New Year, Reward Gigi

Hampir setahun aku rongak... Comel kotttt aku tak cukup gigi... hahahah... Aku tak kisah sangat mungkin disebabkan gigi aku tu kat bahagian taring sebelah kiri, jadi tak terlalu ketara kecuali kalau aku tersenyum lebar... Sudahnya, aku terpaksa kawal senyuman aku kalau tak nak orang nampak... 
                Penatttt lahhh nak kontrol bagai, lagi-lagi aku ni jenis suka gelak besar... Kadang-kadang aku biar je nampak ke apa... Kena pulak dengan aku jenis kepala simple, haaaaa pedulikan orang.... Hahahahha.....


Tapi 2022 ni aku rasa nak betulkan gigi aku... Tak seronok rasanya bila gigi hilang, kadang-kadang aku hilang keyakinan diri nak senyum bila di situasi yang aku perlu berada dalam keadaan sempurna... Terus rasa tak sempurna bila aku kenangkan gigi comel aku tu.... 
                Kebetulan 31 Disember lepas aku cuti, jadi aku ambil masa tu untuk Surver Harga Gigi kat Klinik Gigi... Nak buat gigi sekarang ni payah tau, tak semua klinik terima walk-in... Kebanyakannya perlukan temujanji dan kalau ada walk-in pun, harganya terlalu mahal...
                

Akhirnya aku jumpa Klnik Gigi yang harganya berpatutan dan rendah berbanding Klinik lain... Selain harga berpatutan, kawan-kawan cakap servis Klinik ni bagus dan berkualiti... Alhamdulillah.... Klinik Pergigian Syarifah, di Jalan matang, Kuching..
                Untuk yang pertama kali nak buat, memang akan Blurr kalau diberikan list harga kat bawah ni.... Termasuk aku sendiri yang sama blurr masa nak buat haritu... Tapi sekurang-kurangnya boleh sediakan bajet bila dah tahu harga untuk setiap batang gigi.... AKU SENDIRI pilih Flexible Denture untuk ganti gigi aku yang hilang...


- Diperbuat dari bahan nylon yang melentur (flexible)
- Lebih ringan, kuat dan tahan lama
- Saiz lebih nipis, melentur dan semula jadi jika dibandingkan dengan arkilik biasa
- Warna seakan sama seperti warna gusi asal
- Tidak memerlukan dawai besi atau kerangka besi untuk melekap
- Tidak mudah patah seperti jenis arkilik sekiranya jatuh
- Tidak mempunyai bahan kimia seperti di dalam arkilik dan bersifat hypoallergenik

Aku pilih Flexible Denture sebab aku tak nak terlalu ketara aku guna gigi LAIN.... hahahah... Cuma harganya lebih tinggi disebabkan kualiti nya lebih baik.... RM600 untuk seketul gigi... Sila menangis dan jaga gigi korang baik-baik tau... Macam aku, bukan rongak sebab gigi rosak.... Tapi disebabkan aku masih banyak gigi susu yang tak tanggal, tapi aku sendiri yang pergi cabut sebab doktor kata gigi susu aku dah mati dan tak berfungsi akar...


Jadi aku nak berterima kasih pada Kerajaan Malaysia sebab bagi Bonus kat kitorang. Bolehlah aku membayar untuk buat gigi aku seketul ni.... Kalau nak tambah lagi seketul, aku kena tunggu bonus lain pulak kot.... hahahhaha... Tak sabar aku tunggu gigi aku siap... Dapatlah aku senyum lebarrrrrrr dan takde nak malu-malu kucing sembunyi gigi.... =P

Comments

Popular posts from this blog

Stalker, Pendengki & Batu Api🔥

Bengoh Dam, Jurassic Park Sarawak🐾

Bung Bratak Heritage Centre 🌲