Ayam Buluh @ 🐓Ayam pansuh


Assalamualaikum.... Aku sekadar nak bagi idea, untuk korang buat apa kalau bosan dihujung minggu dan takda aktiviti bila malas nak jalan-jalan... Betullah apa yang aku cakap kan? Bukannya setiap hujung minggu kita akan keluar jalan-jalan... Ada masanya cuma duduk rumah je bersama anak-anak...
                Jadi, apa kata masak lauk tengah hari sambil santai-santai belakang rumah... Hari tu aku buat ayam pansuh untuk lauk... Sambil-sambil panggang buluh tu, anak-anak boleh panggang Marshmellow kat tepi bara api buluh.... Seronok jugak, sebab budak-budak kan jarang dapat main api.... Hahaha....
                Ayam pansuh yang aku buat ni cuma asas je... Sebab takde plan pun, tetiba je rasa nak bermain... Sudahnya tempat pemanggang dibuat dengan susunan bata dan kayu-kayu belakang rumah je... Ulaman pulak ambil pucuk apa yang ada kat belakang rumah. Cuma perlu keluar beli batang buluh besar je kat Pasar Tani... 


Bahan-bahan Ayam Pansuh :

Isi ayam di potong kecik-kecik (Saiz Buluh)
Halia dan Bawang putih ditumbuh lumat
Perasa
Pucuk Ubi
Air Garam, Secukup rasa


Cara-Cara :

1. Halia, Bawang putih dan perasa digaul rata bersama ayam
2. Isikan buluh berselang seli Pucuk Ubi - Ayam - Pucuk Ubi - Ayam
3. Pastikan Pucuk Ubi di bahagian mulut buluh untuk dijadikan penutup
4. Tuangkan air bancuhan garam ke dalam buluh sebelum ditutup 
5. SIKIT SAHAJA air garam, untuk mengelakkan air meruah ketika dibakar
4. Sediakan arang sehingga menjadi bara
5. Bakarlah seperti membakar lemang, buluh di pusing-pusing secara sekata selama 1 jam

SIAPPPP!!!!



Sebenarnya.... banyak lagi Daun Ulaman yang boleh dimasukkan ke dalam buluh untuk buatkan Ayam Pansuh lebih harum dan sedap.... Biasanya orang akan tambah PUCUK TEPUS dan BUNGA KANTAN... Tapi ini plan last minit, semua daun ulaman tu tak sempat nak beli.... Takpe, lain kali buat lagi dan sediakan lebih ulam-ulaman... TRY leerrrr.... ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲