Annah Rais Hot Spring💧

 

Platform sisi Kolam Air Panas untuk berehat

Weekend lepas.... Aku tak sure apa aktiviti nak dibuat dengan anak-anak, jadi last minit plan kami ke Kolam Air Panas Annah Rais... Aku sendiri pun pertama kali jugak sampai sini, jadi aku guna Google Map (Annah Rais Hot Spring) supaya confirm tak sesat... 😁
                Pukul 8 pagi gerak dari rumah, perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit (59km)... Kalau drive laju mungkin lebih cepat sampai ke destinasi, aku drive perlahan je sebab takut sesat sambil menikmati suasana kabus embun pagi disepanjang kaki gunung....⛰️ Tenang je rasa hirup udara hutan tanpa pencemaran... 🍃

Bayar sebelum masuk yeee....

Confirm sampai kalau pertama kali datang guna google map, tak risau sesat pun... Bayaran masuk RM5 dewasa🧕, RM3 kanak-kanak👶.... Ok lah tu kan, tak mahal pun.... Berbaloi sebab tempat tu memang bersih dijaga rapi kebersihannya.... 

Bersih dan Cantik sangat permandangan sini...

Kat Hot Spring ni, jangan imagine macam kat Sabah tu ye.... Kolam air panasnya yang kolam kecik kat tepi sungai tu je.... TAPI, memang sangat puas hati.... Sebab air dia memang betul-betul panas dan korang tak kan mampu nak selam satu badan masuk dalam tu.... Aku sendiri pun cuma mampu rendam paras kaki je.... 
                Actually, di luar kawasan kolam pun ada beberapa spot air panas yang keluar dari celah batu.... Korang jalan perlahan-lahan, rasakan perubahan suhu air dan perhatikan ada buih-buih udara keluar dari tanah, itu lah spot air panas di luar kawasan kolam.... Kalau aku, memang aku pilih duduk luar kolam, sebab air diluar tu lebih suam dan nyaman....🌬️

Air mendatar sepanjang sungai

Tak ada lokasi air dalam atau tenggelam... Sangat selamat...

Untuk anak-anak mandi dan berenang pulak.... Memang tak risau apa pun tentang air dalam atau arus deras.... Sungai ni tak macam sungai-sungai lain, yang biasanya ada paras tenggelam yang boleh buat budak-budak lemas.... Walaupun air sungai ni laju, ketinggian air dia flat je paras lutut dewasa yang paling dalam... Jadi aku boleh biarkan anak aku main jauh-jauh selagi mata aku nampak dan boleh pandang...     
                Bagi aku berbaloi bawa anak-anak datang sini, sebab aku kurang membebel dan keselamatan anak-anak terjamin.... Kalau tak, rasanya aku ni ibu yang paling kuat menjerit kalau bawa anak-anak berkelah.... Sebab aku paling takut budak tenggelam bila kenangkan aku sendiri TAK BOLEH nak selamatkan diorang dengan tulang belakang besi aku sekarang ni... Aku TAK BOLEH terjatuh dan aku tak boleh berenang, jadi apa-apa jadi kat anak-anak memang aku tak boleh buat apa.... Sebab tu aku paranoid kalau tempat berbahaya....😰

Pondok Rehat dan Berkelah...

Untuk yang bawa anak kecik atau orang tua yang datang untuk duduk-duduk tengok cucu mandi-manda, diorang pun ada tempat untuk berehat... Boleh duduk berkelah dengan selesanya kat dalam pondok yang disedia kat tepi sungai tu... Kawasan ni bersih dipelihara, jadi memang selesa sangat-sangat dengan bilik mandik dan tandas yang ada disediakan...🚿

Aku Uzur, tak boleh nak mandi... Rendam kaki kat Kolam je...

Alhamdulillah aku suka tempat ni.... InsyaAllah aku nak datang lagi bawa mak dan anak-anak.... Masa ni mak aku duduk KL lagi kat rumah abang dan adik-adik.... Nanti bila mak balik, aku nak bawa mak datang sini berehat dan berkelah sambil tengok permandangan hutan....🌲

Aku cuak nak masuk kaki, sebab air tu panas sangat... haha...


Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲