JUMBO 🍞 Bread Puding


Sempena sambutan tahun baru bersama keluarga lepas, lagi sekali aku buat Bread Puding dengan Kuah Custard... Ni antara menu kegemaran keluarga aku, sebab keluarga kami ramai kanak-kanak dan anak saudara yang muda mudi.... Jadi pencuci mulut macam ni memang diorang suka... ^_^
            Aku bagi nama JUMBO sebab aku buat dalam kuantiti yang banyak... 2 loyang saiz 10x10 inci... Kalau nak bandingkan resipi lepas >>>Bread Puding Dengan Kuah Custard<<< dan resipi kali ni, cuma berubah dari segi sukatan bahan je... Bila buat banyak macam ni, aku adjust sikit bahan-bahan supaya modal untuk buat tak terlalu mahal... hehe... Iyeee laaaa, 1st time buat haritu premium sangat kot bahannya.... Kali ni kita adjust untuk mampu milik.... ^_^


Bahan-Bahan Bread Puding, 2 loyang saiz 10x10inci :
3 Buku Roti (1 bungkus ada 15 slice kat dalam, aku ambil Pandan dan ButterScotch)
250g Kismis Campuran
500g Coklat Coin
--------
2 Liter Susu Kotak
500ml Anchor Whipping Cream
300g gula 
10 biji telur A
1 sk Esen Vanilla

Cara-cara :
1. Susun Roti dalam 2 loyang 10x10inci, setiap lapisan disusun coklat dan taburan kismis.
2. Dalam bekas lain, satukan susu kotak, whipping creaam, gula, telur dan esen vanilla. Gaul sehingga gula hancur...
3. Sukat bancuhan kepada 2 bahagian untuk dibahagi sama banyak kepada 2 loyang roti...
4. Tuang bancuhan ke atas roti dan pastikan rata...
5. Bakar selama 1 jam, suhu 180c. Atau sehingga permukaan kekuningan...


Bahan-Bahan Kuah Custard :
50g Tepung Custard
500ml air kosong
1 Liter Susu Kotak
500ml Whipping Cream
300g gula 
1 sb esen Vanilla

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan sehingga sebati dan tapis supaya tiada ketulan tepung.
2. Masak bahan yang telah ditapis dengan api sederhana sehingga memekat.
-----------
3. Kepekatan kuah tu bergantung dengan selera masing-masing, kalau nak LEBIH PEKAT boleh ditambahkan tepung custard yang dibancuh dengan sedikit air... 
Tambah sedikit-sedikit sehingga mencapai kepekatan yang disukai... Kalau aku memang suka kuah cair, sebab kalau pekat nanti cepat muak masa makan... 
-----------
3. SIAP.... 😍

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲