yang lain dalam peti sejuk...
Untuk Brownies Sue pulak, Sue kongsi dengan BFF🤍 Sue dan rakan sepejabat... Alhamdulillah, tak pernah kata tak sedap... Selagi yang Sue bagi, semua dia kata sedap walaupun kadang-kadang apa yang Sue masak tak menjadi... 😅 Rasa seronok bila seseorang ada effort untuk buat kita tersenyum dan rasa dihargai...🥰
Simpan pujian untuk kenangan kat sini... 😊 |
Comments
Post a Comment