Hari Tua ❤️BFF❤️
8 Januari 1900 (hahaha).... Selang 3 hari je dari Birthday aku kan... Seronok jugak bila Birthday dekat-dekat macam ni... Rasa happy dari Birthday sendiri terus bersambung ke next Birthday.... Pastu non-stop aku dapat makan kek, which is, kek adalah MAKANAN FEVERET aku... Hihihi...
Birthday aku 5 Januari, dia pack... |
Masa 5 januari lepas, dia tak dapat nak celebrate Birthday bersama aku sebab sibuk bekerja dan ada meeting... Aku redha je dan faham, komitmen kerja dan aku tak boleh lah nak paksa-paksa dia temankan aku, pastu ambil cuti ke apa.... Sebab kerja dia anytime masuk ofis, tak macam aku...
Mula-mula ingatkan, bila Sabtu ada peluanglah untuk celebrate bersama.... Tapi rupanya tak boleh jugak, 8 Januari pun dia last minit perlu berkerja... Walaupun kerja, aku proceed jugak dengan agenda aku... Buat surprise birthday untuk dia kat Balai... Ini lah aku, jenis yang suka dengan surprise... 😄
Alhamdulillah, walaupun cuma dapat curi masa 20minit je free, aku dah syukur sangat... Lepas tu seronok tengok dia pening nak bawa Box Rose dan Cake masuk pejabat sebab orang dah ramai nak mula Taklimat... 🤣
Suka kot kenakan orang macam tu... 🤣 Pastu kat pejabat dia sambung lagi celebrate sebab semua dah tahu hari ni Birthday dia bila tengok barang-barang yang dia bawa.... Syukur sebab bukan jenis manusia ego yang malu nak bawa bunga depan member... 😄
--------------------------
Sending you ocean of love on your Birthday!!!
May your Birthday be as cool and cheerful as you are!!!
Semoga Allah kurniakan ktk
kegembiraan, keceriaan dan kebahagiaan
yang sik pernah hilang...
Rezeki yang sik pernah putus dan
kesihatan yang sentiasa baik...
You truly deserve it...
Happy birthday!!!! 😘
-----------------------
Secara umumnya, dah 21 tahun kita kenal.... Kau lah sahabat yang paling rapat dengan aku masa tu.... Semua benda nak Aku, semua benda nak Kau... Tapi kemudian, 16 tahun kita terpisah sebab kau balik Negeri asal kau... Masa tu aku takda handphone lagi dan kebetulan sebelum berpisah, ada berlaku krisis besar yang buat kita gaduh teruk dan kau terus menghilangkan diri... Bila dibincangkan balik selepas 16 tahun, sama-sama tak dapat nak jawab apa sebenarnya punca kejadian... Hahahah....😅
Sepanjang kau hilang, aku tak pernah berhenti cari kau, termasuk search nama kau kat socmed... Bertahun aku lalu dan pandang tempat parent kau, dengan harapan kau akan ada kat sana... Tapi takda, jejak kau terus hilang dan parent kau pun menghilang jugak selepas beberapa tahun... Bila kau balik Sarawak, kau ada nampak aku, tapi aku dah kawen dan kau teruskan dengan perangai menghilangkan diri... 😂
Pada 2021, berlaku satu keajaiban... Alhamdulillah, mungkin ini adalah hikmah dalam suatu kejadian yang menimpa aku... Allah temukan kita balik... dan sekarang kita masih rapat macam dulu-dulu jugak... Rahsia kau, adalah rahsia aku... Aku harap Allah pelihara kesucian persahabatan kita kali ni sampai bila-bila.... Aku sayang kau sangat-sangat, sebab kau HORMATI persabahatan ni dan kau jaga semuanya...
Kau tahu semua pasal buruk-baik aku, tapi kau tak menilai aku seperti orang lain... Selebihnya selepas ni, aku berserah sepenuhnya pada ketentuan Allah.... 😇
Comments
Post a Comment