Bahulu Pandan Klasik🌿


Assalamualaikum... Kalau makan Kuih Bahulu, rasanya mesti tak sama macam kek biasa... Sebab bahulu ada tekstur yang tersendiri, which is rasa kek yang lemak, lembut, kering dan sangkut kat leher nak telan... Sebab tu orang makan kuih bahulu celup kopi barulah ngam dan sedap...
                Selepas cuba beberapa resipi, barulah aku dapat rasa bahulu klasik yang aku nak tu... Cuma aku ubah jadi perisa pandan supaya budak-budak suka makan bila tengok berwarna dan berperisa.... 😁



Bahan-bahan Bahulu Pandan :
3 cup Tepung Gandum (350g)
2 cup Gula (240g)
1 cup Pati Santan @ Santan Kotak (240g)
9 biji Kuning Telur dan 8 biji Putih Telur
1 sk Baking Powder
1 sk Baking Soda
1 sb Pandan Paste



Cara-cara :
1. Tepung Gandum disangai sehingga kering dan ringan... 
    **Kemudian disejukkan dan diketepikan...
2. Dalam bekas lain, pukul Gula dan Telur sehingga kembang berwarna kuning pucat...
3. Masukkan Santan dan Pandan Paste... Gaul perlahan sehingga sebati...
4. Masukkan Tepung sangai, baking soda dan baking powder... Gaul perlahan sehingga sebati...
5. Jika guna loyang cupcake, sapu dengan minyak atau boleh letak papercup... 
    **Boleh dapat 40 biji atau lebih bergantung pada saiz cup...
6. Jika guna loyang 9x9inci, alas dengan kertas minyak...
7. Bakar selama 20-30minit untuk cupcake.... 40-50minit kalau guna loyang...
    **Suhu 180c, api atas dan bawah... 


**Reminder... Sediakan kopi panas sebelum makan.... Bahulu adalah bahulu, dan BUKAN kek pandan... Rangup kat luar dan lembut berlemak kat dalam... SEDAP okkk.... 😆

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲