2022... Tahun Baik Pulih... InsyaAllah...
Alhamdulillah.... Bersyukur pada Allah kerana masih lagi berikan aku peluang untuk terus bernafas dan bertemu dengan tahun baru 2022...
2021 banyak mengajar aku untuk menilai kaca dan permata... Mendekatkan aku pada sahabat yang baik-baik dan menjauhkan yang negatif... Mengajar aku untuk TIDAK MENILAI manusia dari rupa... Manusia luaran seperti beruk, hatinya lebih mulia dari manusia bertopengkan Ustazah atau Alim Ulama... TAK SEMUAnya, jangan tersentap... Hanya segelintir alim ulama yang aku kenali, rosak akhlaknya kerana mengejar nafsu...
Aku manusia biasa yang cetek ilmu sememangnya memiliki iman yang tipis, aku tak nafikan betapa buruknya akhlak aku... Tapi aku bersyukur, Allah masih berikan aku peluang untuk bertaubat, membetulkan kesilapan aku, dan meneruskan kehidupan aku menjadi lebih baik.... InsyaAllah...
------------------
~2021 HIGHLIGHT~
------------------
1. Mampu berkongsi rezeki bersama keluarga. Untuk rumah mak dan Bisness kakak...
2. Aku rongak, sebab cabut gigi taring susu aku...
3. Aku give-up bisnes kek dan fokus pada anak-anak...
4. Aku semakin rapat dengan ahli keluarga aku, tak mendiamkan diri terutamanya dengan mak aku...
5. Aku mula baca Al-Quran dan Istiqamah untuk pertama kali...
7. Aku menemui sahabat sebenar yang hadir di waktu aku susah...
8. Aku bertemu semula dengan sahabat rapat aku yang hilang 16 tahun tanpa berita selepas SPM...❤️
9. Aku menjalani pembedahan tulang belakang, Spinal Fusion Surgery T12, L1, L2...
10. Aku dirujuk ke Pakar Psikiatri dan Kaunseling untuk Masalah Depression...
11. Aku diberi cuti sakit terpanjang, MC 4 bulan sepanjang berkhidmat...
12. Aku tak tinggal solat sejak Mei 2021...
13. Aku Coating kereta kat Quinn Airish Detailing (Nasiol ZR53), Tinted Nano Carbon 95% dan Interior Pink...
14. Aku rajinkan diri bangun Tahajjud, atleast sekali seminggu...
15. Aku complete vaksin covid-19 dose 1, 2 dan 3 (2 Sinovac + 1 Pfizer)...
16. Aku positive (Covid-19) dan kuarantin sorang dalam bilik 10 hari...
17. Aku ajar abang mengaji dari Iqra 1 sehingga mampu mengaji Al-quran (Tamat Iqra)...
18. Aku meraikan Hari Raya Haji bersama keluarga, yang paling meriah dalam hidup aku...
19. Aku dapat meraikan hari lahir abang (Eldrine Areej) dan adik (Eldrine Afeef) dengan meriah bersama keluarga...
20. Aku hadiahkan abang Al-Quran sempena Hari Lahir ke 8 tahun...
21. Aku hadiahkan Al-Quran Enuur pada Azren, Rain, Cikgu Rohana, Cikgu Tursina dan 5 lagi sahabat lain...
22. Aku hadiahkan Telekung TCO pada Kak Masnoon dan Kak Suriaya...
23. Aku memperbanyakkan amalan sedekah untuk merawat hati...
24. Aku belikan baju raya 2022 untuk mak dan adik-adik aku...
25. Aku jadikan PENUTUP... 31 Disember aku pergi dentist untuk buat Denture Flexible kat gigi rongak aku.... hahahhahaha...
===================
Di tahun 2022..... Aku cuma mengharapkan kehidupan yang lebih sihat dari segi Fizikal dan Mental... Bahagia bersama orang-orang yang aku sayang... Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat aku.... InsyaAllah....
Apa yang telah berlaku disepanjang 2021 biarlah berlalu dan dijadikan pengajaran untuk aku terus membaiki diri menjadi lebih baik dan Istiqamah dalam apa juga amalan yang aku lakukan.... InsyaAllah....
Semoga aku dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan di akhirat.... Aminnn...
Hari Raya Aidiladha 2021 |
Comments
Post a Comment